Untitled Part 2

342 7 0
                                    

Aku takkan pernah lupa pada malam celaka itu, di mana aku ditangkap berdua-duaan dengannya di dalam restoran miliknya...Niat asalnya kami singgah hanya untuk mengambil gambar dan beberapa peralatan bagi tujuan promosi...Kami datang beramai-ramai satu team tetapi kami tidak sedar yang kami ditinggalkan berdua apabila mereka yang lain beransur ke stesen minyak yang berdekatan.

     Aku seperti biasa, akur dengan arahan tugasku mengambil gambar dekorasi dalaman restoran...snap..snap..snap..flash dari kameraku seakan pancaran kilat yang bersilih ganti...Dia bergerak ke bahagian dapur untuk memeriksa dan mengambil beberapa jenis barang...Sedang aku asyik dengan lensa kameraku,tiba-tiba arus elektrik terputus...Allahuakbar...,Suasana pada masa itu hanya diterangi oleh lampu automatik yang berada di tengah-tengah syiling dan pada bahagian pintu masuk serta lampu dari telefon bimbit kami..

     Kami bergerak ke arah pintu utama setelah seketika tergamam... Pabila pintu dibuka kelihatan beberapa orang yang bersongkok dan berkopiah putih telah menunggu kami di situ. Mereka memperkenalkan diri sebagai orang-orang dari Pejabat Agama Daerah.

     Kami terkedu...hampir gugur jantungku saat itu...Apa jua alasan yang kami berikan hanya dianggap bohong tatkala itu.

     "Kami dah muak encik dengan alasan yang tak munasabah macam ni..", kata salah seorang dari mereka.

     Beberapa minit kemudian rakan-rakan kami tiba. Aku menarik nafas lega.Mereka semua cuba menerangkan keadaan sebenar, tapi situasi masih sama.

     "Walau apa pun alasannya encik, kami tak boleh terima..., yang pastinya kami dapat laporan yang dalam kedai ni ada pasangan yang bukan muhrim dan dalam keadaan mencurigakan...maaf kami hanya menjalankan tugas..."ujar salah seorangnya.

     Kad pengenalan aku dan dia telah diambil...nama kami berdua telah dicatat sebagai pesalah agama pada malam itu...sejuk beku seluruh tubuhku saat itu...jika ditoreh dengan pisau kulitku saat itu, agaknya tiada setitik darah pun yang mengalir.

     "Kamu berdua sila datang ke pejabat kami dan selesaikan segera hal ni, jika tak mahu perkara ni heboh atau dibawa ke mahkamah..."kata salah seorang dari pegawai itu dalam nada ugutan sebelum mereka bergerak dari situ.

     Aku terduduk di kerusi pada sudut restoran.

    "Astagfirullahalazim...", aku menekup muka dengan kedua-dua belah tangan. Saat itu juga aku terasa ingin menghempas sekuat-kuatnya kamera Canon dalam pangkuanku, tetapi aku ditenangkan oleh Tia, rakan sepasukanku yang berasal dari Sarawak itu.

     "Sabar kak...", dia mengurut-urut belakangku.

     "Berat ni Sufri, kau kena selesaikan perkara ni cepat...jangan biar media tahu...kalau tak, kau perlu hadap macam-macam soalan maut nanti...nama kau akan tercalar...ni masa depan kau, periuk nasi kau 'bro'...aku rasa kalau kau naik turun mahkamah, benda ni boleh jadi viral top ten bukan sahaja kat Malaysia malah Singapore pun..."kata-kata abang Joe, pengurusnya membuatkan dia terduduk.

    "Aku dah cakap 'bro', kita orang tak buat apa-apa pun...tiba-tiba ja lektrik terputus, kami keluar sama-sama..", tegasnya sambil menumbuk-numbuk meja.

    "Mana engkau orang pergi..? Kenapa tinggalkan kami berdua...hah...?"Ahmad Sufri semakin berang lantas mencekak leher baju abang Joe. Dua orang rakan lelaki meleraikan mereka.

     Keadaan tenang kembali setelah Ahmad Sufri didudukkan di kerusi...seketika suasana menjadi sepi...masing-masing masih terkedu dengan apa yang berlaku...apatah lagi aku..terbayang wajah-wajah kesayanganku saat itu...anak-anakku, kedua ibu dan bapaku yang telah berusia, juga saudara mara serta handai taulan...bagaimana untuk aku berhadapan dengan mereka...Ya Allah...!



SUMPAH CINTAWhere stories live. Discover now