Untitled Part 40

188 3 0
                                    

"Dari tadi asyik senyum je dia,..dengar tak saya cakap ni"ujarnya lagi sambil mencampakkan tuala ke arahku, sempat ku sambut.

Dia menyarungkan jeans gelap.

"Dengar sayang..",ujarku sambil bangun menyidai tuala di tepi pintu bilik air..

"Aduh, ni yang buat lemah satu badan ni.."guraunya bila mendengar perkataan sayang dariku..

Aku duduk semula di birai katil sambil memainkan jari pada tali temali gitar yang dari tadi terbujur kaku di sisiku...

"Awak suka gitar?", soalnya sambil duduk di sebelahku setelah lengkap bersiap. Harum pomade pada rambutnya mewarnai suasana..

"Ye...",aku mengangguk-angguk.

"Come.., ",ditariknya tanganku supaya mengikutinya. Didudukkannya aku pada birai katil menghadap tingkap sementara dia menarik kerusi dan duduk betul-betul berhadapan denganku sambil memegang gitarnya...

"Ok, malam ni saya nak mainkan gitar sambil nyanyi,.... khas untuk awak seorang saja...lagu apa yang awak nak saya mainkan?", soalnya sambil merenung wajahku mengharap jawapan.

"Lagu yang awak akan nyanyi kejap lagi.."ujarku tak sabar nak mendengar petikan gitarnya.

"Baiklah, dengarkan 'Potret' khas buat isteri saya tersayang..."ujarnya seraya memainkan jemari pada gitarnya...aku mencapai bantal dan meletakkan di ribaanku..meletakkan kedua-dua tanganku di atasnya sambil mengikuti setiap bait lirik dan melodinya.

Jauh terbawa lukisan hatimu

Hilang mencari di mana kau pergi

Tinggal aku menahan luka ini

Sampai harusku pergi....

Saat itu aku bagaikan terbuai ke angkasa bersama lenggok melodinya yang amat terkesan di hati...Suara lunaknya memang betul-betul memberi jiwa pada lagu itu...dan aku terbuai hingga ke petikan gitar yang terakhir...Tak sedar mataku berkaca..ku sapu kedua-dua belah mataku..

"Ala.., nangis ye...?",ujarnya sambil meraup kedua-dua tanganku.

"Tak..speechless...I,m melting..melting.."ujarku tersenyum.

"Tq,tq,tq...syahdu sangat..five star..."ujarku lagi sambil merenung redup matanya.

"Anything for you sayang..."ujarnya sambil mengucup kedua-dua tanganku. Ku lihat jam pada tangannya telah menunjukkan pukul 9.30 malam.

"Pukul berapa awak nak perform?", soalku mengingatkan dia..

"9.45.."

"Kesian awak...,siang tadi dah la penat ke sana ke mari sebab saya,.. sekarang dah nak kerja lagi..."ujarku sambil merenung simpati padanya..

"Serius tak penat,...selagi awak ada di sisi saya,..saya sentiasa bersemangat nak buat apa saja"ujarnya sambil merenung tepat ke mataku...

"Tapi esok, macam mana saya nak hidup tanpa awak...saya tak tahu...awak dah nak tinggalkan saya" getusnya sambil menunduk serta menggeleng-gelengkan kepalanya...

Simpati amat...tapi apakan dayaku...,

"Hey...come on...you can do it..."ujarku untuk menceriakan suasana sambil mengucarkan rambutnya yang telah tersikat rapi...

Serentak itu telefonnya berdering,mungkin dari pengurusnya.

"Ok, give me five minutes..."jawabnya ringkas. Lantas membetulkan semula rambutnya..

"Penyet jambul saya.."ujarnya memandangku sambil tersenyum comel lalu segera ke cermin make up untuk merapikan semula rambutnya.

"Kenapa awak marah sangat dengan rambut saya ni?"soalnya lagi...

"Boleh tak awak buat rambut macam biasa ja...tak yah nak style sangat..." ujarku selamba.

"Ye ke, macam ni tak handsome ke?"soalnya semula..

"Handsome juga...dah la, lambat dah ni...cepat nanti peminat-peminat awak tertunggu..."gurauku.

"Ok, I turun dulu ye" sambil mencapai gitar di atas katil. Aku mengikutinya ke pintu, menghulurkan sebotol mineral water padanya.

"Wish you all the best"lantas aku mendapatkan kedua tangannya dan menciumnya serta mengucup kedua belah pipinya..

"Lepas solat saya turun ye..."

"Ok, I,ll wait for you, tapi jangan terlepas ke luar hotel pula.., saya tak izinkan.."katanya sambil mengenakan sepatu..

"Ala,...saya nak rakam gambar...lagipun..."belum habis lagi kata-kataku,

"No, tunggu saya habis show, ...ditariknya aku ke pangkuannya dan pipiku dikucup..bye...lock the door..!"

Aku menyudahkan solat Isyakku pada malam itu dengan doa dan wirid...Teringat aku perbualan telefon sebentar tadi dengan anak-anakku.

"Mama, cepatlah balik...!Kita orang semua rindukan mama ni!"rengek si kecil Amir yang memang petah bercakap tu..Terpaksaku menenangkan dia dengan janji akan membeli robot kereta yang memang menjadi kesukaannya.

"Yeay...jeritnya jelas kedengaran dari corong telefonku..

Ya Tuhan, dugaan demi dugaan aku hadapi...dan aku harap dugaan ini pun akan dapat hu hadap dengan sabar demi mencari redhamu..Ya Allah dugaan cinta, dugaan hati dan perasaan ini teramat perit kurasakan..bimbinglah aku ke jalanMu Ya Allah...doaku dengan linangan airmata...Aku sayang amat anak-anakku,...mereka adalah nyawaku, mereka adalah jiwaku, tapi...dalam masa yang sama aku juga teramat sayang dengan lelaki ini..lelaki yang kembali berjaya menembusi hatiku dengan panah cinta...lelaki yang telah berjaya meletakkan aku pada tempat yang sepatutnya,...Apapun ya Allah, bimbinglah aku supaya sentiasa pada jalanMu Ya Allah...Amin,amin Ya Allah...

Setelah siap berpakaian aku mencalitkan sedikit bedak ke muka dan mengenakan lipstick nipis pada bibir, sembur sedikit minyak wangi,,... mengenakan tudung kemudian kenakan cermin mata gelap,..tidak ku lupa jaket itu...entah kenapa bila sahaja menyarungkan jaket itu aku merasakan seolah dia sentiasa bersamaku dan merasakan kehangatan kasih sayangnya,....aku bergerak turun dan menuju ke ruang show Ahmad Sufri. Kamera Canonku akan menjadi penemanku sepanjang malam ini.

Sesampai sahaja di ruang show kedengaran muzik rancak yang agak membingitkan telinga..Sejujurnya sebelum ini aku kurang berminat dengan suasana begini...Aku bergerak ke bahagian belakang, bimbang kehadiranku akan mengganggu konsentrasinya pula...Ku perhatikan ramai juga orang berada di hadapan pentas..Di tepi-tepi tiang besar pun terdapat beberapa ramai orang yang sedang menikmati muzik yang sedang dimainkan. Yang sedang perform kat atas pentas itu mungkin kumpulan Indiband dari Singapore...dugaku.

SUMPAH CINTAWhere stories live. Discover now