"Eh,..maaf.."malu sendiri..Ku letakkan gitar atas katil dan berlalu mendapatkan kain pelikat dan baju melayu yang ku gantung dalam almari...kuhulurkan padanya..Dia mengambilnya ,..masih lagi merenungku,
"Dari dalam bilik air saya ingatkan bunyi gitar dari tv,...Kan betul saya cakap awak ni laut,...apa lagi kejutan lepas ni tak tahu la..."ujarnya sambil mengenakan pelikat dan baju melayunya,...kacak sekali..
"Dah, jangan nak membebel lagi, solat dulu..."ujarku sambil menyarungkan semula gitar tadi ke dalam bekasnya...bangun dan menghamparkan sejadah di sudut dinding menghadap kiblat...
"Thanks sayang.."ujarnya.
Sementara dia bersolat aku bersiap dan mengenakan tudung...mencapai kamera. Memeriksa bateri dan memastikan memori kad masih ada banyak ruang kosong..ku capai tuala yang digunakan tadi pada birai katil, bergerak ke tepi bilik air,sidaikan...la tuala aku rupanya...ku dapati tualanya masih tak terusik...hmm...sengaja la tu...
Jam telah menginjak ke pukul 12.00 tengah malam...Dia telah selesai solat, menyangkutkan sejadah pada kerusi..teragak-agak untuk menyalin pakaian...,
"Kenapa.."soalku dari meja make up.
"Macam tak nak tukar baju...selesa pulak macam ni.."getusnya.
"Saya ok je...sejuk mata memandang nampak awak pakai macam tu..." ujarku jujur.
"Tak pe la nanti kotor pula nak solat subuh.."ujarnya sambil menanggalkan baju melayu itu.
"Tolong saya ambilkan baju kat dalam beg!"
"Kenapa dengan t shirt tadi? Ok lagi kan..?"soalku semula.
"Dah berbau la, berpeluh-peluh masa show tadi.."ujarnya pula sambil menghampiriku dan meletakkan baju melayu pada birai katil.
Ku keluarkan sehelai tshirt kelabu dari begnya dan menyerahkan padanya....Dia menyarungkan t shirt itu pada tubuhnya..
"Saya lagi teruk, dari petang tadi tak tukar-tukar baju lagi ni, macam mana...?"ujarku sambil menghidu dressku pada bahagian bahu...
"Awak lain la...sentiasa wangi.."guraunya sambil memeluk pinggangku dan mencium bahu dan belakangku..
"Hey..."aku cuba mengelak tapi dah terlambat. Tubuhku dah berada dalam rangkulannya..
"Hmm...haruman inilah yang sentiasa buat jiwa saya bergelora setiap saat dan ketika...."bisiknya ke telingaku...
"Makin lama melayan awak, makin mengarut jadinya...cepat la..dah lewat ni...kata nak keluar.."aku melepaskan tangannya pada pinggangku lalu bangun menyangkut baju melayunya pada hanger tadi.
"Tengok tu, awak asyik nak lari ja dari saya walaupun saya dah tukar baju..."
"Ya Allah...ke situ pula dia...mana ada saya nak lari dari awak..?"aku kembali duduk di birai katil bersebelahannya...merenung mata lembutnya..memegang kedua-dua tangannya..
"Jujur..., saya suka sangat duduk sebelah awak..., saya suka sangat bila awak sentuh saya..,saya suka bila awak renung mata saya macam tu...saya suka bila awak bisikkan kata-kata sayang pada telinga saya..,saya suka dengar suara awak bila awak mula berkata-kata..., apa sahaja yang awak buat untuk saya, saya suka sangat.., saya tak kisah pun pasal baju awak, saya tak kisah pun apa-apa sahaja yang orang perkatakan pasal awak..., tapi..."aku tunduk...tak mampu lagi merenung sepasang matanya yang bersinar..
"Tapi.., kenapa sayang..?ujarnya sambil mendongakkan wajahku semula supaya memandangnya...
"Saya kisah bila melihat awak bersama-sama peminat awak terutamanya perempuan...saya jadi cemburu...cemburu sangat bila mana mereka menjerit-jerit nama awak..teruknya saya ni kan?!!"malunya aku meluahkan itu semua...lantas kututup kedua-dua mukaku...
"Hey...sayang...I,m so sorry....! itu semua normal la...,awak belum biasa dengan situasi macam tu...nanti dah lama nanti ok la..."
"Saya cuma nak awak tahu..., sayang saya pada awak tak mampu nak menandingi sayang saya pada sesiapa pun...macam kata awak, sayang awak pada saya dan pada anak-anak adalah dua warna yang berbeza...begitu juga dengan saya...cinta saya pada awak memang tiada galang gantinya di dunia ini...percayalah..."ujarnya sambil mengucup kedua-dua tanganku..
"Dah la...jom..."dia menarik tanganku supaya mengikutinya..aku mencapai jaket dan kameraku..mengikutinya ke pintu...
"Awak,...tadi saya nampak ada gerai kat tepi pantai, dekat ja dengan hotel...kita jalan kaki ja nak?",ujarku semasa kat dalam lif.
"Ok juga...jom"
Kami bergerak menuruni cerun landai menuju ke tepi pantai...
"Hati-hati sayang..."ujarnya sambil menyambut tanganku setiap kali menuruni anak tangga yang agak curam..
Di kiri dan kanan laluan disinari dengan lampu bulat bertiang yang sangat cantik...sesampai sahaja di bawah,
"Kejap..."aku menarik tangannya supaya berhenti sekejap, lantas mengarahkan lensa kameraku merakam pemandangan unik laluan berlampu itu..
"Awak ni, very unpredictable... saya nampak biasa ja benda tu, bagi awak semuanya special.."ujarnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Kami berjalan beriringan semula menuju ke gerai di hadapan..
" Benda yang biasa akan jadi special kalau kita pandangnya dengan cara yang luar biasa"
"Contoh.."soalnya ingin tahu.
"Contoh...hmm...contoh yang paling dekat ialah antara awak dan saya...Sebelum ini, sebelum kita menjadi suami isteri, saya pandang awak macam orang biasa aje...awak ada ke, tak ade ke, tak menjadi hal besar bagi saya, tapi bila awak dah jadi special dalam hidup saya, apa-apa sahaja mengenai awak dah jadi amat special bagi saya even bila awak terbatuk-batuk, atau bila awak betul-betulkan rambut awak,...atau bila awak gosok-gosok mata macam tu.., garu-garu leher macam tu pun,...It's so special...so interesting for me..."
YOU ARE READING
SUMPAH CINTA
RomanceNURUL AIN, berperwatakan menarik,menjadi ibu tunggal pada usia yang muda, terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan...menyertai sebuah 'team building' untuk menjana pendapatan sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anakn...