"Sekarang saya lapar sangat ni,...teman saya makan dulu...",rayunya.
"Ok..jom..jom..kesian awak...",aku menyarungkan semula helmetku...
Ala...macam mana nak matikan tali ni...sekali lagi dia bantu aku memakaikannya...terasa hangat tangannya menyentuh pipiku dan renungan mata redupnya tak mampu ku tepis...Aku naik dan duduk semula pada belakangnya...Sekali lagi dia menarik kedua tanganku ke arah pinggangnya...Motobikenya itu dipacu lagi ke destinasi yang aku sendiri tak tahu...Terpaksa aku merangkul tubuhnya erat-erat..Pemandangan sepanjang persisiran pantai itu memang 'superb'. Teringat ungkapannya tadi nak bawa aku ke 'syurga'...memang cantik amat..
Selang beberapa ketika motobikenya diperlahankan dan berhenti di barisan gerai di tepi pantai yang masih ramai lagi pelanggannya...
"Ok dah sampai,"ujarnya...
Aku berpaut pada bahunya dan melangkah turun dan melepaskan keluhan lega...aku melucutkan topi keledar..menyerahkan padanya...tak mampu menentang sepasang mata redupnya itu..malu...Aku membetulkan kedudukan tudungku pada cermin sisi motobikenya, sementara dia menanggalkan jaket kulit hitam merahnya dan sarung tangan hitamnya...sambil menyarungkan topi yang biasa dipakainya..
"Dah..dah...cantik dah tu...jom.."ditariknya tanganku supaya mengikutnya..
"Habis penyet tudung saya..."ujarku pula...
Dia cuma ketawa lunak...
"Tak pe la...balik nanti awak tak payah pakai helmet..."guraunya..
"Ee..?"
"Ee..."ajuknya.
"Sumpah, lepas ni kalau awak ajak saya naik motor lagi, saya tak nak dah...macam nak gugur jantung saya ni awak buat...laju betul..lepas tu ciluk kereta kiri kanan, tolonglah saya tak nak mati kat jalan raya..."ujarku membebel..
Dia cuma mengekek ketawa...
"Bukan perempuan suka ke lelaki bawa motor..?",soalnya nakal..
"Itu perempuan lain, bukan Nurul Ain...",ujarku pula.
Dia menarik tanganku ke arah kiri...Kami duduk pada meja kosong di sudut kiri...
"Awak nak makan apa?",soalnya.
"Saya tak lapar sangat...lagipun saya kurang makan malam...nak minum ja...Milo panas.."ujarku sambil meletakkan kamera di atas meja dan membuka zip jaket, menanggalkannya dan meletakkan di ribaanku..Dia hanya memandang perlakuan ku...
"Eh, dari petang tadi awak tak makan, nanti masuk angin perut tu..",getusnya.
"Dah makan roti dah maghrib tadi..",jawabku..
"Roti je..",getusnya lagi.
"Aa..aa...saya dah biasa...lagi pun perut saya, perut orang biasa je...apa-apa pun boleh terima",ujarku tersengih..
"Oo, macam tu pulak....",ujarnya.
Dia memesan nasi putih dan sup tulang merah serta nescafe 'o' ais.
"Kata tadi lapar sangat, tu ja yang awak pesan",soalku balik.
"Perut saya pun perut orang biasa juga...",dia pulangkan paku buah keras padaku...
"Hmm...bijak..bijak..awak ni jenis yang cepat pick up la..",gurauku..
Dia tersenyum lagi sambil memandangku..dan mengalihkan topinya ke belakang untuk menikmati hidangan di hadapannya..Sebelum makan dia menadah tangan berdoa...Aku turut menadahkan tanganku...Satu perubahan baru yang ku lihat pada dirinya...Alhamdulillah...
"Jemput makan, " ,ajaknya..
"Sila, sila...Bismillah..",ujarku..
Bila melihat dia asyik menikmati makanannya, aku mula mengangkat kamera untuk merakamkan moment yang menarik di situ.
"Awak...teman saya makan dulu ok...please...",rayunya..
"Ok Bos," aku meletakkan semula kamera di pangkuanku..
"Awak tak makan kat rumah tadi?", soalku..
"Saya tak balik rumah lagi.."
"Hah..!",aku terkejut
"La, habis tu...awak pergi mana?"
"Balik rumah sewa..",ujarnya lagi..
"Awak duduk rumah sewa?...mewahnya awak...",kataku sambil merenung tepat ke arahnya.
Dia mengerutkan keningnya memandangku...
"Jadi, salam saya tak sampai lagi lah ye"
"Belum..Kalau saya balik rumah mama, takdenya saya dapat keluar lewat malam macam ni",ujarnya lagi.
"Oo, ambik kesempatan la ni..",aku menduga..
"Lebih kurang la...bukan saya keluar dengan awek pun, saya bawa wife saya ape,"sengaja dia perlahankan perkataan wife itu...
Malas nak respons kata-katanya, aku menukar tajuk perbualan...
"Yang awak bawa saya naik motorbike awak ni, awek awak tak tahu ke..? dia tak marah ?",soalku mengusik.
"Saya mana ada awek, kan saya dah cakap kat awak, saya mana ada masa nak berawek-awek ni...siang malam, hidup saya dengan muzik je..",terangnya panjang lebar..
"Ni, ada pula masa awak dengan saya..."
"Awak lain la...awak tetamu saya, saya kena layan tetamu elok-elok...",ujarnya seraya memandangku penuh makna...
"Ee..?"
"Betul la..",jawabnya sambil menyedut minumannya..
"Ramai juga kan orang kat sini..",ujarku menukar tajuk perbualan.
"Aa..aa..kalau malam minggu lagi ramai...kadang-kadang ada life band buat persembahan"
"Tu la saya nampak ada pentas kat hujung sana...",ujarku sambil menunjuk ke arah pentas.
"Awak pernah menyanyi kat sini?
"Pernah.."
"Diaorang tak perasan awak ke malam ni ?"
"Entah la...tapi mereka tak ganggu privasi orang"
"Hmm..bagusnya..kalau kat Malaysia ni..gerenti awak dah kena serbu..macam pagi tadi.."
Dia cuma tersengih...
"Tu pasal saya bawa awak kat sini..."ujarnya lagi..
"Betul awak tak nak ni..saya habiskan ..."
"Betul, awak habiskan la....kesian anak 'mama' ni kan, tak sempat balik rumah pun",gurauku.
Dia tersengih.
"Awak tak letih ke?...siang tadi dah la drive beratus-ratus km, lepas tu malam ni bawa motor pulak, temankan saya",luahku sambil memandangnya penuh simpati..
"Letih juga...tapi saya dah biasa tidur lambat, cari ilham buat lagu...tapi sempat juga saya tidur sekejap tadi",ujarnya sambil menyedut minuman di hadapannya.
"Awak...macam mana, tak penat? Seharian melayan saya memandu..."
"Penat sangat...terpaksa..",gurauku...
"Tak de lah..gurau je...In fact, saya suka melayan awak bercakap, saya suka grab semangat juang yang ada dalam diri awak,"aku merenung matanya..serius.
Dia diam sahaja membalas renunganku seraya menggeleng-gelengkan kepalanya...
YOU ARE READING
SUMPAH CINTA
RomanceNURUL AIN, berperwatakan menarik,menjadi ibu tunggal pada usia yang muda, terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan...menyertai sebuah 'team building' untuk menjana pendapatan sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anakn...