"Nah..."ibunya mengambil dua ketul puding jagung lalu dihulurkan padaku.
"Emm...sedapnya kak..nanti boleh ajar saya macam mana nak buat puding sesedap ni...", ujarku ikhlas.
"Akak tau tak kenapa puding ni sangat sedap", tanya Aisyah kepadaku..
Aku memandangnya ingin tahu...
"Sebab, dia masak dengan penuh kasih sayang untuk anak lelaki kesayangannya tu!..Abang pun memang suka puding ni..", semua ketawa dengan kata-kata Aisyah...
"Habis, korang berdua ni mama tak sayang la ye...ke mama jumpa diaorang kat rumpun buluh ma?",gurau Ahmad Sufri...
"Eh..eh itu dah melampau le..! ",getus Kyra pula yang sejak tadi diam..
"Tapi ma kan, hari ni puding mama ni double sedapnya...tau kenapa?",ujar Aisyah lagi...semua mata tertumpu padanya..
" Sebab ma masak ni untuk Kak Ain juga kan...",ungkapan Aisyah itu menjadikan merah padam wajahku..
"Ada-ada je kau ni kan...",kata Ahmad Sufri sambil memandang padaku..
"Ma, kari daging tak ada ke?",getusnya lagi...
"Ala tak sempat tadi...daging ada tu ha...",ujar ibunya.
"Tak pe kak, biar Ain masak, awal lagi ni, tamu lain pun belum sampai kan..! lagipun Ain tak bawa apa-apa untuk akak, apa kata Ain tawarkan khidmat Ain...",ujarku jujur menawarkan khidmat. Lagi pun dah tak kuasa duduk situ, jadi bahan usikan Aisyah yang memang kuat bergurau tu...
"Jom..,"setelah seketika ibunya menarik tanganku ke dapur.
"Ha..ah...korang berdua tunggu apa lagi, pergilah tolong apa yang patut kat dapur",gurau Ahmad Sufri.
"Ish tak pe la..akak boleh buat..",ujarku..
"Abang ni ngada-ngada la...abang la pergi tolong...dah la jarang balik,"balas Kyra pula..serentak dengan itu sebiji bantal kecil kusyen hinggap ke mukanya...
Apa lagi berkejaran mereka tiga beradik di ruang tamu itu. Ibunya hanya memandang sambil tersenyum dan menggeleng-geleng kepalanya. Manis sekali...ternyata benar Ahmad Sufri mewarisi seratus peratus wajah itu...
"Akak sihat?", soalku sambil mengambil bahan-bahan untuk dimasak..
"Sihat Ain...tengoklah badan ni...macam belon ditiup-tiup...",ujarnya ketawa..
"Ain ni akak tengok makin kurus dari dulu...jaga kesihatan ye...anak-anak perlukan Ain...",nasihatnya.
"Inshaallah kak...",ujarku
"Kerja banyak kak, kat sekolah..kerja kat luar lagi...",dia memandangku penuh simpati..
Aku melarang bila dia bangun ingin membantu.
"Akak duduk je..tadi akak dah penat masak, sekarang biar Ain buat, akak guide saja dari situ..",ujarku bila melihat dia cuba bangun untuk membantu...
Saat itu juga Ahmad Sufri menapak ke dapur..mengambil air kosong dari peti ais...
"Ain tak nak berumahtangga lagi..?",kenapa soalan itu ditanya di hadapan anak lelakinya ...Ahmad Sufri terbatuk-batuk ketika meneguk air...sementara potongan kentangku tersasar...
Aku hanya mengerling Ahmad Sufri dari ekor mata.Dia buat muka selamba sambil duduk membelek telefonnya..
"Maaf la kalau soalan akak ni buat Ain terasa",ujar ibunya lagi sambil memandangku simpati.
"Eh, tak ada la kak, Kalau saya kahwin, apahal pula dengan anak-anak saya nanti..."
Aku mula menumis setelah semua bahan telah sedia...
"Emm..wangi, sedapnya bau...",getus ibunya...
"Kalau ada orang berkenan kat Ain macam mana?",soal ibunya lagi...
Ku lihat Ahmad Sufri tak senang duduk...hanya memerhatikan ibunya
"Ish, akak ni, ada-ada ja...",aku tertawa hambar..
Setelah semua rempah ratus masak, aku masukkan semua daging tadi...
"Bau macam rendang raya..",Ahmad Sufri bersuara. Mungkin nak menukarkan tajuk perbualan..
"Aisyah dan Kyra bergegas ke dapur apabila menghidu bau kari dagingku...
"Sedapnya bau kak, tak sabar nak makan ni...!", getus Aisyah...
"Mama, tadi Aisyah dengar ada orang Spore berkenan kat kak Ain, betul ke?",.soal Aisyah memang sengaja nak mengenakan aku dan abangnya..
Dikerlingnya nakal wajah abangnya...
"Aa...aa..", ibunya mengiyakan.
"Wah, nampaknya selalu la Kak Ain datang Spore ni kan,"balas Kyra jujur..
"Apa korang cakap ni? Akak tak tahu apa-apa pun, jom dah masak kari ni",serentak dengan itu kedengaran suara memberi salam dari pintu utama...
Semua bergerak ke sana, kecuali aku dan Aisyah.
"Aisyah kenapa cakap macam tu?", Kalau mama tahu teruk abang kena nanti"..
"Tak ada apa la kak, rahsia akak dengan abang, Aisyah simpan erat dalam poket ni ha....tapi akak tahu tak? Aisyah gembira sangat akak dah jadi keluarga kami sekarang..",ucapnya lantas memelukku dari belakang..
"Tengoklah si Aisyah tu,"ibunya datang semula ke dapur bersama seorang lagi wanita sebaya Aisyah mungkin,mendukung baby comel..bayi itu mengekek memandangku..Ku ambil baby itu dari pangkuan ibunya...
"Kenalkan ini sepupu Aisyah, Ashra..anak uncle Man.."
"Aku menghulurkan tangan pada Ashra, Assalamualaikum Ashra.... Baby dah berapa bulan dah?"
"Enam kak...",jawabnya.
"Oo..ye ke?..comelnya awak, sape nama awak?",agahku...
"Adam Iskandar"
"Awak suka kat kite ye Adam...",agahku lagi..Dia ketawa mengekek.
Kami melangkah ke ruang tamu..Aku diperkenalkan dengan uncle Man..Orangnya handsome juga, iras-iras Ahmad Sufri...umur lingkungan awal 50an gitu...
"Oo..orang M'sia...tinggal kat mana? ",Soal uncle Man lagi sambil memandangku atas bawah.
"Kedah, Langkawi...Pulau Langkawi...",jelasku lagi, agak kurang senang dengan pandangannya.
"Oo, Langkawi, nice places...I've been there..."
"Yes..."aku mengangguk-angguk perlahan.Kurang senang dengan pandangannya yang bagiku agak nakal. Seolah perasan dengan sikapku, Ahmad Sufri cepat-cepat bersuara..
"Jom makan, dah lapar ni...lama sangat tunggu uncle Man tadi"
"Jom, "balasku sambil mendukung Adam ke arah meja makan.
"Self servis ok..",Aisyah bersuara.
Ibunya membawa sebuah mangkuk besar kari daging dari dapur.
"This is special from Langkawi",jelas ibunya sambil meletakkan mangkuk tadi di atas meja makan.
YOU ARE READING
SUMPAH CINTA
RomanceNURUL AIN, berperwatakan menarik,menjadi ibu tunggal pada usia yang muda, terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan...menyertai sebuah 'team building' untuk menjana pendapatan sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anakn...