Selesai solat dan wirid, aku terus keluarkan baju terakhirku dari beg, sepasang kurung Pahang berwarna coklat muda bercorak songket..Kalau lah meeting ini berlarutan sampai esok bermakna aku kena cari dobi layan diri la...fikirku..
Setelah siap berpakaian, make up ala kadar, aku mengenakan tudung. Ku kemas apa yang patut untuk 'check out'. Jam di tanganku baru menunjukkan pukul 8.35 pagi. Masih awal lagi..Ku galas beg tangan beserta beg laptop..Jaket pinjam ku pegang..Kamera canonku, ku letak kemas dalam beg roda...lalu beg itu kutarik keluar...ambil kad hotel pada dinding...last checking,...Ku pantau sekeliling..Selamat tinggal bilik seribu kenangan..Ku letak beg laptop di atas beg roda..kutarik menuju ke lif...tekan butang turun...Ku ikut pergerakan nombor dengan mataku...tingkat 1,2,3,4 hinggalah 11...Pintu lif terbuka...Aku melangkah masuk tanpa melihat ke dalam...Eh, rupanya dia sudah terpacak menunggu aku di dalam lif...kacak sekali berseluar slack, kemeja putih bertali leher hitam dan berkot hitam...imej korporat gayanya.
"Eh awalnya Puan Nurul Ain "katanya tak jadi melangkah keluar sambil mendapatkan beg dari tanganku seraya menekan butang G dan membuka kacamata hitamnya. Ah mata itu lagi...
"Saja...tak nak menyusahkan awak, asyik naik turun ke sini.."kataku sambil tunduk, tak berani menentang matanya yang dari tadi tak habis-habis melirik ke arahku.
"Ee..?"
"Cantiknya isteri Ahmad Sufri hari ni..!", ujarnya sambil tersenyum memandangku...pipinya jelas tertonjol yang merupakan trademark wajahnya itu.
"Ee...? Awak pun apa kurangnya macam CEO",pujiku ikhlas.
Dia tersenyum sambil membetul-betulkan tali lehernya...Lif terhenti di tingkat 5. Ada dua tiga orang berbangsa Cina masuk...Dia menarik tanganku ke belakang untuk memberi ruang pada mereka. Sampailah lif itu berhenti di groundfloor baharulah dia melepaskan genggaman erat pada tanganku...
Sementara dia berurusan di kaunter aku menunggunya berhampiran pintu keluar...
"Jom, !",kami bergerak beriringan ke ruang parkir....
Bila sahaja kereta baru bergerak menuju ke destinasi, telefonku berdering, aku mengangkat panggilan itu..
"Mama.."ku beri isyarat mulut tanpa suara padanya sambil mengaktifkan mode loudspeaker pada handphoneku..
"Assalamualaikum Ain.."
"Waalaikumsalam...kak"
"Bila sampai Singapore ni..?
"Malam tadi kak...akak ngan anak-anak sihat"
"Alhamdulillah..."
"Ain macam mana...?"
"Ain pun sama ok je.."
"Ain datang dengan siapa?"
"Aa datang sorang je kak..."
"Kenapa tak bawa anak-anak? Sekarang cuti sekolah kan..?"
"Aa..cuti sekolah, datang sebab urusan kerja kak, susah bawa anak-anak..."
"Kat mana sekarang?"
"On the way ke tempat meeting kak..."
"Dengan Sufri ke..?
"Ye...eh tak...naik uber ni.."
"Bertuah punya Sufri...kenapa tak pergi dengan dia je"
"Dia tunggu kat sana kak, ada urusan, awal sikit dia gerak"
"Oo...eh tengahari nanti lunch kat sini tau, akak dah masak, banyak ni.."
"Susah-susah je akak ni", ku pandang Sufri yang memberi isyarat untuk mengiakan sahaja permintaan ibunya...
"Inshallah kak...nanti kita jumpa ye...rindu kat akak, Aisyah dan Kyra ni..."
"Akak pun rindu sangat kat Ain,,tak sangka sampai juga ke Spore ni... Terkejut akak bila Sufri cakap tadi Ain ada kat sini..ingatkan dia bergurau...betul rupanya."
"Akak, saya dah sampai tempat meeting ni...nanti kita cakap lagi ye...!",aku terpaksa menamatkan perbualan bila dia memberi isyarat tangan padaku...
"Ok, nanti ingatkan Sufri lepas meeting terus bawa Ain ke sini...tak sabar akak nak jumpa Ain..dia tu tak boleh harap sangat,sibuk manjang..."
"Inshaallah kak.."
"Eh, jap...bila Ain nak balik Malaysia?"
"Flight pukul 6 petang kak hari ni"
" Ah...cepatnya..",kelihatan Ahmad Sufri turut terkejut di sebelahku..Tak sempat dia bersuara, kututup mulutnya cepat-cepat..
"Ok kak..nak rush ni...bye, Assalamualaikum..."
Ku simpan semula telefon ke dalam handbag. Buat-buat tak nampak dengan renungan tajamnya di sebelahku..
"Flight pukul 6.00...Bila awak beli tiket?...tak bagitau saya pun..",katanya sambil memandangku dengan kerut di wajah.
"Malam tadi...booked online...Ok..kita bincang benda ni kemudian ye...Awak nak marah saya ke, nak buat apa ke...lepas ni ok...Saya nervous ni...jap gi nak present..!",ujarku bila melihat ada rasa tak puas hati pada wajahnya...Berubah betul wajahnya bila tahu aku nak balik hari ni...apakan dayaku anak-anakku juga adalah sebahagian dari hidupku juga...
"Awak..., awak marah saya ye....",pujukku bila melihat dia diam saja sepanjang berjalan ke bilik meeting..
"Mana ade...sedih je",ujarnya lemah.
"Kalau macam tu...senyum la...bagi semangat kat saya...saya nervous sangat ni..",ujarku memujuk lagi..sambil memandangnya meminta simpati...Dia tersenyum sedikit untuk ambil hatiku...
"Ha..macam tu la...thanks sayang...",terpacul dari mulutku perkataan sayang...Ala...malunya...
Baru lah ku lihat wajahnya semakin ceria...
Sesampai sahaja aku berhadapan bilik mesyuarat, ku lihat semuanya telah menunggu kami..Aku bersalaman dan memeluk Tia, serta melambai pada rakan-rakan lelaki yang lain...Begitu juga Ahmad Sufri...Aku mengambil kot hitam dari Tia, mengenakan pada badanku, meneliti pada cermin di sisi bilik mesyuarat...
"Cantik sekali kak,...berseri-seri....",Tia memuji-mujiku..
Aku pula tersenyum ke arahnya sambil mencuit pipi gebunya.Sementara menantikan ke jam 9.45, kami berbincang sedikit mengenai perjalanan mesyuarat nanti dan mengingatkan semula apa yang dah kami persetujui semasa di KL semalam...Tepat jam 9.45 kelihatan lima orang pihak pengurusan yang akan mendengar peresentation kami sampai..Tiga orang lelaki dan dua perempuan...Semuanya sudah kelihatan berusia 40-an ke atas...Dengan lafaz Bismillah kami melangkah masuk ke bilik mesyuarat...
YOU ARE READING
SUMPAH CINTA
RomanceNURUL AIN, berperwatakan menarik,menjadi ibu tunggal pada usia yang muda, terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan...menyertai sebuah 'team building' untuk menjana pendapatan sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anakn...