"Thanks sayang sebab memberi layanan high class pada saya...sumpah, sepanjang hidup saya inilah kali pertama saya berasa sangat istimewa dalam hati seseorang..."ujarnya lagi tanpa melepaskan tanganku..
"So sweet,...tapi jangan berani sangat nak main sumpah ni..dalam dua tiga hari ni, saya asyik dengar awak sebut banyak kali dah pasal sumpah...jangan jadi macam saya pulak...termakan sumpah sendiri.."ujarku dalam nada berbisik..
"Ai...lain macam lenggok bahasa awak malam ni..?"ujarnya seraya bangun dari sofa dan menarik tanganku duduk pada birai katil...
Aku akur dengan kehendaknya...lantas melabuhkan punggung di sebelahnya sambil tunduk membisu...
"Hey...kenapa ni?"dengan lembut dia mendongakkan wajahku ke arahnya..
Seperti biasa aku tak mampu nak menentang renungan matanya...
"Ok,..saya ingat lagi ungkapan awak...jika dengan meluahkan sesuatu tu akan menambahkan sedih di hati, biarlah ia terpendam, tapi sebaliknya jika dengan meluahkannya buat awak rasa lega...silakan...saya sudi pinjamkan telinga saya..."aku tersenyum mendengar kata-katanya...betapa dia seorang pendengar dan pengingat yang setia...
Aku memicit hidung mancungnya tanda terima kasihku atas penghargaannya itu..
"Baiklah.., saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya buat pengakuan kat awak..."ku pegang erat kedua-dua tangannya...dia cuma memandangku dengan harapan aku teruskan kata-kataku...
"Seperti yang awak tahu sebelum ni...,setelah rumahtangga saya hancur, separuh jiwa saya turut hancur bersama...nasib baik separuh lagi ada pada anak-anak saya...dan hidupnya saya hari ini..adanya Nurul Ain saat ini,.. totally because of them..",ungkapanku terhenti sekejap..kukumpul kekuatan untuk meneruskan kata-kata sambil menyerap renungan simpati dalam lembut pandangannya...
"Dan dalam tempoh itu juga saya telah bersumpah dengan diri saya yang saya akan tutup rapat hati ni pada mana-mana lelaki pun...dan sehingga saat kita diijabkabulkan, saya pegang sumpah saya itu, walau pun ada lelaki yang cuba mendekati dan mengambil hati saya, ada yang meluahkan hasrat melalui ibu dan bapa saya, saya kebalkan hati ini, saya tolak mentah-mentah dan saya bermati-matian mempertahankan sumpah saya itu di saat semua orang memaksa saya bernikah dengan awak...tapi...saya hanya manusia biasa yang tak boleh nak melawan takdir...dan sekali lagi saya korbankan kepentingan diri demi orang lain..."tanganku diramas-ramasnya untuk menenangkan aku saat itu..
"Tapi...pada saat dinihari itu, bila awak luahkan isi hati awak, bila saya relakan segalanya...,satu persatu sumpah itu dah memakan diri saya...,saya gadaikan perinsip saya hanya kerana curahan kasih awak yang melimpah ruah....saat itu saya sedar betapa lemahnya saya...."aku tunduk kembali sambil melepaskan pegangan tangannya dan menongkat dahi sambil menunduk..
"Apa yang awak cuba nak katakan sebenarnya sayang...?"ujarnya lembut sambil memegang erat bahuku...
"Saya cuba nak sedarkan awak betapa besarnya kasih saya pada awak dan saya cuma nak ingatkan awak supaya jangan bermain dengan kata sumpah...kerana akibatnya akan meracun diri..."ujarku sambil memandang wajahnya semula...ada perasaan cuak pada wajahnya.
"Saya cukup sedar sekarang, dan saya juga harap awak sedar yang kita berdua sedang bermain api yang cukup besar sekarang..."dia mengangguk-angguk tanda faham dengan maksudku...
"Hidup saya dan hidup awak sangat jauh berbeza, dunia awak dan dunia saya tak sama...saya sendiri tak pasti sejauh mana saya boleh sesuaikan diri saya dengan dunia awak begitu juga sebaliknya...bagaimana penerimaan keluarga awak terhadap saya, bagaimana penerimaan keluarga saya terhadap awak..., bagaimana penerimaan orang sekeliling....hah...."aku melepaskan keluhan panjang....
"Awak..,"dia meraup wajahku supaya memandang tepat ke arahnya..
"Saya tak bijak berkata-kata macam awak, tapi...apa yang dapat saya katakan sekarang, saya amat cintakan awak dan saya yakin dengan cinta ini kita mampu menghadapinya bersama..Kita akan dapat mengawal api itu dari membakar seluruh hidup kita... selagi saya menjadi Ahmad Sufri yang awak kenal, Inshaallah saya akan setia hingga ke akhir hayat saya...itu janji saya..."luahnya sungguh-sungguh...Aku hanya mampu tersenyum dengan janjinya itu....jauh di sudut hati ini,...sukar aku untuk percaya lagi pada janji-janji lelaki...
Seraya itu aku berada dalam pelukannya...Seketika suasana menjadi sunyi sepi...,
"Sebenarnya saya teringin sangat nak bertemu dengan keluarga awak, nak bertemu muka dengan nyawa-nyawa awak tu, nak mencium tangan ibu dan ayah yang melahirkan anak sehebat Nurul Ain ni..."ujarnya menyebabkan aku meleraikan pelukannya...
"Awak ni...tiba-tiba buat saya rindukan mak ayah saya..."kataku sambil mengucarkan rambutnya..
"Tadi awak janji nak bawa saya dengan kamera saya keluar kan?"kataku lagi sambil mengerlipkan mataku padanya...
"Iye...sayang...,kejap saya nak mandi, solat Isyak ..."lantas dia bangun mencapai tuala dan bergegas ke bilik air...
"Awak, "jeritnya dari bilik air...
"Ye...kenapa?"soalku..
"Jom mandi dengan saya"
"Tak nak...!", malas melayan kerenah nakalnya lagi..
Sementara menunggu dia mandi aku bergerak ke jendela melihat ke luar, cantiknya pemandangan malam dilihat dari sini...tapi ada lagi yang lebih menarik minatku saat itu...gitar kesayangannya yang terbujur kaku di atas sofa..Ku capai gitar itu...kali terakhir ku pegang gitar adalah ketika melatih anak-anak kecil pra sekolah menyanyikan lagu berbulan yang lalu...
Aku bawa gitar itu dan duduk di birai katil...Ku petik irama yang biasa ku mainkan...lagu 'Rapuh-Opick'...mula-mula agak kekok,...seketika ku ingat sepenuhnya notenya,..maka kumainkan lagu itu sepenuhnya hinggakan tak sedar dia berdiri di sebelahku sambil tersenyum menggeleng-gelengkan kepalanya sambil bertepuk tangan...
YOU ARE READING
SUMPAH CINTA
RomanceNURUL AIN, berperwatakan menarik,menjadi ibu tunggal pada usia yang muda, terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan...menyertai sebuah 'team building' untuk menjana pendapatan sampingan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anakn...