Nafas cuba aku aturkan sebaik mungkin walaupun sedikit sukar. Kepalaku tidak henti-henti menggeleng. Cuba untuk menidakkan kebenaran yang mula terungkap.
" Apa yang awak cuba sampaikan ni Izz? Saya tahu awak memang tak suka dengan mama and papa saya, tapi tak perlulah sampai macam ni sekali! "
Tersedu-sedan aku menahan tangis apabila melihat lelaki di hadapanku itu mula mengukir senyuman sinis.
" Aku cuma beritahu kau perkara sebenar. Mama dengan papa kau dah buat hidup umi aku menderita selama ni! Kau faham tak?! "
Aku melihat mata Izz mula berkaca. Perlahan-lahan dia dudukkan dirinya di atas lantai berjeniskan mozek tersebut.
" Kau tahu tak umi aku sengsara selama ni? Terpaksa besarkan aku sorang-sorang tanpa seorang suami. Cacian, cemuhan, kejian tak henti-henti singgah pada pendengaran dia. Tapi dia tetap kuat. Sebab dia yakin, satu hari nanti kebenaran pasti akan terungkap juga."
Aku terdiam. Mendengar segala yang diluahkan oleh lelaki di hadapanku itu.
Tak lama selepas itu, aku melihat Izz mula berdiri. Belum sempat dia melangkah lebih jauh, aku menggenggam tanganya. Menahan dia dari beransur pergi meninggalkan aku.
" Tolong beritahu saya Izz. Apa yang mama dengan papa saya dah buat? Apa hubungan umi awak dengan mama and papa saya? Please, i need to know the truth. "
Aku memandang anak matanya dalam. Berharap dia akan memberitahu segalanya yang perlu aku tahu.
" I'm sorry. But that's not my secret to tell. Pergi tanya sendiri dengan mama and papa kau. Ataupun tanya lah dengan Nenda kau. Semua pertanyaan kau akan terjawab dengan sendirinya nanti. "
Seusai berkata begitu, dia meleraikan genggaman tanganku lalu mula mengorak langkah untuk pergi.
" Semua yang berlaku sekarang ni, tak ubah apa-apa antara kita kan? "
Aku mula gelisah apabila Izz tidak membuka mulut. Dia hanya memandangku.
" This is not a fairytale dear. Of course, the truth will change everything between us. After this, there are no more us. Belajar lah untuk terima yang kita ni memang tak ditakdirkan untuk bersama Zara. "
Aku memegang dadaku sebaik mendengar butir bicara yang dilontarkan oleh Izz. Mataku mula berkaca melihat bayangan Izz yang semakin menjauh.
Pedih.
Sakit.
Kecewa.
Marah.
Semuanya bercampur menjadi satu. Menimbulkan pelbagai perasaan yang mula menjalar di dada.
Walaupun sukar untuk diterima, aku mula percaya bahawa aku dan dia memang tidak ditakdirkan bersama.
Selamanya, we are never meant to be.
•••••
© Izz Izara ©
YOU ARE READING
Izz Izara
Romance[Kerana kesilapan mereka,kita tidak dapat bersama] Mungkinkah suatu ketika nanti,kita akan ditakdirkan bersama atau Selama-lamanya We are never meant to be? ••••••••• " Lepaskan perasaan benci itu, dan gantikan ia dengan cinta.Aku pasti,kita dapat b...