Izz Izara
[We are never meant to be]
⚫
⚫
⚫
⚫Kertas yang dipegang,dilihat dengan senyuman.Kaki yang melangkah,dilajukan lagi kepantasannya.Rambut yang terbang dek ditiup angin yang agak kencang pagi ini,diselit di belakang telinga.
Kunci dibawa keluar dari tas tangan yang tersangkut di bahu.Punat kekunci ditekan lalu tubuh diboloskan ke dalam perut kereta.
Tas tangan yang tersangkut sebentar tadi,diletakkan di seat penumpang.Enjin dihidupkan lalu gear dimasukkan dan kakinya mula memecut keluar dari kawasan sekolahnya.
........
"I'm home!"
Kakinya melangkah masuk,sebaik kasut dibuka.Senyuman dihadiahkan kepada pembantu rumahnya yang sedang mengemas meja makan.
"Lain kali bagi salam.We are muslim Izara."Tegur lelaki separuh abad yang khusyuk membaca akhbar harian di sofa ruang tamu.
Izara tersengih mendengar balasan Papanya itu.Ya,dia akui,sejak akhir-akhir ini,dia terlalu ikutkan budaya barat yang selalu ditonton di televisyen.
"I'm sorry.So,Assalamualaikum my lovely dad."Izara bersuara sambil mendekati sofa yang diduduki oleh Papanya.
"Waalaikumussalam.So how your result?"Soal Tengku Rayyan.
Senyuman dikoyakkan sebagai jawapan.Kertas yang berada di genggaman,dihulurkan dengan perasaan yang berbunga.
Tengku Rayyan menerima huluran puteri tunggalnya itu,lalu mula membaca setiap isi yang tercatit.
"Congratulations.Papa tahu,Izara ni cerdik orangnya."Tengku Rayyan memuji sambil mengusap lembut kepala Izara.Izara tersenyum bangga.Akhirnya usahanya selama ini,membuahkan hasil.Keputusan SPM-nya cukup cemerlang.
"Wow!Happy nampak.Tak nak share dengan Mama ke?"Seorang wanita yang juga sudah separuh usia,keluar dari dapur sambil menatang dulang.
Dulang itu diletakkan di atas meja lalu teko yang berisi teh panas dituang ke dalam tiga biji cawan.
"Zara dapat straight A for SPM!"Izara membalas teruja.Puan Farhana tersenyum sambil memeluknya.
"Congrats princess.You deserve it."Sekali lagi pelukkan dihadiahkan kepada tubuh kecil Izara.Izara tersenyum sambil menikmati kehangatan tubuh Mamanya.
"Jadi,apa kata kita celebrate this?Boleh kan bang?"Farhana menyoal suaminya yang sedang menghirup teh panas bancuhannya.Tengku Rayyan hanya tersenyum sebagai tanda persetujuan.
"Esok malam kita celebrate ye?Nah,makan kek ni dulu.Mama buat special tau."Sepiring kek brownies dihulurkan kepada Izara.
Izara tersenyum sambil menikmati keenakkan coklat yang meresap di dalam deria lidahnya.
"Thank you!"Farhana dan Tengku Rayyan tersenyum.
...Tbc...
Jangan meroyan dulu readers sekalian.Hakak buat ni demi kepentingan cerita.But jangan risau,hakak akan bongkar satu-satu nanti okay?
Rina akan disatukan balik juga dengan Rayyan nanti.Just wait okay?
YOU ARE READING
Izz Izara
Romance[Kerana kesilapan mereka,kita tidak dapat bersama] Mungkinkah suatu ketika nanti,kita akan ditakdirkan bersama atau Selama-lamanya We are never meant to be? ••••••••• " Lepaskan perasaan benci itu, dan gantikan ia dengan cinta.Aku pasti,kita dapat b...