BAB 10

276 18 0
                                    

Izz Izara
[ We are never meant to be ]



" Eeee geramnya aku! "

Izara melemparkan tas tangannya di atas kerusi. Punggung dilabuhkan agak sedikit kasar. Keluhan tidak henti-henti meniti di bibirnya.

" Kau ni dah kenapa zara? Aku kadang-kadang peliklah dengan kau. Orang tu terlanggar kau pun, kau marah. Orang tu dah tolong kau pun, kau marah. Dia siap bagi kau landing lagi atas badan dia. "

Nana mengomel sendirian dengan sikap rakannya itu. Mata sempat digulingkan sebelum dia kembali menatap telefon pintarnya.

" Ish! Aku malulah Nana. Kau faham tak apa istilah malu? " Izara menutup mukanya berulang kali.

" Dahlah zara. Nothing will happen. Trust me okay? Now who want some donuts? " Fareiha bersuara dengan ceria. Cuba untuk menukar topik perbualan.

" Tapi aku still ada satu kelas lagi lah lepas ni. " Izara menjuihkan bibir apabila melihat jadual kelas di dalam telefon pintarnya. Spoil mood betul lah.

" Sokay lah Zara. Nanti aku dengan Nana belikan untuk kau sekali. Bye girl, study elok-elok. "

Fareiha menarik tangan Nana lalu terus berlalu pergi ke arah keretanya. Setelah mereka berdua hilang dari pandangan, Izara menyelak helaian novel yang baru dibelinya itu. Masih ada setengah jam sebelum kelasnya bermula.

....

Izz meneguk milo aisnya sehingga habis. Jam tangannya ditilik sekali lagi. Wajah lelaki di hadapannya itu direnung.

" Kalau kau dah tak ada apa-apa nak cakap, aku chaw dulu. Lagi 15 minit kelas aku dah nak mula. "

Izz mula menganggkat punggung dari kerusi. Beg silangnya serta beberapa fail diambil.

" Mak kau Qairina kan? Nur Qairina Nasuha. Am I right? " Soalan yang diajukan oleh Shahril membuatkan Izz terkaku seketika.

" How do you know her? " Izz mengerling sekilas ke arah Shahril. Pelbagai soalan bermain di mindanya tatkala ini.

" Let's say, I know something you don't know. If aku jadi kau, aku tak akan berdiam diri. Banyak perkara yang mak kau rahsiakan daripada kau selama ni. Good luck finding out the truth. "

Shahril mengedipkan sebelah matanya sebelum berlalu pergi. Senyuman sinis turut terukir pada wajahnya.

Izz mengerutkan dahi. Apa yang dirahsiakan uminya selama ni?

Tanpa berfikir lebih panjang, dia terus berlari meninggalkan kafe kolej tersebut. Dia sudah terlambat untuk ke kelasnya.

....

Jam ditilik lagi sekali. Macam mana lah dia boleh hanyut dalam pembacannya sehingga terlupa akan masa.

" Matilah aku harini. Haih! " Izara mengeluh sendirian memikirkan nasib yang akan ditimpanya sebentar lagi.

Tanpa sedar dia terlanggar bahu seseorang sehingga menyebabkan fail-fail yang dibawa manusia itu terjatuh.

" Maaf-maaf. Saya tak perasan awak tadi. "

Cepat-cepat Izara menunduk untuk membantu mengutip semula fail-fail yang bertaburan itu. Setelah pasti semuanya telah dikutip, dia menyerahkan semula kepada tuannya.

" Ish kau lagi! Memang scenario kita asyik kena terlanggar je ke macam mana? " Izara menggulingkan anak mata apabila melihat Izz ialah orang yang dilanggarnya sebentar tadi.

" Manalah aku tahu. Dah sana, aku nak cepat ni. " Izz terus menolak Izara ke tepi. Membebel pulak minah sorang ni.

" Kuajo kau eh! " Izara memekik sederhana kuat. Langkah terus dicorak mengikut arah tujuan Izz.

Setelah sampai betul-betul di hadapan pintu kelas, Izz menyenggol bahu Izara. Memberi isyarat supaya perempuan itu mengetuk pintu kelas.

"Apa pasal aku pula yang kena ketuk? Kau lelaki kan? Kau lah ketuk. " Izara bersuara separuh berbisik.

Izz menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

" Ketuk jelah kau ni. Banyak alasan pula. " Izz menjegilkan biji matanya.

" Ingat aku takutlah tu? Sikit pun tak heranlah. Kau lah ketuk. Cepat! " Izara menggulingkan anak matanya apabila melihat Izz masih berdegil. Baru sahaja dia mahu bersuara lagi, terdengar pekikan dari dalam.

" Student yang tengah berdiri dekat luar tu masuk sekarang! "

Kedua-dua mereka tersentak. Sudah tentulah professor boleh mendengar suara mereka. Pakai telinga apa entah.

" Oops! This can't be good honey. " Izara berbisik kepada Izz lalu terus membuka pintu kelas mereka.




[A/n] I'm so sorry for the delay sweetheart. Actually, I dah tak ada mood untuk menulis akhir akhir ni. So yeah, but now slow-slow mood menulis tu dah kembali. So enjoy. Sorry again for the late update. Love u gaes :)

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 15, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Izz IzaraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang