Izz Izara
[We are never meant to be]
⚫
⚫
⚫
⚫Getah rambut yang berada di atas meja solek,diambil.Rambut diikat sanggul lalu pintu bilik didekati.
Tombol dipulas dan kaki menjejak lantai luar.Satu-persatu anak tangga dituruni dan langkah dihalakan ke ruang dapur.
Kelibat Cik Zah;pembantu rumahnya yang dari tadi ulang alik dari dapur ke ruang makan diperhati.Senyuman kecil terukir.
Kaki dijengket perlahan.Berharap tiada sebarang bunyi yang terhasil.
'1..2..'
"BAA!!"Kedua-dua tangannya mendarat di atas bahu Cik Zah sambil disusuli oleh gelak tawanya.
"Opocot mak cik kau terbang!"Latah wanita itu.Wajah Izara yang tertawa tiada henti itu,dijelingnya sekilas.
"Alololo..Janganlah marah Cik Zahku sayang.Zara gurau je."Pujuk Izara.Tangannya naik memeluk pinggang wanita itu.Kepalanya juga turut dilabuhkan pada bahu.
"Kamu buat sekali lagi,Cik Zah piat telinga kamu kuat-kuat.Nakal betul.Sama je macam Puan Qairina--"Sedar akan keterlanjurannya berbicara,Cik Zah segera mematikan kata.Dirinya pura-pura disibukkan dengan kerja memotong sayur dan daging di atas table-top.
"Puan Qairina?Siapa tu?"Soal Izara kehairanan.Cik Zah menelan air liurnya kesat.Jikalau,Izara tahu kisah sebenar tentang Papanya dahulu, pasti dirinya akan dimarahi secukupnya oleh Tengku Rayyan.Silap hari bulan,dia boleh kehilangan mata pencariannya.
"Kawan Puan Rania.Dulu,dia kerap datang ke sini.Setiap hari diusiknya Cik Zah.Perangai kamu,betul-betul ingatkan Cik Zah pada dia."Mujur sahaja,idea untuk menutup keterlanjurannya itu terlintas di benak fikiran.Harap-harapnya gadis muda itu bakal mempercayai jawapan yang diberikannya itu.
"Ouhh.Mesti cantik kan orangnya?Nama dia pun dah menggambarkan segalanya."Izara memuji.Cik Zah tersenyum dan mengangguk.
"Okeylah.Zara nak tengok peti surat kejap.Mana tahu,pihak UM dah berikan kata putus."Pamit Izara.Lenggang sahaja langkahnya menuju ke pintu.
Selipar disarung pada kaki,lalu langkah dibawa ke pintu pagar.Peti surat yang terdapat di salah satu tembok,dibuka.
Sampul surat yang terdapat di dalamnya diambil.Nama yang tertera dibaca lalu senyuman terlakar indah.Degup jantungnya kian laju.Harap-haraplah aku diterima masuk.Amin!!
Perlahan-lahan sampul surat itu dibuka.Sehelai surat dibawa keluar dan dibaca.
"Yeayyy!!!Alhamdulillah!!!"Jerit Izara keriangan.Berlarian dirinya masuk ke dalam rumah.Tidak sabar hendaknya,ingin menyampaikan berita gembira ini kepada Mama dan Papa.
.....
Baju yang berada di atas katil dan tempat penyidai diambil.Dicampak satu persatu ke dalam bakul.
Buku-buku yang berselerak di atas meja belajar anaknya,disusun lalu diletakkan di sebuah rak kecil di sisi almari baju.
Penyapu dan penyodok dicapai lalu disapu lantai bilik itu.Penyapu dihalakan ke bawah katil untuk mengaut habuk-habuk yang berada di situ.
"Eh,kotak apa ni?"Desis Puan Qairina.Kotak hitam yang berada di bawah katil itu diambil.Punggung dilabuhkan di atas katil dan kotak itu diletakkan di atas ribanya.
Penutup kotak itu dibuka.Beberapa helaian baju anaknya ketika kecil dahulu yang terlipat kemas,dibawa keluar satu persatu.
Sehelai kertas yang berlipat dan berada di bawah timbunan baju itu diambil.Dibuka lipatannya dan dibaca setiap bait aksara yang tertulis.
"Ya Allah!Alhamdulillah."Tangannya naik meraup wajah.Keputusan SPM anaknya yang berada di genggaman dilipat semula.
'Kenapa dia tak beritahu aku,keputusannya yang sebenar?'Hatinya bersuara.
Dia sedikit terkilan dengan sikap anak lelaki tunggalnya yang merahsiakan tentang keputusan sebenar peperiksaannya.
Baju yang dibawa keluar sebentar tadi,dimasukkan semula ke dalam kotak lalu disimpan semula kotak itu di bawah katil.
Kertas itu dibawa keluar bersama alat menyapu dan bakul kotor.
Dia bertekad.Dia akan menyoal anaknya tentang perkara ini.
.......
"Izz,mari sini sekejap."Panggil Puan Qairina.Izz yang baru sahaja pulang itu,hanya menurut.Punggungnya dilabuhkan di sisi umminya.
"Ada apa umi?"Soal Izz.Puan Qairina mengambil sehelai surat di sisinya lalu dibuka perlahan lipatannya.Izz hanya memerhati tanpa perasaan syak wasangka di dalam hatinya.
"Kenapa Izz tipu ummi?"Puan Qairina menyoal.Surat itu dihulurkan kepada anaknya.Izz sedikit terkejut dengan persoalan yang dilontarkan umminya.Dalam kekeliruan,dia tetap menerima huluran Puan Qairina.
Setelah membaca isi surat itu,matanya membulat.Surat itu kembali dilipat kemas dan digenggam erat.
"Izz cakap dengan ummi,Izz hanya dapat 1A dalam SPM.Izz koyakkan kertas keputusan tu sebab Izz terlalu kecewa dengan keputusan Izz tu.Tapi,surat yang ummi jumpa dalam kotak tu apa nak?"Puan Qairina menyuarakan apa yang terbuku di hatinya.Sesungguhnya dia kecewa apabila anaknya itu membohongi dirinya.
"Izz ada sebab kenapa Izz tipu ummi."Ujar Izz.Wajahnya yang ditundukkan menghadap lantai tadi,diangkat menghadap Puan Qairina.
"Kalau Izz beritahu keputusan Izz yang sebenar pada ummi,mesti ummi suruh Izz sambung belajar kan?Izz tak nak ummi bersekang mata,cari duit untuk bayar kos pendidikan Izz."Jelas Izz.
"Kamu tahu kan,menimba ilmu ni umpama berjihad di jalan Allah?Kamu tak nak berjuang di jalan Allah?"Puan Qairina memulakan hujahnya.
"Mestilah nak."Izz menjawab.
"Kalau macam tu,kamu sambung belajar ye?Ummi mohon sangat.Ummi nak tengok anak ummi berjaya.Izz cakap,Izz nak beri kesenangan pada ummi kan?Izz kenalah capai cita-cita Izz tu."Nasihat Puan Qairina.Wajah umminya yang bersungguh-sungguh memintanya sambung belajar itu direnung.
"Yelah ummi.Izz sambung belajar."Putus Izz akhirnya.Puan Qairina tersenyum lalu memeluk tubuh anaknya.Izz membalas pelukan itu mesra.
...Tbc...
Typo abaikan okey?
YOU ARE READING
Izz Izara
Romance[Kerana kesilapan mereka,kita tidak dapat bersama] Mungkinkah suatu ketika nanti,kita akan ditakdirkan bersama atau Selama-lamanya We are never meant to be? ••••••••• " Lepaskan perasaan benci itu, dan gantikan ia dengan cinta.Aku pasti,kita dapat b...