BAB 6

630 96 38
                                    

Izz Izara
[We are never meant to be]



Timbunan kertas yang berselerak di atas meja,disusun agar lebih kemas.Tangan menarik laci meja lalu digodek isi di dalamnya.

'Mana pula pen aku ni?'

Rungut Izara sendirian.Wajahnya ditundukkan untuk melihat setiap inci di dalam laci
tersebut.

Setelah pasti,pen yang dicarinya memang tiada di situ,dia kembali menutup laci tersebut.Kepala dibaringkan di atas meja.Keluhan berat dilepaskan.

'Time aku tengah rajin nak tulis rangka novel lah...kau nak menghilang wahai pen.'Lagi sekali dirinya berbisik sendirian.

Otak ligat berfikir di manakah kali terakhir dia meletak pen kesayangannya.Beberapa saat selepas itu,kepalanya dibangkitkan secara mendadak.

"Minggu lepas,aunty Nia pinjam pen aku.Jadi pen tu ada kat dia lah!"

Pantas punggungnya diangkat dari kerusi lalu langkah dihalakan ke muka pintu.Tombol dipulas lalu kakinya diatur ke bilik mak sedaranya.

....

Tuk!Tuk!

Nama mak sedaranya dilaung seiring ketukkan pintu.Tak lama selepas itu,daun pintu mula terkuak.Terpacul wajah Puan Rania yang dihiasi dengan senyuman.

"Ada apa Zara?"Soal Puan Rania.

"Minggu lepas aunty ada pinjam pen Zara kan?"Soal Izara meminta kepastian.Anggukkan diberi oleh Puan Rania tanda mengiyakan.

"Boleh bagi tak aunty?Zara ada kerja sikit."Izara meminta.Senyuman Puan Rania mati dan digantikan dengan sengihan sengetnya.

"Semalam,papa zara pinjam pen tu.Ada dalam bilik kerja dia rasanya."Jawab Puan Rania.Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Okeylah kalau macam tu."Sengihan diukir.Puan Rania mengangguk lalu menutup semula pintu.Izara memandang pintu bilik yang berada di sebelah kamar Puan Rania.

Nak masuk ke tak?Bukan apa,mamanya pun tak pernah masuk.Inikan pula,dia yang nak masuk.

Bukan setakat mama.Aunty Nia,aunty Fisya dan Cik Zah pun tak pernah menjejakkan kaki ke dalam.

'Ish!Masuk jelah.Lagipun aku nak ambil pen je.Takkanlah papa nak marah.'Suara hatinya sebelum dia memulas tombol pintu tersebut dan mula melangkah ke dalam.

...

Suasana di dalam bilik itu aku perhati dengan kagum.Cantik dan bersih seperti selalu dibersihkan.Tetapi yang hairannya,Cik Zah tak pernah masuk bilik ini.Jadi siapa yang bersihkan?Tidak mungkin papa yang mengerjakannya memandangkan lelaki itu ialah seorang ahli niaga yang sering sibuk dengan urusan syarikat.

Punggung dilabuhkan di atas sofa dan mata mula meliar ke segenap arah.Sebuah katil bersaiz Queen yang dipasang cadar berwarna coklat keemasan sungguh cantik pada pemandangannya.

Rak buku yang tersusun di dalamnya pelbagai jenis buku pula menjadi tatapan.Satu persatu buku itu dibelek teruja.Buku teks!

Jadi,maknanya kamar ini bukanlah office room papanya.Tetapi ia adalah bilik tidur papanya sewaktu muda dahulu.

Meja belajar yang berada di samping katil,didekati lalu salah satu laci di situ ditarik.Sebatang pen berwarna putih dan bertakhtakan berlian di hujungnya diambil.

Tanpa sedar,sehelai gambar turut terjatuh ke lantai.Pantas tangannya turun mencapai gambar yang sudah koyak separuh itu.

"Gambar siapa ni?"Desis Izara.Gambar seorang lelaki yang memakai blazer hitam,serta kelihatan seperti sedang memeluk seseorang ditatap.

"I'm totally sure that this man is Papa."

Izara menggumam sendiri.Dia sangat pasti lelaki di dalam gambar itu ialah Tengku Rayyan kerana wajah mereka saling tidak tumpah walaupun sekarang tuan badannya sudah dimamah usia.

"Aku rasa ni gambar wedding Mama dan Papa lah.Tengok dari segi pemakaian papa pun aku boleh agak.Tapi,kenapa papa koyak gambar mama?"

Gambar itu ditatap sekali lagi.Ye,ada yang pelik dengan foto di tangannya.Kenapa foto itu tidak turut disimpan di dalam album jikalau benar ia gambar perkahwinan Mama dan Papa?

Tanpa berfikir lebih panjang,Izara terus menyimpan gambar itu semula di tempat asalnya dan tangan terus menutup pintu laci kembali.

Langkah dicatur laju ke arah muka pintu.Sebaiknya dia cepat beredar dari kamar ini sebelum papanya mengetahui.Dalam keadaan tergesa-gesa itu,bahunya merempuh seseorang yang ingin masuk ke bilik tersebut.

Bahu diusap seiring mengaduh kesakitan.Kepala diangkat dan wajah Tengku Rayyan menjadi hidangan matanya.Ya ampun!Lagi dia mahu elak berjumpa dengan lelaki itu,akhirnya terjumpa juga.

"Maaf Pa!Zara ambil pen yang papa pinjam dari aunty Rania je.Zara tak sentuh apa-apa pun selain tu.Betul!"Kepala ditundukkan.Takut ingin berhadapan dengan wajah papanya yang sentiasa dingin itu.

Tengku Rayyan diam tidak berkutik.Hanya memandang kelakuan anaknya yang tertunduk-tunduk memohon maaf itu.

Izara yang menyedari tiada respon dari papanya,segera mengangkat wajah dan berdehem sekali.

"Btw Pa.Bila kita boleh balik rumah kita?"Izara menyoal.Tengku Rayyan mengukir senyum nipis.Cukup nipis sehingga tidak mampu disedari sesiapa.

"Petang ni kita balik.Pastikan semua barang dah dikemas."Tengku Rayyan menjawab ringkas lalu berlalu dari situ.Izara menghembus nafas lega.Nasib baik papanya tidak mengamuk tadi.

...

"Semua barang dah ada?Make sure tiada yang tertinggal eh."Puan Qairina bersuara.Izz tersenyum dan mengangguk.

"Dekat Kuala Lumpur nanti,jangan sesekali tinggal solat ye.Baca Al-Quran selepas subuh dan maghrib setiap hari.Buat kawan dan jangan cari musuh.Umi selalu doakan Izz."

Izz tersenyum dan mengangguk sekali lagi apabila mendengar nasihat uminya itu.

"Oh ye,sebelum umi lupa.Ubat,kamu dah bawa?"Soal Puan Qairina.Terus mati senyuman Izz tetapi anggukkan tetap diberi.

"Kalau macam tu,dekat sana nanti jangan lupa makan ubat tu hari-hari.Bukan bermakna kamu dah tak tinggal dengan umi,kamu boleh makan ubat tu bila masa kamu nak je.Faham?"

Izz mengangguk lemah.Malas mahu mendengar bebelan uminya jika sudah mula bersangkut paut dengan pengambilan ubat.

"Fahid dengan Danis tolong perhatikan si Izz ni ye?Kalau dia tak makan ubat sehari,terus lapir mak cik.Tahulah apa yang mak cik nak buat pada dia."Seloroh Puan Qairina.

"Perintahmu dijunjung,Tuanku!"Fahid dan Danish mengangkat tabik dan mula mencetuskan gelak tawa.

"Kalau makan pun,bukannya boleh ubatkan penyakit Izz umi."Balas Izz lalu mula mengangkat beg pakaiannya.

"Memanglah.Tapi sekurang-kurangnya ia boleh lambatkan pergerakan penyakit kamu tu."Puan Qairina berujar.Anaknya yang menghulurkan tapak tangan untuk bersalaman disambut.

"Betul.Umi kau tu just tak nak perkara yang berlaku pada bekas Abi kau dulu,jadi pada kau jugak."Selamba Danish bersuara.

Puan Qairina mengangguk dan tersenyum pahit.Matanya mula berkaca apabila teringatkan kisah silam,tetapi berusaha ditahan.

Sedar akan keterlanjurannya berbicara,pantas Danish memohon maaf kepada Puan Qairina.Wanita itu mengangguk sambil memasang senyuman lebar.

"Bas dah sampai tu.Jaga diri elok-elok ye.Umi selalu doakan kamu dan kawan-kawan kamu."Puan Qairina memeluk batang tubuh Izz.Selepas ini,pasti dia akan merasa sunyi dan rindu terhadap anak tunggalnya itu.

Dahi Puan Qairina dikucup lama sebelum kakinya turut melangkah ke arah bas mengikuti rakan-rakannya.


...Tbc...


Sakit?Hmmm❤

Izz IzaraWhere stories live. Discover now