Izz Izara
[We are never meant to be]⚫
⚫
⚫
⚫Kunci kereta dimasukkan ke dalam saku lalu langkahnya diatur mendekati restoran yang kelihatan agak sibuk.
Salah satu kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ.Buku menu yang tersedia di atas meja,dibelek.
"Nak makan apa?"Soal seorang pelayan di situ.Punat pen ditekan tanda sudah sedia untuk mencatit pesanan pelanggan.
"Green Tea and Roaster Chicken Rice tiga."Izara memesan lalu menutup buku menu tersebut.Pelayan itu tersenyum dan meminta diri.
"Betul eh kau belanja malam ni?"Soal Nana dengan sengihan yang terukir di bibir.
"Yes.Tonight is my treat.Tapi hari lain,kau pula belanja."Izara membalas sambil tersenyum lebar.Nana hanya mengangguk malas lalu menyumbat earphone di telinganya.
"Aku nak pergi toilet jap."Pamit Izara sambil menyangkut tas tangannya di tulang bahu.Punggung diangkat dari kerusi dan langkah diorak menuju ke tandas.
....
Bedak ditepek tipis lalu disimpan semula di dalam tas tangan.Pelembap bibir dikeluarkan dan dioles pada bibir yang sedikit kering.
"Done!"Izara tersenyum memerhati biasan wajahnya di dada cermin.Setelah berpuas hati dengan penampilan wajahnya,langkah dicorakkan keluar dari tandas tersebut.
Bukk!!
Bahu yang terasa sengal diusap perlahan.Tas tangan yang sudah terjatuh diangkut semula.
"Kau lagi!"Izara bersuara menyampah.Tas tangannya yang agak kotor dibersihkan menggunakan tangan.
"Mana-mana pun,jumpa kau.Haihh."Izz berbisik perlahan tetapi tetap didengari oleh Izara.
"Kau ni memang tak ada kerja lain eh?Asyik nak berlanggar dengan aku je."Soal Izara dengan riak wajah bengang.
"Kau fikir,aku nak ke asyik bertembung dengan perempuan tak betul macam kau?Tak hingin aku."Izz membalas dengan riak wajah datar lalu terus berlalu ke tandas lelaki.
"Hish!!"Izara mendengus lalu terus membawa langkah dengan perasaan sebal yang menggunung.
....
Plastik kecil yang tersedia di atas meja,dicapai beserta penyepit.
'Alang-alang Izara tu nak belanja malam ni,baik aku tapau makanan banyak-banyak.Bukan senang si kedekut tahi hidung masin tu nak belanja.'Bisik Nana di dalam hati.
Aneka kuih yang pelbagai di hadapan mata direnung teruja.Air liur ditelan kasar.
"Kenyanglah aku malam ni."Desis Nana perlahan sambil tersengih kesukaan.
"Kak.Boleh ke tepi sikit tak?"Soal seseorang yang berdiri di belakangnya.
Pantas dia memusingkan tubuhnya menghadap ke belakang.Seorang lelaki yang tinggi lampai ditatap bengang.
"Siapa yang kau panggil kakak?"Soal Nana kasar.
"Kakak lah."Lelaki itu menjawab lembut sambil menunjukkan dirinya dengan jari telunjuk.
Mata membulat.Kemarahannya semakin membuak-buak.Tangan dikepal geram dan gigi diketap kuat.
"Umur kau berapa?"Soal Nana perlahan tetapi terkesan dingin.Lelaki itu mengerutkan dahinya.
"Dah kenapa marah sangat minah sorang ni?"Danish bersuara perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"18 tahun.Kenapa ye kak?"Danish menjawab sekaligus menyoal gadis di hadapannya.
"Aku pun baru 18 tahun lah.Tua sangat ke muka aku ni?"Nana mula bercekak pinggang.Matanya yang sedia bulat,dibesarkan lagi.
"Kalau macam tu,saya minta maaflah ye."Danish memohon maaf.Malas mahu memanjangkan lagi drama pergaduhan mereka.
Mata-mata yang memandang juga sudah mula membuat dia berasa rimas.
"Aku memang paling pantang,kalau orang panggil aku kakak sebelum tahu umur sebenar aku.So,your forgiveness are not accepted.Huh!"
Nana membalas kasar lalu meletakkan kembali plastik yang sudah terisi dengan pelbagai kuih itu di atas meja.
Sempat dia menghadiahkan jelingan menyampah buat si jejaka sebelum langkahnya dibawa pergi ke arah teman-temannya.
"Mental."Kutuk Danish perlahan lalu mengambil plastik kuih gadis tadi.Tak payah dia susah-susah nak ambil makanan.Dah ada depan mata,terus bayar je.
....
"Dah lah,jom makan kat tempat lain.Hilang selera aku,nak makan kat sini."Nana bersuara sebaik dia berdiri di hadapan meja rakan-rakannya.
"Kenapa pula?Makanan pun belum sampai lagi.Aku dah lama mengidam nak makan Roaster Chicken Rice tu."Fareiha membantah laju.
"Ish!Kat tempat lain pun adalah.Jom,cepat."Nana tidak berputus asa.Masih memujuk rakan-rakannya untuk menjamu selera di restoran yang lain.
"Fine!Tapi kau yang belanja.Aku belanja kalau makan kat sini je."Izara memberi kata putus.Fareiha sudah mencebik.
"Whatever.Dah jom!"Nana menarik lengan Fareiha sehingga gadis itu terdorong bangun.
"Tak nak kawan Nana."Geram Fareiha sendiri.Nana hanya mempedulikan rakannya itu dan terus melangkah keluar mengikuti Izara.
"Benci!Benci!Benci!"Fareiha merungut di dalam hatinya.Kaki dihentak beberapa kali sebelum dia berlari anak mendapatkan rakannya yang sudah jauh melangkah.
...Tbc...
Sorry dah lama tak update.Bab ni pun nampak boring and ayat tunggang langgang kan?Sorry.❤

ANDA SEDANG MEMBACA
Izz Izara
Romance[Kerana kesilapan mereka,kita tidak dapat bersama] Mungkinkah suatu ketika nanti,kita akan ditakdirkan bersama atau Selama-lamanya We are never meant to be? ••••••••• " Lepaskan perasaan benci itu, dan gantikan ia dengan cinta.Aku pasti,kita dapat b...