BAB 2

1K 112 61
                                    

Izz Izara
[We are never meant to be]



Semangkuk nasi goreng yang masih panas itu diletakkan di atas meja.Teh panas yang dibancuhnya sebentar tadi juga dituang ke dalam dua cawan.

"Izz nak pergi mana tu?Meh sini.Sarapan dulu ye."Tegur wanita itu sebaik melihat anak lelakinya yang sudah lengkap berpakaian keluar dari bilik.

"Maaf ummi,bukan Izz tak nak sarapan dengan ummi,tapi Fahid dengan Danish dah tunggu depan rumah.Kitaorang dah janji nak tolong Tok Ya bersihkan kebun dia pagi ni."Jelas Izz dengan wajah yang serba salah.

"Kalau macam tu,panggil diorang masuk.Kita sarapan sama-sama."Sejurus berkata begitu,Puan Qairina bergerak ke dapur untuk mengambil dua piring dan cawan sebagai tambahan.

"Tapi--"Alasan cuba diberikan,tetapi Puan Qairina lebih pantas memintas.

"No excuses Izz Iryan."

Izz mengeluh perlahan lalu langkahnya diatur mendekati pintu rumah.Tombol pintu dipulas dan terpacul dua wajah sahabatnya yang sudah tercongok di hadapan pintu.

"Masuklah.Kita sarapan dulu."Izz bersuara lemah.Wajah Danish dan Fahid mula bersinar-sinar apabila mendengar ayat yang terlontar dari mulut sahabat mereka itu.

"Wahh!!Langkah kanan kita,pagi ni Hid."Danish menyiku lengan Fahid sambil tersenyum lebar.Tanpa menunggu lama,kasutnya ditanggalkan dari kaki lalu mula melangkah masuk ke dalam rumah.Salam diberi dan dibalas oleh Puan Qairina.

"Wahh!!Sedap betul nasi goreng mak cik.Tak pernah saya rasa nasi goreng sesedap ni."Puji Danish bersungguh-sungguh.Sakan dia bergelak tawa bersama Puan Qairina.Entah celah mana lawaknya,pun tak dapat dikesan oleh radar.

"Woii..Makan tu beradab lah sikit."Tegur Fahid.Mulut Danish yang bercakap tiada henti itu amat menjengkelkannya.Dah lah tengah mengunyah,habis tersembur-sembur nasi tu keluar.Kawan siapa lah ni?Tak senonoh langsung.

"Suka hati aku lah.Kau ni kan Fahid,bising je lah.Aku nak makan pun tak senang.Sekali aku lesing--uhuk!uhuk!"Danish terbatuk-batuk.Dadanya diusap kasar.Fahid yang melihat pantas menghulurkan segelas air suam.

Danish meneguk air itu rakus.Setelah tekaknya sedikit lega,barulah dia berhenti meneguk.

"Huishh!Nasib baik tak tercekik tadi."Danish tersengih melihat Fahid yang menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Padan muka kau.Banyak mulut sangat.Patutnya,biar tercekik je tadi Hid."Izz menyampuk.

"Jahat lah kau Izz.Matilah aku,kalau Hid biarkan aku tadi."Danish seakan-akan merajuk.Bibirnya dimuncungkan dan tangannya memeluk tubuh.Gedik!

"Baguslah kau mati."Izz bersuara.Makin panjang muncung Danish jadinya.Puan Qairina yang mendengar gurau terlajak kasar anaknya itu,menjegilkan mata.Izz hanya buat nampak tak nampak sahaja jegilan mata umminya itu.

"Okeylah ummi.Kitaorang pergi dulu ye."Pamit Izz yang sudah bangkit dari kerusi.Tangan umminya dicium sekilas sebelum tangan Puan Qairina naik mengusap wajahnya.

"Jada diri baik-baik ye."Pesan Puan Qairina.Izz mengangguk lalu mula menggamit dua rakannya itu ke muka pintu.Kasut disarungkan lalu salam diberi sebelum kaki melangkah pergi.

Kelibat anaknya yang semakin menjauh dihantar dengan ekor mata.

'Wajahmu saling tak tumpah dengan ayahmu nak.'

Sayu sahaja hati Puan Qairina bersuara.Terbayang-bayang wajah bekas suaminya itu di ruang mata.Tanpa sedar air matanya menitis.Air mata kerinduan.

......

Air milo kotak yang berada di tangannya disedut buat kali yang terakhir sebelum dibuang ke dalam tong sampah.


Rakannya yang sudah berada di hadapan,segera didapatkannya.

"Rei,aku tumpang kau balik ye nanti?"Bahu Fareiha dipeluk kemas.

"Kenapa tak balik dengan Nana je?Kau datang dengan dia kan tadi?"Soal Fareiha.Izara menggulingkan anak matanya.

"Dia nak jumpa boyfriend dia.So,aku kena tumpang kau lah."Izara menyelak rambutnya ke belakang.Beg kertas yang dijinjitnya,diletakkan di atas lantai sebentar.Lenguh pula tangan ni.

"Okey.By the way,kau dah buat keputusan,nak masuk universiti mana?Yelah,budak straight A lah katakan."Fareiha menyoal.Sengihan diukir oleh Izara.

"Aku dah hantar interview pada pihak Universiti Malaya,tapi tak tahu lagi lah,sama ada aku diterima masuk atau tak.Kau pun masuk lah UM weh.Keputusan kau pun Daebak juga."Izara bersuara.Fareiha hanya membalas dengan wajah yang bermaksud 'tengok lah'.

"Kita pergi tengok wayang nak?"Usul Izara sambil tersenyum-senyum.Fareiha hanya menganggukkan kepalanya.

"Nak tengok cerita apa?"Izara kelihatan berfikir sebentar sebelum jarinya dipetik.

"Train to Busan nak?"Fareiha tersenyum dan mengangguk.Setuju jelah dengan usul rakan masuk airnya itu.Kalau ditolak,merajuk pula Tengku Izara Insyirah binti Tengku Rayyan Iskandar tu.

Telefon dibawa keluar dari poket lalu mesej ringkas dihantar kepada Papanya.

Papa🐯

+Zara balik lewat sikit malam ni.Nak tengok wayang dengan Rei.Bagitahu Mama sekali ye.Love you.Take care💕

Seen✔

Telefon dimatikan lalu disimpan semula dalam poket.Lengan Fareiha dipaut lalu mereka bersama-sama melangkah ke tingkat tiga iaitu di mana panggung wayang berada.

Seen?Tak apa.Dah biasa kena.Papanya memang begitu.Hanya membaca dan malas menjawab.

...Tbc...

Korean language
⚫⚫⚫
Daebak = Hebat

Setiap minggu,1 update ;)




Izz IzaraWhere stories live. Discover now