BAB 7

585 83 9
                                        

Izz Izara
[We are never meant to be]



Kad pelajar yang diberi oleh wanita tadi,disangkutkan pada leher.Beg pakaian diangkat lalu pantas kakinya mendaki tangga blok asrama aspura.

"Selesai."

Keringat yang mengalir di dahinya diseka lembut.Pintu kamar ditutup semula sebelum kakinya melangkah turun.

Setelah selamat memijak anak tangga terakhir,terasa getaran di dalam poket seluarnya.Pantas tangannya menyeluk kocek seluar dan diangkat panggilan yang masuk.

"Assalamualaikum.Pehal call?"Soal Izz sambil kakinya melangkah di sepanjang koridor.

"Waalaikumussalam.Kau kat mana?Lama kitaorang tunggu ni.Perut aku pulak dah karok tiga lagu ni."Danish menjawab di hujung talian.

"Sekejap lagi aku sampai lah.Tunggu je kat pondok tu."Izz membalas sebelum mematikan talian.

"Danish..Danish."Izz menatap skrin telefonnya sambil tertawa kecil.Gelagat rakannya satu itu kadang-kadang buat dia rasa meluat.Kadang-kadang mencuit hati pulak.

Bukk!!

Bahu yang terasa sengal diusap perlahan.Pergh..orang ke batu yang langgar ni?Sakit dia ssuupp!!Naik ke atas.

Telefon yang skrinnya retak dan isi dalamannya yang bertaburan di atas lantai ditatap.

"Telefon Samsung ciplak aku yang pertama dah selamat terbang ke rahmatullah..Hmm"Desis Izz perlahan.

"Hoii!!Jalan pakai mata ke lutut?Tak nampak ke?"Bentak seorang gadis yang turut terduduk di atas lantai.Punggungnya diangkat dan kakinya mula berdiri.Wajah Izz direnung marah.

"Pakai mata lah Cik.Takkan cik tak tahu.Tak sekolah ke dulu?"Izz membalas sinis.Telefonnya yang sudah innalillah itu dikutip.

"Kalau pakai mata,takkan boleh langgar aku?Allah dah bagi mata tu gunalah."Izara membalas.Rambutnya dilibas ke belakang.Dah lah hari ni panas,mamat depan ni lagi bikin panas pulak.

"Masalahnya sekarang ni,bukan aku je salah tau.Kau pun sama.Jalan tak tengok orang."Tutur Izz.Gadis yang jauh lebih rendah darinya itu dipandang.

'Nasib anak orang.Kalau tak dah lama aku pijak kasi lenyek.'Suara Izz di dalam hati.

"Whatever!Yang penting sekarang ni,aku nak kau bayar ganti rugi.Skrin telefon aku retak sebab kau tau."Izara menunjukkan skrin Iphone 8 nya yang sudah sedikit retak.

"Retak sikit je.Ni telefon aku.Jumpa ajal terus."Ujar Izz.

"Telefon tak asli.Nanti beli je lah baru.Murah sangat.Senang je nak dapat."Izara membalas dengan senyuman sinis.

"Telefon kau tu boleh diguna lagi.So,tak perlu rasanya aku bayar ganti rugi.Lainlah kalau telefon kau pecah macam handphone aku."

Tanpa berlengah terus sahaja Izz membuka langkah.Malas mahu berlama-lama berdebat dengan perempuan yang baru dijumpainya itu.

"Hoii!!"Izara menahan lengan Izz dari terus beranjak dari situ.

Kening dijungkitkan ke arah Izara sebaik dia berpaling.

"I'm not finish with you yet."Izara menegaskan nada bicaranya.Jelingan turut diberi.

"We discuss it later."Izz melepaskan pautan Izara di lengannya sebelum melangkah pergi.

....

"Geramnya aku!!!"Izara merungut sambil menghentak-hentakkan kakinya berulang kali.

"Rilex lah Zara.Retak je pun."Fareiha bersuara.Sesudu mihun goreng yang dibelinya dari kafe disuakan ke dalam mulut.

"Aku bukan geram pasal telefon aku retak.Yang aku geram,dia dah langgar aku,tak reti nak minta maaf ke?"Izara meluahkan rasa di dalam hatinya.

Plastik roti yang sudah kosong,dironyokkan lalu dibaling kasar ke dalam tong sampah.

"Dia lupa kot."Nana membalas.

"Lupa kejadahnya."Izara merengus kasar lalu melabuhkan punggung di sisi Fareiha.

"Janganlah marah."Nana mencebikkan bibirnya.

"Mana ada marah..Alolololo."Izara mencubit pipi Nana berkali-kali sambil tersengih.

"Ish!Sakitlah Zara."

Tangan Izara ditampar lembut sebelum pipinya dikembungkan.Manjanya lah jebon seekor ni.

....

Buku pelajaran di tangan ditutup.Punggung diangkat dari birai katil lalu deheman dilepaskan.

"Korang tak lapar ke?"Izz menyoal.

"Mestilah lapar.Gila kau tak lapar."Danish tersengih sambil memainkan pen di tangannya.

"Kalau macam tu,jom makan.Aku belanja malam ni."Izz bersuara lalu mencapai kunci kereta Hadiey;rakan sebiliknya.

"Aku on je.Bagi 5 minit.Aku nak siap-siap."Danish menjawab lalu masuk ke dalam biliknya.

"Okey.Aku dengan Hid tunggu bawah.Diey!Aku pinjam kereta kau eh?"Izz bersuara.Hadiey menganggukkan kepalanya.


...Tbc...

Sorry pendek.HikHik

promote;

Opps,Tersuka Cik Librarrian by Izfarhazmi_



Izz IzaraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang