BAB 9

768 83 35
                                    

Izz Izara
[We are never meant to be]




Punat pen ditutup seraya punggungnya diangkat dari kerusi.Fahid yang sedang asyik bermain dengan telefon bimbitnya didekati.

"Hid,aku nak pinjam telefon kau jap.Boleh?"Soal Izz.Harap-harap rakannya itu membenarkan lah.Sudah masuk dua minggu,dia menetap di kota metropolitan ini.Tetapi,belum sekali pun dia menghubungi uminya di kampung.

"Nak telefon umi kau kan?Nah,ambil lah."Hulur Fahid dengan senyuman,sebelum dia berlalu pergi.Ingin memberi ruang privasi buat anak beranak itu berbual.

"Thanks!"Izz membalas lalu mula mendail nombor telefon rumahnya.

......

Siaran drama yang terpapar pada skrin televisyen dikerling sekilas sebelum tumpuannya terganggu akibat deringan telefon rumah yang tak berhenti.

Pantas punggung diangkat dari sofa lalu gagang telefon diangkat dan didekatkan pada cuping telinga.

"Assalamualaikum Umi.Ni Izz."

Suara si pemanggil.Cepat-cepat deheman dilepaskan sebelum mulut terbuka menjawab.

"Waalaikumussalam.Ni Sofia lah.Umi ada kat dapur."

Sofia menjawab.Tersenyum dia mendengar suara lelaki yang dirindukannya itu.

"Lah..Sofia rupanya.Macam mana boleh ada kat rumah Izz?"Izz menyoal mesra dari hujung talian.

"Tadi Sofia ada masak kari.Tak tahu pula boleh terlebih masak.Jadi,Sofia buat keputusan nak bagi kat Umi sikit."

Begitu lembut suara gadis itu menjawab.Senyuman tidak lekang pada wajah manisnya itu.

Belum sempat Izz menjawab,suara Puan Qairina sudah mendahului.

"Siapa yang telefon Fia?"Soal Puan Qairina yang baru sahaja muncul dari ruang dapur.Beberapa piring serta cawan diletakkan di atas meja makan.

"Izz yang telefon."Jawab Sofia lalu mula menghulurkan gagang telefon kepada Puan Qairina.Tangan wanita tua itu menerima huluran Sofia lalu dilekapkan pada cuping telinga.

"Assalamualaikum Umi."

Hampir terjatuh air matanya akibat kerinduan yang amat mendalam.Salam anaknya itu disambut dengan suaranya yang sedikit serak.

"Kamu macam mana kat sana?Sihat?"Soal Puan Qairina.

"Alhamdulillah,Izz sihat.Umi?"Izz menjawab sekaligus menyoal semula Puan Qairina.

"Umi pun sihat nak."Puan Qairina membalas dengan tenang sebelum dia kembali teringat tentang perbualannya dengan Sofia sebelum ini.

"Izz..Umi nak cakap sikit ni."Puan Qairina memulakan perbicaraan.

"Cakap jelah umi."

Mendengar sahaja balasan dari anaknya itu,Puan Qairina menarik nafas dalam lalu menghembusnya secara perlahan.

"Haritu Sofia ada cakap pada Umi,yang dia baru dapat surat tawaran ke UM juga.Dia memang nak terima,tapi mak dengan bapa dia tak bagi.Katanya,Sofia tu anak perempuan.Nanti tak ada sesiapa yang nak jaga dia kat KL sana."

Izz IzaraWhere stories live. Discover now