Izz Izara
[We are never meant to be]
⚫
⚫
⚫
⚫Mocha latte yang masih mengeluarkan wap panas itu,dihirup perlahan.Wajah Nana yang asyik melihat telefonnya dipandang.
"Ish!Mana pula si Rei ni?!"Rungut Nana.Izara tersenyum nipis.
"Nanti sampai lah tu.Traffic jam kot."Balas Izara sambil mengeluarkam telefon bimbit dari dalam tas tangan.Aplikasi Instagram dibuka lalu diambil foto kek browniesnya.
Tak sampai beberapa saat,20 ribu likes sudah berada di dalam genggaman.Well,orang popular kan.
"Sorry lambat!"Tutur Fareiha dengan suara yang termengah-mengah.Izara hanya membalas dengan senyuman sebagai jawapan.
"Asal lambat sangat?"Soal Nana masih tak berpuas hati kerana rakannya itu telat hadir ke perjumpaan mereka bertiga.
"Ish!Aku lambat pun sebab kau.Mula-mula cakap,nak jumpa kat KFC.Mati-mati aku mencari.Nasib baik jumpa dengan Hadiey.Dia lah yang cakap,nampak korang kat sini."Terang Fareiha panjang lebar.Cebikkan terbentuk di bibirnya sebaik dia melabuhkan punggung di sisi Izara.
"Oh yeke?Aku tak bagitahu kau lagi eh?Sorry!By the way,kau jumpa Hadiey?Kat mana?"Soal Nana.
"Dekat pintu masuk mall.Kenapa?Nak jumpa dia lah tu.Orang tengah hangat bercinta lah katakan."Usik Fareiha.Bahu Izara disenggul perlahan.Ingin mendapat sokongan.
Izara yang melihat telefonnya,sedikit terkejut dengan senggulan itu.Pantas dia memberi anggukkan.Apa-apa jelah dua jebon kesayangannya itu.
"Kitaorang dah putus lah."Balas Nana dengan wajah menyampahnya.Jus epal di hadapannya disedut untuk membasahi tekak.
"Putus?Seriously?"Soal Izara sedikit terkejut.Nana menganggukkan kepalanya.
"Tapi kenapa?"Kini giliran Fareiha pula menyoal.Tas tangannya diletakkan di antara dirinya dan Izara.Wajah Nana dipandang.
"Aku nampak dia bercium dengan perempuan lain,dua hari lepas."Tutur Nana.Nadanya berubah perlahan.Izara memandang wajah Fareiha sebelum posisinya diubah ke sebelah Nana.
"Sabar ye Nana.Aku tahu kau kuat."Izara bersuara.Belakang tubuh Nana diusapnya lembut lalu tubuh rakannya itu dibawa ke dalam pelukkan.
"Aku menyesal tak percaya cakap korang dulu.Dia memang tak pernah berubah.Kaki perempuan!"Akhirnya tangisan Nana pecah.Selama ini,dia terlalu percayakan lelaki itu.Kononnya,dia sudah meninggalkan tabiat lamanya.Rupanya sama sahaja.Tiada perubahan langsung.
"Dah lah.Perkara lepas biarkan berlalu.Sekurang-kurangnya aku bersyukur,kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki taraguna macam Hadiey tu."Fareiha bersuara.Izara mengangguk tanda setuju dengan Fareiha.
Nana mengukir senyuman nipis.Air matanya diseka.Wajah kedua-dua rakannya itu direnung.
"Thank you sudi dengar luahan aku."Nana tersenyum.
"Itulah fungsi sebagai member."Balas Fareiha dan Izara serentak sambil ketawa.Lalu,mereka bertiga berpelukkan sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Izz Izara
Romance[Kerana kesilapan mereka,kita tidak dapat bersama] Mungkinkah suatu ketika nanti,kita akan ditakdirkan bersama atau Selama-lamanya We are never meant to be? ••••••••• " Lepaskan perasaan benci itu, dan gantikan ia dengan cinta.Aku pasti,kita dapat b...