Bab 1 - New start

75 4 0
                                    

Kring! Kring!

Jam loceng diatas mejaku terus-terusan berbunyi namun aku masih tidur lena dibuai mimpi. Seronok betul tidur tatkala itu.

Entah apa yang aku mimpikan pun aku tidak tahu. Sejam demi sejam masa berlalu.

Hujan juga mulai turun lebat dan lebat. Aku menarik selimut dengan mata yang tertutup rapat. Sejuk! Ya,itu yang aku rasa. Tambahan pula,pendingin hawa atau bahasa inggerisnya - aircond sentiasa terpasang 16'c.

Bunyi guruh mulai kedengaran kuat di kaki langit.

Aku mulai terjaga daripada tidurku. Telefon disebelah katil terus aku ambil dan buka . "23 missed call?" gumam aku sendirian.

Baru sahaja aku hendak menelefonnya kembali,satu ketukan bergema dipintu bilikku.

"Siapa?" tanya aku sambil menggosok mata kanan yang sedikit gatal.

"Cik muda tidak mahu berangkat ke sekolah lagi?" soalan itu dibiar sepi tanpa sebarang jawapan. Sekolah? Hari ini aku sekolahkah? Setelah beberapa minit, aku baru sedar yang hari ini sekolah!

"7.50?!" jerit aku sedikit kuat. Alamak! 10 minit lagi sebelum sekolah bermula! Aku segera bangun lalu memasuki bilik air.

Sekolah aku atau lebih tepat sekolah baru aku kali kedua. Selama ini, aku bersekolahan di Nortcote High School,Australia.

Hanya kerana kerjaya papa aku, aku terpaksa pindah ke Shah Alam tapi bukan tinggal dengan dia.

Aku tinggal bersama orang gaji aku ja. Papa aku itu kerja ja memanjang sampai lupa aku so, dia campaklah aku ke Malaysia. Tapi tak apa. Malaysia tempat lahir aku tanah tumpahnya darah aku jadi aku tak kesah.

Aku mulai melangkah keluar dari bilik setelah segala peralatan disiapkan. Beg sekolah berkulit canvas terus disangkutkan di bahuku dengan cepat.

"Cik muda nak makan?" aku hanya menggeleng kepala menandakan aku tidak mahu. Aku ini jenis budak yang tak boleh makan pagi kalau tak sakit perut memanjang.

"I just need to get it off my chest

Yeah more than you know

Yeah more than you know. "

Kedengaran telefon aku berdering menandakan seseorang menelefon. Perkataan yang terpapar amat mengujakanku.

Aku menekan punat hijau. Aku tahu kenapa dia call aku. "Hello budak kecil,kau tak berangkat ke sekolah lagi? Ingat sekolah itu mak bapak kau punyakah?"perli seorang lelaki merangkap abang aku -Darryl Hakim.

Langkah aku terhenti dihadapan kereta mewah berwarna hitam pekat yang dilengkapi pemandu upahan atau lebih tepat driver.

Pintu kereta dibuka secara automatik lalu aku mengambil posisi didalam. "Tak ada function pun pergi sekolah awal. Bukannya ada kawan."balas aku. "memanglah first day tak ada kawan. Esok-esok banyak la tu."

--

Aku menapak masuk ke perkarangan sekolah yang tak seberapa megah seperti sekolah lama aku.

Bisikan demi bisikan aku dapat dengari melalui pelajar-pelajar yang lalu lalang. Aku mengeluh perlahan. Itulah lumrah kehidupan. Ada sahaja yang hendak digosipkan. Buat perkara ini salah itu salah. Aku pun tidak faham.

Bush!!

Aku memandang seorang lelaki berkulit sawo matang yang melanggar aku tadi.

Perasaan geram mulai timbul di hati secara mendadak. Mana taknya dia langgar aku kuat kot. Mengikut fakta sains kudrat lelaki lebih kuat berbanding wanita. "sorry awak. Saya tak sengaja. Awak tak cedera kat mana-manakan?"sedikit gelabah percakapan lelaki itu.

BUNGA MELURWhere stories live. Discover now