Waktu rehat pada hari itu aku hanya duduk di dalam kelas sambil membaca sebuah diari . Tak lama itu , ada seorang lelaki menegurku . Ya lelaki itu ialah Danny yg terlanggar aku pagi tadi tu .
Danny memang jarang bertegur dengan mana-mana perempuan , tambahan pula dengan budak baru . Tapi kali ini dia beranikan diri menegur aku kerana katanya rupa aku mirip sekali dengan seseorang yang dia kenal .
Serupa tapi tak sama . Laki itu menyapa aku dengan nada suara yg perlahan . Mungkin saja niatnya itu baik, tak nak kejutkan aku yg sedang tekun membaca diari tersebut .
"Hai Dahlia . " ucap Danny.
Ucapannya itu tidak dibalas dengan sepatah kata pun . Aku hanya menoleh sekilas wajah jejaka tersebut dan tanganku cepat-cepat menyimpan diari yg dibacaku tadi . Aku masih diam membisu . Aku bingung sama ada mahu bersuara atau tidak .
"Hello ! Awak ! " Danny tidak berputus asa .
" Em hai ?" jawab aku kembali. Pada mulanya aku malas nak menjawab tapi aku juga tidak mahu hari-hari di sekolah baruku selepas ini jadi sunyi sebab tak ada kawan . Aku tak nak orang kata aku sombong . Bukan apa , aku malas nak layan gosip-gosip longkang orang lain tentang diri aku .
" Awak tak keluar rehat ? Diet ke ? " soal Danny bertalu ." Mana adalah . " jawab aku pendek .
" So awak tinggal dekat Australia lah sebelum ni ? Mesti best kan?"
tanya Danny ingin tahu ." Ya I stay kat Australia . Best . Tapi lama -lama tinggal kat sana , bosan juga kan ? " jawab ku . Aku cuba bergaul selesa dengannya . Tak nak dia rasa 'awkward' bila sembang dengan aku .
" Betul tu . Malaysia and Australia mana best lagi ? "
soal Danny lagi ." I dont know . I cant make a choice . I suka Australia sebab cuaca dia . But im a Malaysian so my tongue prefer makanan melayu and sebab tu lah I suka Malaysia . " jawab aku lagi .
" Bukan makanan je sedap , tempat , kawan and jejaka melayu pun hensem jugak . Nanti nak cari jodoh tak payah cari sampai ke Australia , cari kat sini saja . "
Aku mengukir senyuman kecil sambil memandangnya kemudian aku memaling semula mukaku ke arah lain .
Lama kami berbual sehingga kami membiasakan bahasa 'kau','aku' .
Tak lama selepas itu juga , pelajar mula memenuhi kelas 5 Uranus itu. Aku terlihat Jes dan kawan-kawannya yang lain turut masuk ke kelas .
Baru melangkah masuk , awal-awal lagi mata Jes terpaku pada aku dan Danny . Jes memang pantang kalau ada perempuan lain yang rapat dengan teman lelakinya itu .Padanya hanya dia dan Danny sahaja sama padan , sama hensem , sama cantik bagai pinang dibelah dua gitu .
"U buat apa kat sini ? Why tak teman I makan tadi ? Kesian tau I makan sorang je . " tanya Jes kepada Danny . Merenyam saja aku tengok .
"I tengah borak dengan kawan baru kita ni . Dahlia , ni Jes kawan baik I . " ujar Danny tanpa menghiraukan aduan Jes .
" Kawan baru kita ? Danny u better be careful . Jangan suka-suka hati je tambah kawan . Kawan sekarang ni bukannya boleh pakai sangat pon . " ujar Jes dengan nada sindiran .
Aku tak terasa pun . Aku cuba nak berbaik dengan semua orang supaya lebih senang aku nak korek rahsia nanti . Lebih smooth kerja aku nanti .
"Hye , nice to meet you . What's your name ? " tanya aku kepada Jes.
" Nama I Eryna Jesline . But u can call me Jes . Btw nice hair ." Jawabnya pula . Kali ini ditambah pujian pula . Puji ada makna .
____________________________________
Kringg..!kringgg..! Loceng sekolah bernyanyi tanda waktu sekolah sesi pagi pada hari itu sudah berakhir . Semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas dan bersedia untuk pulang .

YOU ARE READING
BUNGA MELUR
Mystery / ThrillerA collaboration with hansmyra "Air pasang pagi , surut pukul lima , nyonya bangun pagi , siram pokok bunga , pokok bunga melur ... " Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku mengulangi lagu itu . Satu demi satu kenangan masa silamku terim...