"Acap,tolong aku...Please"pinta gadis itu bertalu-talu.Lidah Acap terkesima.
Dia tidak tahu. Semua rayuan gadis itu bagaikan tiada guna apabila dia lebih memilih rakan-rakannya berbanding gadis tersebut.
Gadis itu bukanlah siapa-siapa dimatanya. Gadis yang lemah itu sedar akan hakikat itu. Tapi tak salahkan bantu?
Jes menghentak gadis itu ke dinding yang berdekatan dengan kuat.
"Kalau hang mati,hang ingat aku nah. Sapa tau jumpa dekat syurga sama-sama. Haha"ucap Hary diikuti ketawa kecil.
"Kalau masuk syurga. Entah-entah neraka. Kau kan sesuai dekat neraka."perli Ratna seketika.
Pukulan demi pukulan,hentakan demi hentakan semakin bertalu. Teriakan gadis itu semakin kuat kedengaran.
Acap terkaku. Hatinya meronta-ronta untuk membantu tetapi perasaan ego yang mengunung mengatasi segala-galanya.
"Acap,kenapa kau tak tolong aku? Kenapa kau biar diaorang bunuh aku?"suara yang nyaring membuatkan suasana sekeliling berubah serta merta. Kini,hutan belantara menyapu pandangan mata milik Acap.
"Acap.."suara yang sama masih lagi bergema. Acap memandang sekeling.
Tiada sesiapapun yang berada disitu bersamanya. Panggilan Acap semakin kerap didengarinya.
"Kau siapa?! Please, jangan kacau aku."tergetar-getar dia bersuara. Bebola matanya masih memandang liar ke setiap sudut. Hatinya tak keruan.
Dia risau..Dia takut.. Segalanya bercampuk aduk. Siapa lagi harus dia meminta pertolongan? Dia pun tidak tahu.
"Kau sudah lupa yang kau biarkan aku kena bunuh? Aku sakit..Aku terseksa..Kau tahu semua itu tapi kenapa kau tak tolong aku?"
Acap mengelengkan kepalanya berulang kali. Mahu sahaja dia undurkan masa.
"Melur.."gumam sendirian. "Aku tak bunuh kau! Aku tak bunuh kau! Jes yang lakukan semua itu bukan aku."
"Aku terseksa, Acap.." Satu susuk tubuh berbaju putih entah dari mana muncul dihadapannya. Acap terkedu.
Pandangan matanya terkaku. Air liur ditelan paksa. Muka gadis dihadapannya dipenuhi luka.
"Aku merayu dekat kau. Aku mohon supaya kau lepaskan aku. Tapi kenapa Acap? Kenapa kau buat aku macam ini?"
"Aku tak sengaja. Melur,sumpah aku tak sengaja."
"Kau bunuh aku,Acap!"
Jeritan Acap kembali kuat tatkala itu juga dia terjaga dari mimpi ngeri itu. Dia meramas rambutnya sambil menangis sendirian.
Hatinya tidak pernah tenteram sejak kematian gadis malang itu. Setiap malam,tak pernah dia tak mimpikan Melur.
Dia cuba melupakan apa yang pernah dilakukan mereka sebelum ini namun semuanya tak pernah hilang dari ingatannya.
Perasaan bersalah tak pernah pudar walaupun setitik.
"Melur,aku minta maaf..Aku tak sengaja"suaranya sedikit tenggelam akibat tangisan.
Kejadian tempoh hari berulang-ulang dipandangan mata. Acap mula mengambil telefon pintar miliknya.
Jarinya terus menekan gambar Melur yang ditangkapnya dari jauh suatu ketika dulu. Setiap gelak ketawa Melur masih dapat didengarinya.
Dia tersenyum lalu menangis kembali. Terasa diri ini sangat tidak berguna. Akibat iri hati,kepopulariti dan kawan dia sanggup lakukan perkara yang terkutuk itu.

YOU ARE READING
BUNGA MELUR
Mystery / ThrillerA collaboration with hansmyra "Air pasang pagi , surut pukul lima , nyonya bangun pagi , siram pokok bunga , pokok bunga melur ... " Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku mengulangi lagu itu . Satu demi satu kenangan masa silamku terim...