Bab 9

42 2 1
                                    

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat pada waktu itu sudah berakhir .

Dalam keadaan yang tergesa-gesa , Dahlia sempat melirik jam tangan digital di tangan kirinya .

Buku-buku yang banyak menyukarkan langkahnya untuk bergerak lebih pantas . Hari itu dia menghabiskan seratus peratus masa rehatnya di perpustakaan sekolah .

Dia perlu belajar semula silibus tingkatan empat yang belum dia belajar memandangkan sebelum ini dia belajar di luar negara .

Silibus dan topik pembelajaran juga berbeza .

Dia melangkah laju untuk ke kelas kerana dia tidak mahu ketinggalan proses pembelajaran.

Dalam mengorak langkah yang besar dan pantas itu , buku-bukunya terjatuh secara tidak sengaja .

Kelajuan yang terlalu pantas menyebabkannya hilang keseimbangan dan terbabas .

Dia duduk melutut untuk mengutip kesemua buku-buku . Tak lama kemudian ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan .

Tanpa disuruh tangan yang berurat biru itu turut sama mengutip kertas-kertas yang berselerakan .

Dahlia mendongak seketika untuk melihat siapakah gerangan insan yang berhati mulia yang sudi membantunya .

'Danny ? Kenapa kerap sangat jumpa dia ? Dah la masa aku buat benda yang tak normal . Haritu terjatuh depan dan tercakap sorang-sorang depan dia , kali ini terjatuhkan barang pula . Pun di hadapan dia . ' ujar hati kecilnya .
Tidak semena-mena tangan kanannya mengetuk lembut  tangan Danny yang masih sibuk mengutip barangannya .

Danny yang kusyuk menolong gadis kecil itu segera menoleh pandangan ke arah Dahlia .

" Kau pehal ? " soalan itu terlontar dari mulut Danny secara tidak sengaja .

" Pushhh..pushh " Tangan dahlia dihayunkan seperti menghalau kucing yang datang meraih makanan .

Riak muka sombong dibuat-buat secara sengaja .

" Kau halau aku ? Aku tolong pun dah bagus tau .Takut kau tu tak sempat sampai kelas . Terima kasihlah sikit ! " bebel Danny sambil melirik tajam ke arah Dahlia .

Danny memuncungkan bibirnya . Geram tu geram juga . Orang dah tolong tu , sepatutnya berterima kasih sahaja , ini tidak, lagi dihalau adalah !

" Aku tau lah kat mana jalan ke kelas , kau ingat aku ni nyanyuk ke ? " ujar Dahlia .

Sedikit senyuman pun tidak terukir di bibirnya . Mukanya kelat sahaja .

" Aku tak cakap pun kau tu nyanyuk , cuma aku takut kau terjatuh kena timpa buku sahaja . Bukan apa kau tu kurus sangat . Tak cukup nutrien . Macam budak-budak yg kena penyakit kwashiokor kau tau tak . Cuma perut tak boroi je . Tulang rangka tu, dah okey dah . "

ujar Danny sedikit mengusik .

Dahlia hanya menjeling tajam . Tangannya ligat mengutip sisa-sisa buku yang masih di atas lantai .

" Nah . " seusai sahaja Dahlia mengutip kesemua buku-buku itu , sebahagian buku dihulurkan kepada Danny .

" Kau sado sangat kan ? Tolong aku angkat buku-buku ni . Barulah nama lelaki . " sambungnya lagi .

Dahlia mengenyitkan mata kirinya lalu segaris senyuman terukir .

Pada pengetahuan Danny ini kali pertama dia melihat Dahlia tersenyum ikhlas . Ya senyuman yang manisnya bukan kepalang .

Jantung Danny bagaikan mahu luruh selepas melihat tindakan Dahlia yang selamba badak itu .

" No prob . " Sebelum buku bertukar tangan , Danny menyinting tangan baju kemejanya secara langsung menampakkan urat birunya yang timbul .

BUNGA MELURWhere stories live. Discover now