" Cik Dahlia nak ke mana pulak tu ? Baru balik sekolah kan ? Makan la dulu , isi perut tu ." Cik Tun melontarkan pertanyaan itu sejurus melihatku yang terburu-buru .
" Dahlia balik makan petang nanti je lah . Dahlia busy sikit ni, ada study group . " balasku pantas .
" Kalau ye pun makan lah dulu,perut kosong nanti rasa tak selesa pula nak study . Kalau nak makan Cik tun boleh bekalkan makanan . Nak tak ? " leter Cik tun lagi .
" Orang cakap tak nak . Tak nak lah . Itu pun susah sangat nak faham ?" ujarku pendek sambil menjeling wanita itu .
Aku berlalu pergi tanpa menghiraukan perasaan pembantu rumahku itu .
Motor berkuasa tinggi yang berwarna hitam itu dihidupkan .
Kringggg Kringggg .
Belum sempat aku memulakan perjalanan telefon bimbitku berbunyi .
Tertera ' Papa ' pada skrin telefonku . Aku tersenyum .
Lama rasanya papa tak pulang Malaysia.Dah hampir dua bulan . Tidak tahulah kenapa selalu sibuk sahaja .
Sampai anak sendiri pun tak ingat .
" Assalamualaikum Dahlia . Anak papa sorang ni sihat ke ? " papaku memberi salam sebagai pembuka bicara .
" Waalaikumsalam . Sihat papa . Papa sihat ? Lama papa tak call Dahlia . " jawabku .
" Papa sihat . Bonda pun sihat dekat sini . Papa sibuk sikit sekarang , syarikat ada problem. So ? New school okay ? " soal papa .
" Okay je papa . Dahlia dah ada kawan . Walaupun susah nak fokus sebab asyik teringatkan Melur . " nada suara ku menjadi perlahan ketika menyebut nama Melur .
" Itulah papa dah cakap, baik Dahlia masuk sekolah lain . Ini tidak , Dahlia juga yang berkeras nak masuk sekolah Melur kan ? " ujar papa .
Memang papa tak mahu aku bersekolah dekat sini . Takut kalau aku tak boleh fokus belajar sebab teringatkan Melur .
Tapi nak buat macam mana .
" Papa , kenapa papa biarkan je pembunuh-pembunuh Melur bebas ? Papa tak kasihankan Melur ke ? Kesian dia kena seksa dengan diorang papa . " balasku semula .
" Kan papa dah cakap, Dahlia kena belajar terima semua ni . Allah dah tentukan Dahlia . Kalau pembunuh tu tak kena hukuman dekat dunia , dekat akhirat nanti dorang kena juga kan ? " ceramah Dato Sri Mirza Iskandar seorang itu .
Aku dah dengar jawapan ini banyak kali dah . Sampai berbuih telinga sebab tak larat nak dengar .
Papa terlalu ambil mudah . Walaupun bonda dah cakap , pembunuh-pembunuh tu patut dihadapkan ke mahkamah sahaja .
Mesti ada sebab kenapa pembunuh-pembunuh Melur boleh dibebaskan macam tu sahaja .
Rasuah mungkin ?
Ayah Jes memang kaya , tapi apabila menyebabkan kes mahkamah ini , bukan senang-senang nak rasuah .
" Papa sayangkan Melur , Dahlia . Tak ada yang kurangnya . Cuma papa tak nak kes ni bersambung sampai tak ada penghujung . " sambung papa lagi .
Dari nada suaranya, memang jelas papa masih belum dapat lupakan apa yang terjadi pada Melur . Jelas bahawa papa sangat sedih dengan kematian Melur .
" Ya papa . Dahlia tau . Ajal semua tu dekat tangan Tuhan ..." ujarku .
Mata aku berkaca . Kalau boleh aku nak menangis sekuat yang boleh . Tapi dengan nangis aku tak akan beroleh apa yang aku nak .
" Sabar lah Dahlia .Ha btw Papa mungkin balik lebih kurang satu atau dua minggu lagi . Nanti balik papa hadiahkan something yang istimewa untuk Dahlia okey ? Papa letak telefon dulu ya ? "
katanya lagi .

YOU ARE READING
BUNGA MELUR
Mystery / ThrillerA collaboration with hansmyra "Air pasang pagi , surut pukul lima , nyonya bangun pagi , siram pokok bunga , pokok bunga melur ... " Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku mengulangi lagu itu . Satu demi satu kenangan masa silamku terim...