Bab 6

38 3 0
                                    

 Tangan direntap kuat. Gari yang  tersemat di pergelangan tangan dipandangnya. Jes terkaku. Pandangan matanya mulai kabur.

Tangisan hampir meletus. Sungguh dia tidak sangka ini pengakhiran kehidupannya. 

"Lepaskan akulah bodo! Aku tak bersalah. Jes,tolong aku Jes."jerkah seorang gadis berseluar ketat mengikut saiz kaki. Ratna nama yang diberi.

Jes hanya mampu melihat. Dia tidak tahu bagaimana ingin menolong Ratna sedangkan dia sendiri turut menangung keperitan. "Apa nih gari-gari? Aku tak bunuh dia lah. Hang yang silap orang!"Harry melenting kuat. 

Kenapa hal ini boleh terbongkar? Siapa bocorkan? 

Persoalan teka-teki berlegar-legar  diminda. Perjalanan ke balai polis terasa amat jauh. Terasa seperti sudah beberapa jam diatas jalanan. Entah  bagaimana nasib kami selepas ini.

Mungkin kami bakal  didakwa dalam seksyen 302 kanun keseksaan. Takkanlah kematian penghujungnya?' Aku tak nak mati awal.'gumam Jes bersendirian.   

'Tetapi aku belum 18 tahun,aku takkan terima hukuman bunuh. Sekolah juvana sahaja yang diberikan kepada kami satu geng.'balasnya lagi.

Hatinya mulai tidak keruan. Bagaikan ada sahaja perkara yang tidak kena dimatanya. "Jes,kau ok kah?"tanya Mina disebelahnya.

Jes memandangnya sekilas lalu menukar arah pandangan. "Kau rasa aku akan ok selepas apa yang sudah berlaku?"ujar Jes kasar.

Mood Jes tidak pernah elok jika perkara yang tidak diinginnya berlaku. Marah,benci,maki tak pernah putus terucap. 

"Relaxlah. Aku tanya aja kot."

Kereta mula berhenti bergerak. Kami dipaksa turun dengan segera. Bagaikan banduan rasanya. Eh tak,memang kami sudah digelar banduan setelah gari melingkari tangan.

Sakitnya hati. Itu saja yang mampu kami ungkapkan. Entahlah macam mana ingin Jes ungkapkan situasi yang sedang berlaku.

"Danny akan bencikan akukah nanti? Aku takut kalau dia break dengan aku. Aku sayang sangat dengan dia. Dia seperti separuh nyawa aku.Mina,aku takut Danny benci aku"ujar Jes perlahan. 

Mana daddy? Kenapa daddy tak ikat jamin aku? Hatinya masih berkata-kata. 

Mina hanya mengangkat bahu sambil memandang tepat ke sebuah bangunan dihadapannya. Begitu megah sekali bangunan ini. Sudah berapa banyak kes jenayah yang dikendali oleh pegawai-pegawai bangunan ini.  

--

Dinding penjara yang usang itu ditatap untuk sekian lama. Terdapat banyak coretan dan contengan membuatkan ia bertambah teruk. Jijik. Ya sangat mengelikan.

Jes menarik getah rambutnya secara kasar. Mukanya mencuka bagaikan buah limau nipis yang diperah.

"Ew,kenapa kita perlu tinggal dekat sini? Sudahlah kotor,berbau pulak tu."ujar Ratna lalu mencebik.

Muncung sahaja mulutnya ketika itu. Acap hanya mengulingkan  matanya tanda menyampah melihat gelagat Ratna.

Memang kita yang lakukan kesalahan itu jadi terima sahajalah. Tak perlu kot mengada-ngada macam itu.

"Jes,bila daddy kau nak ikat jamin kita? Aku tak sukalah duduk sini!"

"Kau tak boleh diamkah hah?! Menyampah kau tahu tak." jerkah Acap sambil memandang tajam ke arah Ratna. Hatinya  tidak tenteram. Memori berdarah semakin kerap  berlayar-layar dikaca matanya.

Masih dapat didengari setiap rayuan dan jeritan gadis malang itu. Menyesal betul atas kelakuannya terhadap gadis itu.

Dia tahu gadis itu tidak bersalah tetapi disebabkan kawan dan populariti,dia sanggup lakukan apa sahaja.'

BUNGA MELURWhere stories live. Discover now