Bab 3 - War

70 2 0
                                    

Kain tuala merah jambu bercorak polka dot bewarna putih yg tergantuing di belakang pintu bilik ku disambar . Aku kemudiannya berlalu ke bilik air untuk membersihkan dan menyegarkan badanku semula .

Pintu bilik mandi dibuka dan dihempap kuat olehku . Aku menghela nafas kuat . Aku berdiri betul-betul di hadapan sinki dan cermin bilik air . Cermin yang selebar satu meter itu direnungku lama .

Bukan cermin yang aku perhatikan tetapi diriku . Diriku yang berada di dalam keadaan yang tidak terurus . Rambut aku kusut tak ubah seperti fikiranku pada ketika itu .

Agak lama aku berdiri di situ . Aku menanggalkan uniform sekolahku dan melemparkannya tepat ke dalam raga .

Aku masih memakai singlet hitamku . Gunting yang berada di tepi sinki itu dicapai laju oleh tangan kiriku . Tangan kanan pula menarik lembut hujung rambut .

Ya aku lebih selesa memegang gunting disebelah kiri kerana aku merupakan seorang kidal .

Aku memejam mata . Rambutku digunting olehku walaupun aku sendiri tidak rela . Rambut yang dipotong menyentuh bahuku yang terdedah .

Satu lagi helaan nafas dilepaskan. Aku kemudian membuka mata dan meneruskan kerja ku itu . Rambut yang terkena gam tadi aku potong .

Rambut aku yang asalnya panjang paras punggung yang aku simpan dan jaga kini hanya berada di paras bahuku . Well Dahlia ,it is not bad . Not at all . Rambut yang pendek itu lebih cocok denganku .

Selesai memotong rambut aku segera membersihkan diri . Bauan raspberry dari sabun kegemaranku meredakan segala kekusutan di kepalaku .

Seusai mandi , aku menyarungkan seluar fit dan baju tshirt yang bewarna kelabu itu , aku pun merebahkan badan kecilku ke atas katil Queen milik ku . Selimut di tarik melitupi separuh badanku .

Aku kemudiannya terlelap kerana terlampau letih . Masih terasa kesegaran selepas mandi tadi .

Aku terbangun dari tidur kerana seseorang menelefonku . Aku segera mencapai iphone 6s kesayangan ku itu . Tertera perkataan 'sotong' di kaca skrin telefonku .

"Haih apalah dia nak ? Haih dah lah buat video call pulak tu . " monolog aku sendiri . Aku teragak agak . Bukan apa , dengan muka baru bangun tidur ada pula orang nak buat video call .

Aku kemudiannya menekan punat hijau .

"Ha , kau nak apa ? " soal aku kepada syaf .

" OMG girl ! Lawa sial rambut kau ! Baru gunting ke ? Salon mana ? " soal Syaf bertalu -talu . Orang tanya tak jawab , ini dia pulak tanya kita soalan lain .

" Mana ada buat kat salon . Gunting sendiri lah . " jawab aku pendek . Biasalah mood baru lepas bangun tidur .

" La , apasal kau gunting rambut kau ? Yang sebelum ini kan lawa ? Kau break dengan boyfriend en? " tembaknya lagi .

Yaya , mengikut info yg pernah aku baca , gunting rambut sehingga pendek disebabkan putus cinta pernah menjadi trend di Jepun pada suatu masa dulu . Trend ini juga selalunya dilakukan oleh pasangan wanita .
" Eh dia ni . Boyfriend pun tak ada apa kejadahnya nak break . "
jawab ku selamba .

" Habistu apasal kau potong rambut ? Tak apalah tak kesahlah . Wei esok kau free tak ? Jom lepak kat mana-mana ke ? Keluar makan ke ? Aku bosanlah asyik duduk rumah saja . " ajak syaf .

"Ikut kau la . Dylea ikut sekali tak?" jawab aku tanda setuju .

Memandangkan esok cuti hujung minggu , aku pun nak juga hilangkan stress . Lagipun time macam ni saja yg aku dapat borak-borak panjang dengan
kawan baru , dapat kenal mereka.

BUNGA MELURWhere stories live. Discover now