Siang mulai melabuhkan tirai,aku menghempaskan diri ke atas katil empuk milikku.
Kejadian yang baru sahaja berlaku tadi membuatku tersenyum sinis. Aku ingin dia rasa apa yang aku rasa selama ini.
"Jes..Jes.. Kenapa kau selalu cari nahas dengan aku? Kau tak kenal siapa aku lagi."monolog aku sendirian sambil memeluk erat bantal peluk.
Aku teringat sesuatu perkara yang ingin diberitahu kepada Syaf lalu aku cuba mencapai telefon pintar yang masih berada di atas meja bersebelahan katilku.
"Buk."
Kedengaran bunyi sesuatu jatuh mengejutkanku. Aku segera bangun lalu melihat ke bawah. Buku berwarna merah jambu membuatku terkaku seketika.
Aku masih terbayang akan kenangan lalu berkaitannya, yang selalu membahagiakan hati aku. Aku mengambil buku yang boleh aku panggilnya diari secara perlahan-lahan.
"Dear diary, hari ini pun geng Jes lagi-lagi si Ratna itu buli aku. Sampai bila perkara ini akan berterusan? Aku dah letih. Ratna tak habis-habis kenakan aku. Air milo yang masih belum habis dihirup, dia tuangkan ke arahku. Aku malu sangat saat semua pandang aku seakan-akan akulah yang paling menjijikkan di sekolah ini. Aku tak tahu mana nak sorok muka aku. Boleh tak kalau aku nak lari dari dunia ini?"
Aku menghempas buku itu ke lantai. Perasaan geram membuak-buak dihati aku.
"Sial Ratna! setakat tuang air milo saja kau mampu ?! Pui!"
Aku janji aku akan seksa Ratna seperti mana dia buat dekat kau dulu Melur . Aku janji. Tangan kananku mulai menumbuk-numbuk kasar patung beruang yang berada disisi aku. Hati aku semakin sakit apabila membayangkan perbuatannya.
------------------------------------------------------------------------------------
"Semua faham?" anggukan demi anggukan dapat dilihat oleh Cikgu Amirah.
Dia tersenyum puas melihat anak muridnya memahami subjek yang amat killer itu. Dia amat harapkan anak muridnya lulus dengan cemerlang.
"Bagus,siapkan muka surat 21 dan 22 dalam modul begitu juga muka surat 24 dalam buku teks. Saya nak kamu hantar selewat-lewat lusa."ujarnya lagi lalu menutup buku Matematik tambahan yang masih terbuka luas di atas meja guru.
Aku tersenyum melihat homework yang diberi cikgu. Yup,aku suka sangat subjek matematik tambahan. Aku melihat jadual yang sudah terlekat di atas meja tulisku.
"Erm,Biologi selepas rehat."gumam aku sendirian. Aku segera mengemaskan buku-buku latihan yang agak berserabut itu.
"Kau rest dengan siapa hari ini?" soal Dylea sambil memandang aku sekilas sebelum menyambung tugasnya yang tergendala itu.
"Aku rest dengan siapa lagi kalau bukan si Syaf sotong."aku menjawab selamba. Kedengaran Dylea ketawa malu-malu dicorong telingaku. Comel betul kalau budak ini ketawa sama seperti abangnya.
Haih,kenapalah aku bercakap tentang Danny pulak ni. Aku mengeleng-geleng kepalaku agar terhapus segala perkara yang aku fikir tadi.
Apa yang aku merapu pun tidak tahu. "Kau kenapa?" soalnya lagi. Aku tersengih mendengar soalannya.
Lupa pula aku yang dia masih disini. Tak pasal-pasal digelar gila nanti. "Tak ada apa. Syaf dah tunggu aku tu. Bye" balas aku laju lalu berlalu pergi.
"Seronok nampak,kau borak dengan Dylea itu.Mengumpat aku eh?" wuish,tak sangka tepat tekaan dia. Hebat.
"Mana ada. Kitaorang borak pasal matematik tambahan aja."nafi aku. Aku malas nak cerita kisah sebenar. Tahu dah yang dia akan merajuk melebihi perempuan asli.

YOU ARE READING
BUNGA MELUR
Mystery / ThrillerA collaboration with hansmyra "Air pasang pagi , surut pukul lima , nyonya bangun pagi , siram pokok bunga , pokok bunga melur ... " Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku mengulangi lagu itu . Satu demi satu kenangan masa silamku terim...