"Aku dah warning, jangan menggatal dengan dia! Kau tak dengar pun kan."tempik Jes sedikit kuat. Hatinya semakin sakit apabila teringat perlakuan perempuan dihadapannya itu.
"Dasar perempuan tak sedar diri! Kau ingat kalau kau pakai tudung labuh macam tuh kau alimlah? Semua orang akan sukakan kau?!"sampuk Ratna.
Rakan-rakannya yang lain tersenyum puas seakan-akan seronok melihat 'drama' yang ditonton mereka. Tudung sekolah berwarna putih terus direntap dengan sekuat hati sehingga menampakkan rambut blonde milik gadis itu .
"Alim apa macam ni. Rambut pun dye."ujar Acap selamba. Perasaan meluatnya bertambah-tambah .
"Korang nak apa dengan aku? Lepaslah!""Aku takkan lepaskan kau perempuan!"tempik Jes lagi. Tamparan Jes tepat mengenai wajah mulus gadis tadi . Apabila kemarahan mulai memuncak,kesabaran beransur hilang seperti buih-buih yang berterbangan dilangit. Jes mulai kalah dalam bisikan makhluk laknattulah.
Gadis tersebut segera mengusap-usap tempat yang perit sakitnya. Takkanlah hanya kerana gadis tersebut rapat dengan 'dia', gadis itu harus terima semua seksaan ini. Ini bukan kali pertama tapi sudah beberapa kali berlaku. Gadis itu bukannya menggedik dengan lelaki itu pun, gadis itu hanya berkawan. Salahkah?
"Kenapa kau buat aku macam ni? Kalau kau nak sangat laki itu ambil jelah! Aku tak hamak pun la"marah gadis itu . Hati gadis itu remuk dan berasa amat sakit. Kenapa mereka sanggup lakukan macam tu ?
"Kau menjawab eh?!"jerkah Jes mulai kedengaran lagi.
"Kau memang nak mati! Aku dah lama sakit hati dengan kau." Gadis kecil itu menahan sakit ketika dipukul dan diterajang seperti patung yg tak bernyawa . Gadis itu hanya mampu menahan kesakitan.
Darah mulai tersembur keluar melalui mulut gadis tersebut . Air mata gadis itu bergenang. Dia tak tahan.. Kalau ini pengakhiran dia,dia terima seadanya . Pukulan masih lagi bertalu-talu. Entah syaitan mana yang merasuk Jes pun aku tidak tahu. Rakan-rakannya turut juga memukul gadis tersebut .
"Dah la tu Jes. Kang mati jugak pompuan ini"ucap Acap sambil memandang gadis itu sekilas. Gadis itu terbatuk-batuk seketika. Perit rasanya dada ini. "Biar dia mati. Baru puas hati aku!"
Acap terkejut apabila mendengarnya. "Are you out of mind! Kau nak masuk penjara?!"
"Hey ! !!korang sedar tak kalau aku masuk penjara , korang pun terpaksa masuk sekali teman aku?!"
Walaupun dalam keadaan tidak bermaya,gadis tersebut tetap berusaha untuk bangun. Tetapi usaha dia gagal kerana dia terjatuh beberapa kali. "Kau nak kemana hah?" soalan itu membuatkan gadis tersebut terkaku. Sebelah kaki gadis itu dipijak tanpa belas. Prakkk! Tulang kaki gadis tersebut patah. Gadis tersebut hanya mampu meraung kesakitan.
"Kau bisu ka hah?! Aku tanya jawablah!" rambut gadis itu terus dicengkam kuat olehnya.
"Sakit.. Lepaslahh.. Aku janji aku takkan dekat dengan dia lagi" semakin kuat genggamannya terhadap rambut gadis tersebut. Gadis itu merasakan rambutnya seperti hanya menanti masa untuk berpisah dengan kulit kepalanya.
"Kau ingat aku percaya ke dengan janji kau hah!?" tengking Jes. Dia berlalu lalu mengambil gunting,direntapnya rambut gadis itu dengan agak kuat. Sadis. Itu sahaja ayat yang mampu digambarkan.
"Tolong..jangan gunting.." aku merayu. Tetapi Jes tetap menggunting rambutku seakan akan rayuanku seperti angin yang datang lalu menghilang.
Jes tersenyum sinis melihat rambutku digenggamannya.
"Puas hati aku!""Aku..aku minta maaf.."
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi gadis itu. Dia terjelupok jatuh diatas lantai.
YOU ARE READING
BUNGA MELUR
Misteri / ThrillerA collaboration with hansmyra "Air pasang pagi , surut pukul lima , nyonya bangun pagi , siram pokok bunga , pokok bunga melur ... " Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku mengulangi lagu itu . Satu demi satu kenangan masa silamku terim...