Fuhh.. Danny menarik nafas lega. Dia membaringkan tubuhnya ke atas tilam empuk kepunyaannya . Keletihan selepas pulang dari sekolah beransur hilang .
Hampir setiap hari rutinnya begitu , orang lain balik pukul dua dia kadang-kadang terpaksa balik lambat oleh kerana tugasnya sebagai seorang ketua pengawas.
Ada sahaja tugasannya di sekolah.Kalau bukan kerana tugasannya itu , ada pula latihan ragbi .
Namun begitu , padanya itu bukanlah penghalang untuk dia mengalah . Setiap usaha pasti ada hasilnya . Dia rela dan bersedia memikul tanggungjawabnya itu .
" Abang turun makan ! " jerit Dylea .
Badannya berasa berat . Terasa seperti ada tarikan magnet yang menariknya ke atas katil .
Belum sempat mandi disuruhnya pula untuk makan .Disebabkan dia belum makan tengahari , dia memaksa juga kakinya menuruni anak tangga satu per satu .
'Penatnya..dengan perut lapar , lenguh -lenguh badan aduhai . "
Dia mengambil duduk di kerusi yang berhadapan dengan Dylea . Dia hanya menjamah makan tengah hari itu bersama Dylea . Sebenarnya , setiap tengah hari persekolahan hanya mereka sahaja yang berada di situ .
Ibu dan bapa mereka masih belum pulang dari pejabat dan hanya akan pulang pada waktu petang .
Mereka berdua pulang dari sekolah dengan menaiki kereta Paksu mereka . Abang mereka pula berada di Perak dan sedang melanjutkan pelajaran di sana .
Spaghetti bolognese menjadi menu mereka pada hari itu . Mereka menjamah makanan sambil berbual . Kadang ,jika ada salah seorang daripada mereka tiada mood , meja itu sepi seperti tidak berpenghuni .
" Hari tu masa aku keluar makan dengan Jes kau keluar pergi mana ? " tanya Danny dengan serius selepas berdiam diri hampir 4 minit .
" Dylea keluar dengan Syaf dan kawan baru kita tu, Dahlia . Kenapa ? " jawab Dylea . Dia tahu abangnya akan bertanya soal hari itu .
" Aku bukan tak suka kau berkawan , tapi aku tengok Dahlia tu macam tak sesuai je dibuat kawan . Kurang ajar sangat lah perempuan tu . Ganggu orang dekat tempat public macam tu . " balas Danny pula .
Sesuai dengan jawatan ketua pengawas , dan sebagai seorang abang , sikap tegasnya itu amatlah diperlukan dalam menjawat jawatan sebegitu .
" Tak apalah Danny , Dahlia kan baru lagi dekat sini ? Mungkin dia masih belum biasakan diri dekat sini ? Entah-entah dia dah terbiasa melawak kasar macam tu ke kat sana ? " Dylea cuba untuk menjadi adil .
Apa yang abangnya cuba katakan itu memang benar . Tindakan Dahlia agak kasar dan kurang ajar .
Tapi ,kalau difikirkan semula , mengikut logik apa yang diceritakan Dahlia tentang Jes itu ada benarnya , dan tindakan Dahlia sebagai balasan pada apa yang Jes buat bukanlah teruk mana pun .
Apapun Dahlia itu budak baru dia tidak sepatutnya cepat mempercayai orang lain tambah-tambah yang baru dikenalinya . Dia juga tidak boleh bersangka buruk terhadap Dahlia .
Oleh kerana dia tidak pasti tentang apa yang diceritakan dahlia tentang Jes , dia memilih untuk menutup mulut daripada bercerita kepada Danny .
" Habis nak tunggu sampai bila baru perangai dia elok ? Nak tunggu perangai kau sama-sama buruk dengan dia ? " ujar Danny.
" Tapi Dahlia tu baik saja . Mungkin ada sebab dia buat macam tu ... " ujar Dylea pula . Dia tak berani nak melawan .
" Alah tak apalah , aku kawan dengan dia saja . Tak salahkan ? aku tau lah baik buruk . Ok ? "
tambah Dylea lagi sambil tersenyum .
YOU ARE READING
BUNGA MELUR
Mystery / ThrillerA collaboration with hansmyra "Air pasang pagi , surut pukul lima , nyonya bangun pagi , siram pokok bunga , pokok bunga melur ... " Masuk kali ini sudah berpuluh kali aku mengulangi lagu itu . Satu demi satu kenangan masa silamku terim...