Kenangan Zaman Kanak-Kanak.

141 20 15
                                    

Hai semua. Terima kasih sebab korang semua sudi kongsikan cerita kenangan zaman kanak-kanak korang pada mami ya. Bukan senang nak minta orang bercerita tentang hidup mereka pada orang luar jadi terima sekali lagi ya. Sebagai balasan mamip pun akan bercerita tentang kenangan masa silam mami. Pasti cerita ni rare dari korang. Hihi...

Come... let's start.

*****

2 - 3 tahun.

Ada yang ingat lagi cerita masa dia umur seawal ini, mesti tidak kan? Sama lah kita, mami pun tak berapa ingat tapi mak yang cerita dekat mami tentang perangai pelik mami ketika itu. Masa kecil dulu mami ni jadi penghibur kepada arwah atuk nenek dan mak cik pak cik sedara mami sebab mulut becok sikit. Pastu mami ni aktiv tak retu duduk diam. 

Mak cerita dulu atuk bagi mami pakai gelang loceng besar. Loceng tu bunyi kuat sangat. Loceng tu dipakai bukan untuk perhiasan semata-mata tapi bersebab. Dulu masa mami kecil memang mak hantar duduk kampung dengan arwah atuk. Dia pula ada bela ayam, kambing dan lembu. Mami pula sejenis budak kecil yang sangat sukakan binatang. Paling suka sekali dengan anak ayam. Bapak comel!

Dari kecil lagi mami tak pernah rasa takut dengan apa pun. Selalu mami kena kejar dengan ibu ayam masa nak tangkap anak ayam. Mami sanggup kejar anak ayam sampai masuk dalam hutan dalam semak, tak boleh mami kena dapatkan juga binatang yang comel ni. Mami suka sangat anak ayam. Loceng? 

Kaching! Kaching! Kaching!

Dengar saja bunyi loceng kaki tu confirm arwah atuk, mak dan yang lain akan kelam kabut keluar rumah sebab tahu mesti akan ada anak ayam yang jadi mangsa keganasan mami. Ada satu masa tu mak cerita...

"Kau gang kat ini We, aku gang kat ini" mami bagi arahan pada adik dengan anak ayam tergenggam erat di tangan.

Walaupun pelat lagi masa tu tapi nakal tak menahan. Kesian anak ayam tu, mami pegang kepala adik pegang kat kaki. Apa malang nasib anak ayam jadi mangsa seksaan mami. Pisau gillete untuk cukur misai mami keluarkan,jangan tanya dari mana dapat sumpah mami tak ingat. 

"Ila-irraman-aim" selamat sudah ayam itu disembelih oleh mami. 

Nampak? Nampak tak bakat terpendam mami jadi doktor seawal umur 2 tahun lagi. Ceritanya masa tu hari raya. Jadi, suasana kampung nak raya memang best sebab pak cik mak cik saudara semua ada sana nak masak untuk raya. Nak jadi cerita lagi, pagi tu dorang sembelih ayam untuk masak apa mami tak tahu. Jadi budak akal panjang yang comel ni pun tengok, macam best je kan jadi kita pun praktis la sembelih ayam sendiri. Bijaknya!

Dari kecil lagi mami dah jadi pembunuh bermain dengan darah. Tak perlu tunggu form 4 masuk kelas aliran sains untuk bedah katak, tikus apa bagai. kecil-kecil dah main darah. Bukan sekor ntah berapa ekor mami tak tahu. Mana nak ingat kecil lagi masa tu.

*****

7 - 12 tahun.

Hurm.... sepanjang umur ni banyak sangat kenalan mami sampai ada yang tak ingat. Nakal teruk betul mami ni.

Mak abah mami ni garang orangnya maklumlah arwah abah tentera. Masa tu tinggal dekat dalam kem. Rumah kem dulu ada beranda besi macam penjara tapi mami duduk tingkat paling bawah sekali. Masa kecil mami suka main luar tak kira masa, asal ada kawan mesti nak join tapi abah selalu tak bagi. Bila usaha untuk keluar ikut pintu depan tidak berjaya maka penyelesaiannya adalah panjat beranda besi. And yes! this is mami ok tak pernah gagal dalam misi jahat seperti itu. 

Bukan setakat panjat beranda. Mami panjat pokok tinggi-tinggi untuk menyorok dari abah kalau terkantoi sebab keluar rumah ikut beranda. Panjat sampai puncak supaya abah tak jumpa, panjat pula pokok mangga. Sambil panjat sambil makan, memang syok. Buah yang baru putik pun mami tibai. Peduli apa masa tu, asalkan perut syok. Tapi lepas balik rumah siaplah kena tibai dengan abah. Itupun tak serik lagi, esok lusa buat lagi.

Kontest & ChallengeWhere stories live. Discover now