Puisi Hati Yang Lara.
Aku tuliskan sebuah puisi,
puisi untuk hati yang lara,
hati yang kosong tiada senda,
hati yang berkelana dengan pura.Hari gelap aku merenung ke bulan,
bulan sabit nampaknya tersenyum,
tapi kenapa aku lihat dia seperti menyindir aku?,
menyindir kedukaan aku.Aku dengar guruh dilangit,
bunyinya bersorak menyokong si bulan menyindir,
aku tak nampak bintang malam,
dia sembunyi diri tak mahu lagi berkawan dengan aku.Bila aku buka kembali kitab lama hidup ini,
aku jadi benci dengan diri sendiri,
patutlah bulan dan langit mentertawakan aku,
rupanya aku masih hidup dalam kitab lama.Aku sakit bila hati aku hijabkan,
aku hijabkan hati hanya untuk kau,
kau yang kecewakan aku,
bodohnya aku memilih kerajaan hati.Aku cuba pujuk seketul daging itu,
tapi dia tidak mahu,
dia jadi keras seperti batu,
maafkan aku jadikan daging itu begitu.Kini hati ini masih lagi berhijab,
untuk makhluk bernafsu satu,
sakitnya sungguh sakit dipalu,
entah bila dia akan kembali aku tak tahu.Indah,
Tak Seindah Cinta Titanic.
YOU ARE READING
Kontest & Challenge
RandomDi sini saya akan share apa- apa challenge dan juga kontest yang berlangsung di dalam atau di luar Wattpad. Anda yang minat menulis boleh menyertai mana-mana pertandingan yang anda suka. Jangan lupa letakkan buku ni dalam reading list anda ya. Pad...