Hai semua. Sihat ke?
Bersempena dengan Hari Ibu ni, mami nak bagi satu task istimewa iaitu tuliskan satu cerpen bertajuk OH IBU.
Ceritakan tentang ibu korang atau apa-apa sahaja tentang ibu. Ibu kucing ke atau kisah ibu lain yang korang pernah baca dan dengar atau dari pengalaman sendiri. Ok, boleh?
Terma dan syarat :
1) Terbuka kepada semua warga wattpad lelaki dan perempuan tidak mengira umur.
2) Harus tulis di mana? Jika anda adalah ahli G2C sila update pada buku anda dan sekiranya anda bukan dari grup G2C maka anda perlu tulis pada buku Cabaran Karya by Tun Indah (jika ada), sekiranya anda tidak ada buku tersebut boleh tulis di MB atau mana-mana buku anda dan tag saya pada akhir cerpen anda.
3) Cerpen anda hendaklah di antara 700 - 1500pp sahaja.
4) Tidak boleh plagiat atau meniru hasil kerja orang lain. Jika di dapati meniru anda akan dimutekan dan akan di senarai hitamkan untuk menyertai apa-apa aktiviti yang di anjurkan oleh kami.
6) Tarikh akhir adalah pada 14.05.18 Isnin pukul 11.59pm.
7) Sila tampal link pada ruang komen ya.
Hadiah.
Disebabkan ini khas untuk hari ibu jadi hadiahnya pun pastilah ke arah keperempuanan.
Hadiahnya adalah sehelai Inner Silang AA yang sedang viral sekarang ini dan sebatang lipstik Mac Gambiatte untuk ibu tercinta (sila lihat gambar).
Baik, itu sahaja setakat ini. Selamat berkarya dan selamat hari ibu.
YOU ARE READING
Kontest & Challenge
RandomDi sini saya akan share apa- apa challenge dan juga kontest yang berlangsung di dalam atau di luar Wattpad. Anda yang minat menulis boleh menyertai mana-mana pertandingan yang anda suka. Jangan lupa letakkan buku ni dalam reading list anda ya. Pad...