Hai semua. Tadi kami telah menerima cabaran iaitu Syair Agama.
Serius mami sangat excited dan dalam masa yang sama mami sangat takut bila nak bicara tentang agama. Tersalah sikit jadilah aku munafik dan penunggang agama.
Mami mohon sangat teguran semua seandainya ada kesilapan yang mami lakukan nanti. Ia sangat penting buat mami. Mami bukan ustazah tapi mami juga masih belajar. Berjalan dibumi Allah dan sering tersandung, jadi bantulah mami ya.
******
Pada anak-anak G2C.
Hai sayang mami. Disebabkan korang banyak sangat masa terluang sampai dok layan flamingo tu ni mami nak bagi kerja sikit.
Jom kita buat syair agama ya. Tapi jangan melampau sangat ye. Contoh nanti mami bagi dekat next update ya. Sila baca dan contohi.
Bawah ni adalah sedikit saja tentang syair. Simple dan boleh faham kan. Jom kita cuba.
Good luck semua.
***********
Berikut Ciri - Ciri Syair
1- Empat baris setiap rangkap
2- Setiap baris ada tiga hingga lima patah perkataan
3- Terdapat 8 - 14 suku kata pada setiap baris
4- Rimanya a-a-a-a
5- Semua baris adalah isi
6- Setiap baris adalah kesatuan cerita
7- Setiap baris ada satu hentian yang dipanggil jeda
Isi syair biasanya adalah sebuah cerita. Biasanya menceritakan tentang percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan banyak lagi.
Ok, setakat ni dulu. Sila tengok contoh di muka sebelah.......
YOU ARE READING
Kontest & Challenge
SonstigesDi sini saya akan share apa- apa challenge dan juga kontest yang berlangsung di dalam atau di luar Wattpad. Anda yang minat menulis boleh menyertai mana-mana pertandingan yang anda suka. Jangan lupa letakkan buku ni dalam reading list anda ya. Pad...