Genre : ActionTajuk : Profesional.
Jalan cerita :
Apabila pencuri profesional dikampung dan perompak profesional dari bandar bergabung dalam satu misi rompakan yang di atur oleh 'Master'.
Anda boleh masukkan seberapa banyak watak yang anda mahukan. Asalkan kena ada pencuri dari kampung dan perompak dari bandar. 'Master' adalah seorang yang sangat bijak, licik dan profesional. Dia menghantar arahan melalu pelbagai cara, mungkin melalui sms atau email atau melalui surat layang atau apa sahaja cara. Kedua perompak ini tidak pernah melihat atau mengenal 'Master'.
Mereka diarahkan untuk merompak peti besi bank terkemuka milik lelaki terkaya dan berpengaruh. Dan pasti itu bukan satu tugas mudah kerana ia dikawal ketat oleh pihak bank.
Garapkan satu cerita yang penuh dengan aksi asalkan cerita anda tak bertukar genre menjadi scifi atau fantasi. (Haha...biasalah kalau terlebih imaginasi ni).
Tunjukkan bagaimana kerjasama antara mereka adakah mudah atau sebaliknya. Kemaskan plot cerita anda daripada pertemuan antara mereka, perancangan mereka sebelum melakukan rompakan, klimaks yang gempak dan penamat yang mengujakan.
Cabaran utama : Watak utama dalam cerita ini adalah antagonis tetapi bukan watak 'Master' dan watak ini sangat bijak menyembunyikan agendanya sehingga ke akhir babak.
Kelebihan : Salah satu watak mempunyai kelebihan dalam menghipnosis orang lain.
Good luck!
YOU ARE READING
Kontest & Challenge
RandomDi sini saya akan share apa- apa challenge dan juga kontest yang berlangsung di dalam atau di luar Wattpad. Anda yang minat menulis boleh menyertai mana-mana pertandingan yang anda suka. Jangan lupa letakkan buku ni dalam reading list anda ya. Pad...