2017

4K 125 2
                                    

Disember, 2017. 3.10 am, ruang tamu rumah.

Aku duduk di meja di ruang tamu, sendiri. Tiada sesiapa di sekeliling, hanya aku ditemani lagu. Entah lagu apa yang main aku pun dah tak tahu. Sementara menunggu 'perpindahan' video dari laptop ke telefon, terlintas di hati nak buka facebook. Jujur aku cakap, facebook aku tu dah lama aku tak buka. Lama yang sangat lama. Kalau facebook boleh berhabuk, dah lama rasanya facebook aku tu dipenuhi habuk yang sangat tebal.

Aku tekan tab 'home' untuk tengok update tentang kehidupan kawan-kawan aku.

'Hmm semua dah besar.'

Yelah dulu time sekolah, masing-masing kecil, comel molek je. Tapi sekarang, masing-masing dah upgrade. Makin matang, makin cantik, makin handsome.

Mata aku melirik ke box dimana aku nampak siapa yang online. Kalau nak diikutkan logik siapa je yang masih online pukul 3 pagi macam ni (melainkan aku) tapi yeah...masih ada manusia yang masih belum tidur. Mata aku berhenti pada account milik 'dia'. Aku diam seketika. 'Dia' tak online pun tapi melihat account dia buat aku diam berfikir. Berfikir nak buka atau tak profile milik 'dia'.

Tapi kalau aku buka... what if the pain comes again? That bittersweet pain?

Ah lantaklah. Nak buka juga.

Dan tangan aku akhirnya menggerakkan cursor untuk menekan link yang membawa aku ke profile 'dia'.

And yeah. My instict was correct. That bittersweet feeling and pain comes again. My heart aches, my chest shrink. My eyes hurts.

Tapi aku tetap scroll wall dia, tengok gambar-gambar dia. Serious talk, aku memang dah macam stalker. Akhirnya mata aku berhenti pada gambar yang dia upload. Gambar masa kami sekolah. Memori datang kembali dan tanpa aku sedar, perlahan aku tersenyum.

I still remember how I met you that time....it's not that great but stil, it's so nice.

***

2010 - Sekolah menengah, tingkatan 1 - First Encounter

Aku tiada kawan. Sendiri aku duduk kat meja tu, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang kecoh. Prep malam biasalah. Lagipun kami masih form 1. Mana ada kami nak study. Aku tengok jam, menghampiri jam 9.

"Dayah, jom ke kelas KKQ. Nanti lambat ustaz cari pula." Ajak salah seorang kawanku yang turut ambil kelas KKQ denganku. Aku mengangguk dan mencapai buku untuk pergi ke kelas KKQ.

KKQ tu kelas macam kelas pengajian Al-Quran. Hari ni rasanya macam kali kedua kelas kami diadakan. Jadi memang aku tak ramai kenal manusia-manusia yang berada dalam tu.

Aku dan rakanku - Afina duduk di meja paling hadapan. Sedang kami mengambil tempat, sempat mataku memandang sekilas barisan belakang yang sudahpun dipenuhi dengan pelajar lelaki. Mereka berbual sesama sendiri. Baru aku mahu mengalih pandang, mataku bertembung dengan sepasang mata milik seorang budak lelaki. Laju aku alih pandangan dan terus aku duduk, pandang papan putih.

Ya Allah. Jujur aku cakap. He got that boyish cute face and he's so freaking cute!

Little did I know, at that time I start having a small crush on him.

Dan hari demi hari berlalu dan aku hanya jumpa dia semasa kelas KKQ. Aku tak pernah tahu dia kelas mana. Yelah untuk tingkatan satu je dah ada 5 kelas, dan aku kelas nombor 3. Memang taklah aku nak kenal budak-budak tingkatan satu yang lain. Tapi, entah macam mana, satu hari tu, akhirnya aku tahu juga nama dia dan dia kelas mana.

Nama dia Fateh dan dia duduk kelas nombor 1.

Happy? Mestilah happy. Aku finally tahu apa nama dia. Tapi even aku tahu pun, bukan aku buat apa-apa. Aku malaslah nak layan benda-benda ni. Aku cuma kadang-kadang suka tengok dia masa dalam kelas KKQ je. Itu pun curi-curi tengok. Sebab apa? Sebab dia pendek dan cute. Just that.

Dan dengan itu, berlalulah tingkatan 1 tanpa ada apa-apa yang berlaku.

***

Plain kan macam mana aku boleh jumpa dia?

Aku ketawa kecil sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Ugh aku masih belum tido. Aku cabut kabel yang menyambung telefon ke laptop dan aku shut down laptop. Kemudian aku berjalan masuk ke bilik berharap agar aku boleh tidur.

Argh I really should not open his facebook profile!

|| CRUSH || [✅]Where stories live. Discover now