Tapi selepas beberapa siri aku ignored kewujudan dia, dan move on seperti biasa dengan hidup yang biasa, satu kejadian berlaku, buat aku kembali persoalkan kenapa dan mengapa dia buat macam tu. To the point aku nak je buka mulut, tanya if he got something to say to me. Kalau ada apa-apa yang dia nak cakap, terus terang dengan aku. Don't make me confused. This akward silent is starting to kill me.
Ada satu hari tu, kami kelas 1 ada kelas di bilik meeting di tingkat dua. Kelas kami di tingkat 3. Kenapa kelas kami kat bilik meeting? Ha itu sebab cikgu kami tu GPK Koko dan dia rasa dia nak buat kelas kat situ. Lagipun kat situ boleh guna projector. Tu yang kami buat kelas kat situ.
Dan sebab aku bersemangat sangat nak pergi kelas dia, aku datang awal ke bilik meeting tapi bila aku dah masuk, baru aku sedar aku tak bawa buku teks. Masa tu hampir semua budak kelas aku dah masuk bilik meeting cuma cikgu tu je yang tak masuk lagi. Jadi aku pun keluarlah berjalan ke tangga untuk naik ke kelas. Kebetulan masa aku turun semula ke bilik meeting tu, aku turun sekali dengan Mursyid. Tapi dia jalan depan aku.
Tiba-tiba dia naik tangga dan berselisih dengan Mursyid dulu. Dia pandang aku, aku pandang dia. Aku berhenti kat situ sebab aku tak boleh nak lalu. Mursyid dan dia dah blok jalan. Mursyid tegur dia dan baru masatu dia alih mata, pandang Mursyid. Aku alih pandangan. Dalam hati berdoa agar cepatlah Mursyid tamatkan perbualan dia dengan Fateh supaya aku boleh masuk cepat-cepat ke bilik meeting tu. Aku tak kuat nak terus kat situ.
Lepas tu, Mursyid jalan terus masuk ke bilik meeting. Aku yang berada pada jarak beberapa anak tangga jauh dari Mursyid, sudah tentulah kena tinggal. Mursyid blah, maka kat tangga tu hanya ada aku yang nak turun dan dia yang nak naik ke tingkat atas. Kami berselisih. Satu anak tangga aku turun, dan satu anak tangga dia naik, tiba-tiba dia hentak kaki dia kuat di tangga membuatkan aku terkejut kaku di anak tangga tu.
Tangga tempat aku berdiri ni kebetulan betul-betul berdepan dengan sebuah cermin. Jadi melalui cermin yang berada depan aku ni, aku boleh nampak bayang dia kat belakang aku. Dari pantulan cermin tu, jelas aku nampak dia pusing pandang aku. Aku dah keras dah kat situ. Dalam hati aku paksa juga kaki aku melangkah turun dan cepat-cepat masuk bilik meeting tu. That akward tension between us is so unbearable. Dan sepanjang aku melangkah turun, melalui cermin tu aku nampak dia langsung tak bergerak. Dia masih di situ, pandang aku.
Masuk je bilik meeting, aku tarik nafas. Barulah aku tahu rupanya tadi aku tak bernafas. Aku duduk cuba bertenang. Mungkin dia hentak kaki tu tak sengaja? Manalah tahu dia sebenarnya hampir jatuh kan?
I said I want to forget but he makes me confused. His action...is mysterious. I guess it's true when people said, silence is a true torture.
YOU ARE READING
|| CRUSH || [✅]
RandomSemua orang ada CRUSH dan semua orang layak ada CRUSH. Jadi apa yang aku tulis dalam ni? Well obviously tentang aku punya CRUSH. Haha *** "Writing is better than talking and something is best left unknown."