Jadi apa kesimpulan yang aku boleh buat dari tingkatan 4? "Zero progression" masih. Haha. Dan kini aku dah tingkatan 5. Final year in high school. Ha tahun yang ini, kami sekelas. Dan again, aku dapat tempat duduk belakang dia. Tapi bila aku dah form 5 ni, aku dah lebih anggap dia pada kawan.
(But little did I know, he's actually a Prince to me. He's mean to me sometimes but he also charming and sparkling in my eyes. Maybe term 'friend' is such an understatement in my case. He's more than that but since I want to protect my heart so I keep on denying.)
There's this one event happen. Masa tu prep hari Sabtu pagi. Dan Isnin seterusnya kami ada exam Matematik. Masa tu aku study sorang-sorang kat meja dan masa tu tak ramai orang dalam kelas. Biasalah merayap cari makanlah, pergi kelas oranglah and so on.
Jadi aku pun bawa keluarlah file Math nak study. Tiba-tiba Fateh muncul dari tepi. Dia berdiri betul-betul sebelah aku. Dia tanya aku,
"Kau study apa?"
Aku tunjuklah apa yang aku study. Sumpah aku tak dapat nak angkat muka. Pada aku dia akan blah lepas dia tanya soaln tu tapi dia keep on talking.
"Oh ni tajuk variations form 5 kan?" dia bercakap dan masih berdiri di sebelah meja aku.
"Haah." Aku jawab tapi aku tak tahulah dia dengar ke tak. Gelabah wei aku...
"Wei soalan ni. Bukan ni jawapan dia. Salah jawapan ni." Dia sambung lepas tengok kertas latihan yang ada dalam fail aku tu.
"Ha? Soalan ni?" kataku sambil menunjuk soalan yang dia maksudkan. Masa tu datang blurr aku tu.
"Haah. Macam mana kau dapat jawapan ni?" dia tanya aku.
"Entahlah. Mana aku tahu. Aku tak buat pun soalan ni. Aku tiru jawapan cikgu je." Jujur aku jawab dengan muka selamba. Aku malas sikit bab nak cari jawapan math ni. Jadi memang aku tak tahulah apa jawapan sebenarnya,
"Ceh!" kemudian kami ketawa. Mungkin dia memang tahu betapa tahap kemalasan aku ni macam mana. Haha.
Masa tu Lin kebetulan masuk ke kelas dan nampak kami.
"Fateh kau buat apa tu?" tegur Lin dari belakang kelas.
"Aku tengok orang." Jawab dia selamba.
"Tengok orang?" Lin minta kepastian.
"Tak. Maksud aku, aku tengok orang study. Aku dah tepu. Tak boleh nak study." Dia sambung lagi.
"Ohh...." dan lepas tu Lin keluar dari kelas semula.
Aku yang duduk ni dah macam.....WHAT IS HE TALKING ABOUT!!!!
"Jawapan dia 20 lah." Fateh kembali pada topik kami tadi.
"20?"
"Haah. 20. Jawapan dia tak ada kat sini. (refer pada senarai jawapan sebab soalan ini objective.) Jawapan dia salah. Jawapan sebenarnya 20." Fateh terang. Mungkin sebab aku tayang muka blurr, tu sebab dia macam nak tunjuk jalan kira yang sebenar. Aku pun dah expect dia akan terang jawapan yang sebenar but suddenly entah dari mana Fatin muncul.
"Haah. Ya Fateh. Jawapan dia 20. Dayah, meh sini aku terang macam mana nak dapatkan jawapan tu." Dan Fatin pun teranglah segala jalan kira untuk mendapatkan jawapan tu. Si Fateh yang macam beria nak terang kat aku tadi, terbantut niat dia. dia hanya berdiri diam tengok Fatin ajar aku sampailah Fatin berjaya dapatkan nilai tu. Lepas Fatin ajar aku, Fatin blah. Tinggallah kami berdua lagi.
"Hah macam tu lah cara dia. Faham kan?" Fateh tanya aku.
"Hah? Oh faham faham." Aku jawab sambil angguk tapi hakikatnya satu apa pun aku tak faham. Segala yang Fatin ajar tu satu pun tak terdaftar dalam kepala aku. sebab apa? My biggest distraction is here with me. Haha. Sorry Fatin...
Then, aku teruskanlah study, buat latihan umpama dia tak wujud sebelah aku ni. Sedangkan apa yang aku kira sebenarnya aku pun tak tahu. Blank tahu tak? Dengan dia kat sebelahnya... dan yang sakit hatinya, lama pula tu dia berdiri sebelah aku ni. Dia tak cakap apa-apa. Cuma berdiri. Lama lepas tu dia blah. Masa tu juga barulah aku bernafas.
Damn I can die at this point because I can't breath when he's around.
YOU ARE READING
|| CRUSH || [✅]
RandomSemua orang ada CRUSH dan semua orang layak ada CRUSH. Jadi apa yang aku tulis dalam ni? Well obviously tentang aku punya CRUSH. Haha *** "Writing is better than talking and something is best left unknown."