2011 - 2

1.4K 134 4
                                    

Hari demi hari berlalu dalam tahun 2011 dan ada beberapa perkara yang masih aku ingat. Ada satu minggu tu, untuk satu minggu straight aku tak masuk kelas sebab aku ada kem. Oh lupa nak bagitahu. Aku ada kawan baik dan kami sekelas masa 2011. Nama dia Bani.

Selepas aku balik dari kem, masa kami lepak-lepak kat surau sambil tunggu solat Isya tu, Bani adalah buka cerita tentang apa yang jadi sepanjang seminggu ketiadaan aku di kelas. Dan semestinya dia akan cerita tentang 'Fateh'. (thanks for his 'shy' action that time, it has triggered some rumour about me and him.)

"Kau tahu, sepanjang kau tak ada, si Fateh tu diam je. Perempuan panggil dia langsung dia tak layan. Dia buat derk je. Orang bercakap dengan dia pun dia ignored. Kalau perempuan lah yang bercakap dengan dia." Kata Bani. Aku ketawa.

"Habis tu kenapanya? Haha. Kau ni. Dia kan memang tak layan perempuan." Aku membalas. Betul apa. Si Fateh ni sekali imbas memang orang boleh kata dia anti perempuan. Dia tak melayan.

"Tapi masa kau ada elok je dia borak." Kata Bani tak puas hati. Aku hanya mampu mengeluh. Si Bani ni shipper no 1 aku dengan si Fateh. Support member katanya. Haih...

Dan selesai urusan di surau, kami masuk ke kelas untuk prep macam biasa. Aku lowkey nak tahu juga sejauh mana si Fateh ni ignore orang.

TAPI!

Yang peliknya, malam tu, dia punya ceria, kecoh dan sakan berborak dengan aku macam orang terlebih gula. Kami berenam - aku, Nurus, Syadah, Toha, Safuan dan dia, berborak malam tu macam tak ingat dunia. Bergelak bergurau rilek aja.

Dan masa tu aku mempersoalkan kata-kata Bani.

Tang mana yang kau kata dia dingin dengan orang selama seminggu? Elok je dia berborak dengan aku...

***

Oh ada juga satu benda yang jadi. Small things je but I found it's weird but cute. Masa tu aku dan kawan-kawan aku masuk dewan makan untuk makan malam. Aku masa tu pakai baju kurung warna purple. Nak jadi kebetulan, si Fateh dan Safuan pun masuk dewan makan pada masa yang sama. Jadi aku nampaklah yang dia masa tu pakai baju melayu warna coklat dan si Safuan pakai baju melayu warna purple. Matching aku dengan Safuan malam tu. Hoho.

Then, malam tu dia dan Safuan masuk kelas lambat untuk prep. Tiba-tiba bila dia masuk, aku kerut dahi. Sejak bila dia tukar baju dan kenapa?

Guess what, dua-dua manusia tu, Fateh dan Safuan pakai baju warna purple. Serious, aku tahan gelak.

Coincident? I think not. Haha.

*

*

*

A/N: Do give vote and comments if you think this story deserves it. Haha.

|| CRUSH || [✅]Where stories live. Discover now