My High School Diary Entry
2011
Dan dengan tiada apa-apa yang berlaku semasa di tingkatan 1, aku melangkah masuk ke tingkatan 2. Kelas baru, orang baru. Yang bestnya, meja aku belakang meja Fateh! Wow. Haha tak sangka aku dapat sekelas dengan dia. Sebelum ni cuma usya-usya dari jauh je.
Ok jadi kedudukan aku macam ni - satu kelas dibahagi kepada tiga bahagian. Aku duduk di bahagian pertama, di barisan no 2. Satu baris ada 3 orang. Barisan aku ada - aku, Nurus dan Syadah. Barisan depan aku, yakni barisan no 1 duduknya si Fateh, Toha dan Safuan.
Mula-mula memang tiada apa yang berlaku. Yelah baru kenal kan. Masa tu aku tahu yang si Fateh ni rupanya pendiam. Tapi bila dah lama kenal dia, huh kuat menyakat orang juga dia ni. Dan dari pemerhatian aku, (ayat dah gaya stalker) dia memang jarang bercakap tapi once dia buka mulut, ada yang terasa pedas. Haha. Oh dan bila dia senyum. Aduh bikin cair ini hati! Senyum dia cute. >.<
Dan nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, Cikgu Nurul, cikgu math kami menyuruh kami bahagi kepada dua kumpulan. First, Cikgu Nurul suruh Syadah pilih dua orang - seorang lelaki dan seorang perempuan untuk jadi ketua bagi setiap kumpulan. Aku dah cuak dah masa Syadah tengok sekeliling nak cari orang untuk dilantik. Tapi bila Syadah lantik Ain, sumpah aku rasa lega. Sebab bukan aku yang terpilih. Kemudian Syadah pilih Fateh untuk jadi ketua kumpulan seterusnya.
Ok sekarang dah ada dua ketua. lepas tu, Cikgu Nurul keluarkan arahan lagi supaya ketua-ketua ni pilih ahli kumpulan mereka sendiri cuma apa yang lainnya, Ain kena pilih seorang budak lelaki dan Fateh kena pilih seorang budak perempuan. Dengar je arahan ini, tiba-tiba aku jadi nervous. Pelik kan? Sepatutnya aku buat rilek dahlah sebab peratusan untuk aku dipilih adalah rendah. Yelah sebab aku tak yakin dia akan pilih aku. Lagipun kami bukannya kenal rapat sangat. Yelah aku budak pendiam nerd dalam kelas tu.
Ain dah pilih ahli kumpulan dia. Kini giliran Fateh pula. Tapi dia terkial-kial nak memilih seorang budak perempuan untuk jadi ahli kumpulan dia.
"Fateh, cepatlah pilih. Ramai budak perempuan ni. Pilih je mana yang awak suka." Kata Cikgu Nurul. Habis satu kelas ketawa. Yang si Fateh ni pula diam tersipu-sipu. Dia macam segan nak sebut nama budak perempuan tu. Kesian jugalah tengok dia, pending almost 3 minutes cuba kumpul kekuatan untuk panggil budak perempuan tu masuk group dia. Seriously talk, aku tahan ketawa tengok dia. such a funny cute guy.
"Fateh cepat. Ain dah siap pilih dah. Yang mana satu yang awak nak?" Cikgu Nurul berbunyi lagi. Classmates yang lain dah sebut-sebut nama budak perempuan yang selalu bising dalam kelas. Alah dalam setiap kelas mesti ada group popular girls yang bising kan? Dan dalam keadaan sekarang, dengan otak kebudak-budakannya mestilah those popular girls yang akan kena pilih atas alasan nak 'kenakan' mereka-mereka ni.
Dan tiba-tiba dia point jari dia kat arah aku duduk. Aduh gugur jantung aku. Terkejut. Tapi aku cuba bertenang. Dia belum cakap siapa yang dia pilih. Mana tahu dia pilih Nurus ke? Sebab si Fateh, Toha dan Safuan ni suka kasi pekena si Nurus ni. Alah mesti dia pilih Nurus punyalah.
"Yang mana satu Fateh..." Cikgu Nurul berbunyi lagi sebab Fateh yang tunjuk tapi tak tahu mana satu.
"Erm...Hidayah."
BAAM!!! MIC DROP!
DIA.PILIH.AKU. FULLSTOP.
(Imagine me running over the football field while screaming like a lunatic)
Dia sebut nama aku, aku boleh rasa semua darah aku kering, kelas pula bersorak kuat. Kau rasa???
The most impossible thing is happen and the scariest things is, it has just began. The story of me and him.
YOU ARE READING
|| CRUSH || [✅]
RandomSemua orang ada CRUSH dan semua orang layak ada CRUSH. Jadi apa yang aku tulis dalam ni? Well obviously tentang aku punya CRUSH. Haha *** "Writing is better than talking and something is best left unknown."