Hara berlari sepantas yang dia mampu untuk segera sampai ke sekolah. Setelah beberapa minit berlari ,akhirnya Hara sampai ke pintu pagar sekolah tersebut. Hara terpegun dengan keindahan sekolah yang amat cantik dan luas. Tanpa membuang masa Hara bergegas ke pejabat sekolah untuk bertemu dengan pengetua sekolah. Sebaik shj sampai di pejabat , dia mengetuk pintu pejabat dan terus melangkah masuk. Dia mendapati ada sekumpulan pelajar.
Mungkin pelajar bermasalah ni.
Tanggapan pertama Hara apabila melihat sekumpulan pelajar trsbut. Pengetua yang menyedari kehadiran Hara mempelawa dia duduk. Hara senyum sendirian mengenangkan peristiwa tadi. Dia ingatkan Umin ingin menghalau dia rupanya Umin hanya menolong dia. Kalau tak disebabkan Umin pasti Hara sudah terlambat. Tiba2 mata Hara tertumpu kepada salah seorang pelajar yang duduk diantara sekumpulan pelajar trsebut. Rupa parasnya yang amat kacak dan mempunyai rahang yang berbentuk V menarik perhatian Hara. Pelajar itu menyedari Hara melihatnya , dia memandang ke arah Hara dan sempat melemparkan senyuman sinis. Hara tersentap dan memandang ke arah lain. Jantung Hara bagai hendak terhenti.
"Baiklah kalian semua boleh keluar dan jangan sesekali mengulangi kesalahan anda lagu terutamanya awak Oh Sehun"
Jadi nama dia Oh Sehun rupanya. Harap muka je handsome tapi bermasalah rupanya. Apa nak jadi dengan pelajar zaman skrng....
"Cik Kim?" Hara tersentap dari lamunanya.
"Ye pengetua. Maafkan saya"
"Tak mengapa. Saya sudah melihat resume awak dan saya amat kagum dengan tahap pendidikan awak cik Kim. Saya akan letak awak di dalam kelas yang pretasinya agak cemerlang. Saya harap awak dapat bekerjasama dengan pelajar"
"Terima kasih. Saya akan berusaha untuk menaikkan lagi pretasi pelajar disekolah ini" Hara tidak sabar2 lagi untuk bertemu dengan pelajarnya. Dia sudah lama bercita2 untuk menjadi seorang guru.
--
* Hara *"Baiklah guru sekalian. Ini adalah Cik Kim Hara. Dia merupakan guru baru di sekolah ini. Dia akan mengajar subjek B.Inggeris. Semoga anda semua dapat memberi kerjasama" Ujar pengetua yang masih berdiri di sebelah Hara.
Hara menunduk hormat dan memperkenalkan dirinya. Kehadiran Hara disambut baik oleh para guru di sekolah trsbut. Ada yang mempelawa makan bersama tengahari nanti dan ada yang ingin volunteer untuk menunjuk kawasan sekolah. Meja Hara terletak dihujung ruang bilik guru dan dia terpaksa berkongsi meja bersama seorang guru lagi. Mungkin disebabkan Hara guru baru dan tiada ruang. Hara tertanya siapakah yang sanggup berkongsi meja dengan nya. Dia melihat tag nama yang ditinggalkan di atas meja. LUHAN
"Ia merupakan satu kesalahan menggeledah barang orang tanpa izin cik Kim "
Hara tersentap dengan suara trsebut lalu memandang ke arah suara tersebut dan mendapati seorang lelaki berdiri sambil mengangkat keningnya. Dia meletakkan beberapa buku di atas meja.
"M-mm-maf saya tidak sengaja En.Luhan."
Hara menunduk malu. Pipi nya kemerahan kerana Luhan mempunyai wajah yang handsome. Hara terpaku apabila kedua belah pipinya disentuh oleh Luhan.
"Cik Kim.. Awak akan dikenakan hukuman kerana menggeledah barang tanpa izin belanja saya makan tengahari nanti. Adakah awak blushing atau memakai blusher yang terlalu tebal. By the way nice meeting you. I have class. We will meet again Miss" Dengan nada sarcastic. Luhan berjalan keluar dari ruangan guru dan sempat mengenyitkan mata kepada Hara. Hara memegang kedua belah pipinya.Dia ingin sekali menumbuk muka Luhan kerana geram dengan perbuatan Luhan yang cuba untuk kenakannya. Tapi entah mengapa Hara merasakan ada sesuatu yang pelik berkaitan dengan Luhan. Hara menyusun barangnya di atas meja dengan cepat kerana dia akan bertemu dengan pelajarnya sekejap lagi.
* Luhan *
"Baiklah En.Luhan ,memandangkan awak langsung tidak mengambil bahagian dalam lawatan ke bangunan 63 tempoh hari. Awak akan berkongsi serta bekerjasama dengan guru yang akan tiba besok." Kata2 pengetua masih terngiang2 di kepala Luhan. Luhan masih tidak percaya dia akan berkongsi meja dengan guru baru. Tapi apakan daya dia terpaksa menerimanya dengan hati terbuka. Luhan bergegas menaiki keretanya dan sempat mempelawa adik kesayangannya.
"Yaa dongsaeng , lets go together ?"
"No thanks hyung. Ada benda urgent nak buat. Jumpa pengetua" Adik dia berlari keluar dari rumah sambil melambaikan tangannya ke arah Luhan.
Luhan hanya menggelengkan kepala apabila adik dia memberitahu dia akan berjumpa dengan pengetua sekali lagi. Dia memandu laju kereta kesayangannya dan berhenti di sebuah kedai bubble tea. Luhan mencapai clutchnya yang berwarna hitam dan membeli dua bubble tea perisa chocolate kegemarannya dan meneruskan perjalanan ke sekolah sambil menghirup bubble tea kegemarannya.
Keretanya yang berwarna merah menarik perhatian pelajar. Luhan mempunyai wajah yang kacak dan mempunyai mata yang bersinar pasti dapat mencairkan hati mana2 perempuan. Dia meletakkan kenderaan dan keluar dari kereta. Sekumpulan pelajar perempuan menghampirinya.
"Anyeonghaseyo cikgu Luhan. Boleh cikgu berlatih dengan kami ? Kami akan bertanding 2minggu dari sekarang"
"Soal itu. Saya perlu berlatih dengan pelajar lelaki bermain bola sepak di padang."
Pelajar perempuan itu menunduk.
Luhan menyambung ayatnya
"Tapi... petang ini kita jumpa di gelanggang bola tampar okay "
Pelajar perempuan besorak keriangan dan membalas dengan senyuman ""
Luhan berjalan ke sebuah kelas dan meletakkan bubble tea nya yang lagi satu di salah sebuah meja dan terus meluru ke ruangan guru. Luhan mendapati seorang perempuan sedang menggeledah barangnya. Pada mulanya Luhan ingin menegur tapi niatnya terbatal apabila melihat wajahnya yang cantik dan rambutnya yang kemas diikat.
"Ia merupakan satu kesalahan menggeledah barang orang tanpa izin cik Kim"
"M-mm-maf saya tidak sengaja En.Luhan"
Hara memandang ke arah Luhan dan tersipu malu. Kelihatan pipinya yang semakin kemerahan lalu Luhan memegang kedua2 belah pipinya
"Cik Kim.. Awak akan dikenakan hukuman kerana menggeledah barang tanpa izin belanja saya makan tengahari nanti. Adakah awak blushing atau awak memakai blusher yang terlalu tebal. By the way nice meeting you. I have class. We will meet again Miss"
Luhan tersenyum apabila melihat gelagat Hara yang tidak tentu arah. Bagi Luhan , Hara seorang perempuan yang comel dan boleh dibuat sbg teman. Luhan mendapati Hara masih memandangnya lalu dia mengenyitkan matanya dengan menggoda untuk mengenakan Hara.
--
* Hara *Setelah selesai mengemas dan menyusun barangnya ,Hara bergegas ke kelas 5-A. Dia menarik nafas panjang sebelum memasuki kelas itu. Hara membuka pintu kelas itu dan melangkah masuk. Semua pelajar berdiri dan tunduk hormat kepada Hara. Hara mengambil marker dan menulis di papan putih. "김 하 라"
"Baiklah. Saya ialah guru bahasa Inggeris anda Kim Hara dan merangkap guru kelas awak. I want you to know that I wont teach you guys in korean because you were the best student in school. Get it? "
"Arrogant" kedengaran suara.
"Who said that ? Stand up please."
"Its me. The guy that you like"
What the hell. The guy that you like ? Gosh perasannya mamat ni. Harap muka je handsome tapi akal pendek rupanya. Totally not my type.
"And why you say that Oh Sehun. I guess you can explain to the class why are you being rude to your own teacher."
"Korean is our language. Our english exam score will still be the same if you teach us in korean because we are smart students."
Kata2 Sehun amat menyakitkan. Bagaikan dada ditikam berkali2 dengan gunting. Disebabkan Hara seorang guru dan Sehun seorang pelajar. Hara terpaksa mengalah dengan pelajarnya. Lagipun Hara tidak mahu merosakkan hari pertamanya sebagai seorang guru.
"Baiklah Oh sehun. Sila duduk. Pelajar sila buka buku muka surat 23"
--
P/s Do read the first chapter. Baru lepas edit. I hope you like it. Do read , vote and comment. Thanks
YOU ARE READING
"Lucky Thunder" -Exo-
Fiksi PenggemarDedicated to all Malaysian's Exostan ⓔⓧⓞ Cerita ini mengisahkan seorang gadis korea Kim Hara , yang baru sahaja tamat pembelajaran di salah satu Universiti di Australia. Dia kembali ke Korea kerana sebab2 tertentu. Dalam menyelesaikan masalahnya dia...