Sepanjang kami berjalan , kami cuba untuk mencari kereta yang tidak berkunci dan boleh digerakkan . Mana tahu ada manusia yang 'bijak' meninggalkan kunci kereta di dalam keretanya?
Malangnya , tak ada satu kereta pon yang boleh kami gunakan.
" Jom try kerete merah tu " Kata Kookie .
" Kau pergi ah . Aku mengawal ." Kata Taehyung sambil memegang Ak-47 nya.
Kami bertiga berjalan ke arah kereta merah tersebut dengan berhati-hati agar tidak dikesan oleh sebarang zombie yang berkeliaran.
Jaebon cuba untuk membukan pintu kereta tersebut . Kami terkejut dan berpandang sesama sendiri apabila pintu kereta tersebut tidak berkunci.
" okeh nice ada kunci ." Kata jaebon sambil mengambil kunci kereta yang berada di tempat duduk pemandu.
" Taehyung! " Jaebon memanggil Taehyung yang berada tidak jauh dari kami.
" apa?! " Taehyung membalas.
Jaebon menggoyang-goyangkan kunci kereta tersebut dan Taehyung berlari ke arah kami. Aku mengambil kunci kereta yang berada di tangan Jaebon.
" so . Sape nak drive? " kataku sambil memandang mereka bertiga.
" Aku " kata Taehyung sambil merampas kunci kereta yang aku sedang pegang.
Kami memasukkan bag masing2 ke dalam but kereta.
Taehyung duduk dibahagian memandu dan Jaebon di sebelahnya . Aku dan Kookie duduk di belakang . Aku apa lagi? Bersweet-sweet ah . BHAHAHA bahagia siot.
***
Setelah 1 jam perjalanan , Jaebon dan Kookie sudah terlelap. Aku tak dapat nak memejamkan mata kerana risau.
Mata aku sembab kerana tak cukup tidur , malam tadi aku hanya dapat tidur selama 4 jam . Terima kasih kepada jaebon dan taehyung kerana menembak kaca itu .
Thanks babeh
" act . Kita nak pergi mana? " tanyaku kepada Taehyung yang sedang memandu.
" Busan ah " kata Taehyung sambil memandang ke hadapan.
" ohhh sekarang kita kat mana?" Tanyaku lagi . Taehyung mengeluh.
" Jeongju " jawab Taehyung.
" lagi berapa minit nak sampai? " tanyaku.
" boleh diam tak bij . Tido je la ." Kata Taehyung sambil memandang kebelakang.
Nak mati awal ke syaiton .
" K ." jawabku , ringkas.
Aku pon melelapkan mataku dan tertidur..
***
Aku terjaga dengan penampar di pipi.
Makhluk yang menampar aku adalah.. Taehyung.
" Bapak ah tido mati ke . Aku kejut banyak kali dah . Nasib tak pakai kaki " kata Taehyung yang memandang kebelakang.
" fikir sweet ke tido sesama? " kata Taehyung sambil smirk .
Kepalaku berada di atas bahu Kookie dan kookie menyandarkan kepalanya di kepalaku . Alolo
Taehyung keluar daripada kereta dan meregangkan badannya.
Aku menolak kepala Kookie dan keluar dari kereta. Aku hanya tersenyum melihat Taehyung yang sedang mengurut bahunya. Kami berada di kawasan perumahan yang padat dan tidak teratur.
YOU ARE READING
✔️《 Re-Pub》《 READER×BTS》ZOMBIE APOCALYPSE || Malay
FanficRe-publish ××××××××××× THIS FF IS ACTUALLY FUNNIER THAN YOUR EXAM RESULT AND OFC LEBIH HAMBAR DARI RAYA TAHUN NI + + + + 《EDITED》 Fanfic ini telah diubahsuai kepada penggunaan bahasa yang lebih sopan berbanding sebelum ini untuk mengelakkan masalah...