Tiba2 kedengaran bunyi puluhan pesawat di udara. Kami memandang sesama sendiri . Segala aktiviti yang kami lakukan terhenti .
Kemudian....
Gas berwarna hijau mulai masuk melalui celah celah pintu dan tingkap...
Tak mungkin....
Ini ke cecair hijau yang aku nampak semalam?!
Aku dengan segera menutup mulutku dengan tuala mandi tuan rumah.
Hapak sia
Mereka yang lain mengikut apa yang aku lakukan. Aku dengan segera berlari ke pintu belakang dan menendang tombol pintu itu sehingga pecah . Aku memberi isyarat supaya mereka berlari keluar.
Disebabkan kecemasan , kami membiarkan sahaja beg di dalam rumah. Kami berlari , lari dan lari . Gas hijau mula mengepung kami dari pelbagai arah .
Nafas kami terasa sesak .Kami berlari , kemudian Jin terjatuh kerana tersadung sebuah batu. Kami mendekatinya dan menolongnya bangun.
" pstt pstt "
Kedengaran bunyi hembusan syaitoonn nirrojimm . Aku melihat sekeliling , mencari arah mana datangnya bunyi itu.
" pstt pssttt bawah woi"
Kami memandang kebawah , rupanya Jin tersadung sebuah pintu masuk rumah bawah tanah dan bukannya sebuah batu .
" cepat2 masuk " arah seorang lelaki.
Pintunya bercorak seperti tanah dan daun daun kering yang sudah gugur , sesuai untuk mengelakkan orang luar dapat mengetahui bahawa itu adalah sebuah pintu.
Aku masuk ke dalamnya dan mula menuruni tangga yang diperbuat daripada kayu atau ranting kerana tangganya amat nipis dan mudah patah.
Seorang demi seorang masuk dan lelaki itu menutup pintu tersebut. Masing2 menarik nafas yang dalam dan menikmati udara bersih di ruang bawah tanah .
Lelaki tadi membuka topengnya dan menyapa kami.
" Hai " sapanya sambil tersenyum . Kami menunduk serentak.
" Saya .. Do Kyungsoo ." Katanya sambil menyalam kami seorang demi seorang.
" K-kyungsoo?! " jeritku .
Srsly?! D.O. from EXO ?!
" ye . Abe botak jejaka idaman ramai " katanya sambil menyapu rambutnya yang tak seberapa nak ada .
" bang , macam mana boleh udara kat sini? Ni en bawah tanah." Tanya Jhope.
"Haah en " sambung Jimin.
" haih . Ni " katanya sambil mengetuk sebuah mesin yang berada di sebelahnya.
" mesin yang menapis dari udara luar ke dalam ." Katanya dengan muka bangga . Kami hanya mengangguk .
" er takkan abang tinggal kat tempat sempit ni." Kata Jimin.
" pft . Siapa kata? Meh ikut aku." Katanya dan membuka sebuah lagi pintu kecil yang berada di belakang mesin itu.
" ha meniarap masuk ." Katanya lagi.
Kami terpaksa meniarap masuk ke dalam pintu itu. Pintu itu terlalu kecil dan tidak muat untuk aku merangkak.
Laluannya pendek sahaja dan kami sampai di sebuah ruang bawah tanah yang agak besar .
Dikelengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti televisyen , dapur , tandas dan sebagainya.
" woahhhh " Kookie terpegun.
" eh siapa ni? " tanya seorang lelaki bertelinga capang yang sedang duduk di atas sofa .
" Aku nampak diorang tengah lari dari gas hijau tu so aku selamatkan dorang. " katanya dan smirk.
" oh barang baruu... " balasnya dan smirk.
***
Kami berkumpul dan duduk diatas sofa sambil menonton televisyen . Televisyennya sekejap menunjukkan gambar , sekejap tidak . Mungkin kerana kami berada di bawah tanah.
" act . Tu gas apa bang. " Namjoon memecah kesunyian.
" eh awkward lak panggil bang bang . Panggil chan , chanyeol . " katanya sambil tersenyum.
" Haah . Lagipun kitaorang belum tua lagi . Baru 17 " balas Kyungsoo dan senyum menampakkan heart-shape smilenya.
" Kitaorang muda 2 tahun hehe." Kata Tae dan menggaru kepalanya.
Yaaa soalan Namjoon digantung sepi
" Dah makan ke belum . Kalau belum meh join aku. Baru je siap masak tadi." Kata Kyungsoo dan pergi ke dapur.
Waduhh future husben la sia
Hensem , reti masak , suara sedap auchh
Kami dengan tanpa rasa segan silu , pergi kearah meja makan. Kyungsoo menghidangkan seorang satu stik daging .
" wah banyak gila stik " kata Yoongi dengan teruja.
" haah . Aku ada banyak daging dalam peti ais. Ha jemput makan. " katanya dan kami mula menikmati stik daging itu.
Hanyir siot daging ni
Takpe la . Orang dah masak en , takkan nak cakap tak sedap.
" Dah berapa lama tinggal bawah ni? " tanyaku.
" 4 tahun dah ." Jawab Chanyeol.
" uhuk . Lama gila " kataku dan meneguk air dari cawan kaca itu.
" kenapa pilih nak duduk bawah tanah? " tanya Tae.
Kyungsoo dan Yoda memandang sesama sendiri. Chanyeol* kay
" Sebab ni lah . Kitaorang yakin yang perang nuklear akan berlaku , so kitaorang buat awal2 . Tak kesah la nuklear ke apa janji kitaorang nak elak dari terhidu gas beracun tu." Jawab abe botak dan sambung mengunyah stiknya.
***
" ha dah malam dah ni . Jom aku tunjukkan bilik korang." Katanya dan berjalan ke satu lorong yang agak tersorok.
Lantai dan dindingnya diperbuat daripada simen dan permukaannya kasar. Terdapat 8 buah bilik atau lebih kepada kurungan yang berderet .
" er , kenapa macam penjara je hahaha" kata Namjoon dan tergelak kekok.
" em.. dulu ni kurungan untuk haiwan belaan kami tapi semua dah mati sebab penyakit ." Balas Chanyeol selamba.
Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil dan sebuah almari kecil. Kami memilih bilik masing2 , aku memilih bilik paling hujung dan bersebelahan dengan Jimin.
Aku membuka pintu besi itu dan melangkah masuk .
Pap
Aku memandang ke bawah , aku terkejut apabila aku terpijak takungan darah merah pekat .
" Ahh!! "
***
TBC ♥ PLEASE VOTE AND COMMENT!
-Ya tohannn hambar sia , mohon jangan tertidur.
- Stom, trek je niet terug om op de duivel te stemmen (๑ิټ ิ)__
_| |_
\ /
\ /
\/
YOU ARE READING
✔️《 Re-Pub》《 READER×BTS》ZOMBIE APOCALYPSE || Malay
FanficRe-publish ××××××××××× THIS FF IS ACTUALLY FUNNIER THAN YOUR EXAM RESULT AND OFC LEBIH HAMBAR DARI RAYA TAHUN NI + + + + 《EDITED》 Fanfic ini telah diubahsuai kepada penggunaan bahasa yang lebih sopan berbanding sebelum ini untuk mengelakkan masalah...