11st

286 69 0
                                    

" Ibu! " jerit Kyungrin sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

Ibunya, terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. Air mata mula mengalir deras di pipinya. Dia buntu.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk keluar ke rumah, meminta bantuan dari jiran-jirannya.

••••

Kyungrin berjalan longlai. Tidak berdaya untuk menangis lagi.

Petang tadi, doktor telah mengesahkan bahawa ibunya terkena serangan jantung. Setelah itu, Kyungrin terus melutut, dan menangis sepuas hati.

" Ibu... " air mata mengalir sekali lagi. Kyungrin berjalan ke arah bangku yang terdapat di taman permainan dan terduduk.

" Ibuu... Macam mana Kyungrin nak hidup tanpa ibu? " soal Kyungrin sendirian.

Dari jauh, seorang lelaki datang mendekati Kyungrin.

" Hey " lelaki itu mencuit bahu Kyungrin. Gadis itu mendongak dengan air mata penuh di pipi.

" J-jinyoung sunbae? "

••••

" Macam tu lah ceritanya " Kyungrin mula hilang sedu selepas menceritakan segalanya pada Jinyoung. Walaupun dia tidak berapa kenal, dia perlukan seseorang pada waktu ini.

" Saya harap awak tabah, Kyungrin " Jinyoung menggosok-gosok sedikit belakang badan Kyungrin untuk menenangkannya.

" Macam mana saya nak hidup? Nanti mesti tuan rumah bising duit sewa tak bayar " Kyungrin mula resah.

" Macam ni lah. Apa kata awak duduk dengan saya dulu? Sampailah awak dapat rumah sewa yang lebih murah. And awak boleh kerja dengan saya. Sebagai cashier dekat kedai 24 jam " terang Jinyoung.

" Tapi, saya taknak susahkan sunbae " Kyungrin menunduk.

" Tak, kyungrin. Membantu tu kan satu amalan mulia? Jangan risau, saya takkan ganggu awak. Saya bukan seorang yang suka mengambil kesempatan " kata Jinyoung lagi.

" Tapi-- "

" Takde tapi-tapi. Lepas habis majlis mendiang ibu awak, kita gerak ke rumah saya. Arraseo? " Jinyoung memberi kata putus.

Kyungrin senyap.

" Apa ni. Tak cute la asyik muram-muram. Senyumlah sikit princess " Jinyoung mencubit pipi Kyungrin manja.

" Princess? Kenapa sunbae panggil saya macam tu? " tanya Kyungrin pelik.

" Salah ke saya panggil awak princess? Dahla. Awak pun, jangan fikirkan sangat. Yang hidup mesti akan pergi arra? Lagi satu, jangan panggil saya sunbae. Panggil saya Jinyoung je " Jinyoung tersenyum.

" O-ok. Jinyoung-ssi " Kyungrin tersenyum pahit.

••••

" Fuh, selamat dapat cover " dada dipegang menahan sesak.

Itu, kali pertama dia berjumpa dengan Kyungrin secara berdepan.

Debar dia ya tuhan, laju sangat.

" Awak sangat cantik, Kyungrin " Jinyoung tersengih dan berjalan pergi.

──────

Follow ↪ Nutellappa

Join her giveaway! Her fanfic was truly daebak!

Sticky Note ° BJYWhere stories live. Discover now