1 years later...
kyungrin's
Aku mengeliat kecil di atas tilam. Tempat kosong di sebelah aku di tatap sekilas.
" Jinyoung dah bangun " bisik aku perlahan. Aku mengambil getah rambut di birai katil dan mengikat rambutku gaya kuda.
Meja kecil di sebelah menarik perhatian aku. Terdapat sepinggan roti dan susu segar berserta sekeping nota comel.
Aku tersenyum sambil mengambil nota berwarna ungu itu.
Dear Queen,
“ Kalau sayang dah bangun, makan tau. Saya masak untuk Queen and our little prince. Nak cari saya? Makan dulu;) ”
From,
Your Handsome King 👑❤Aku tersengih apabila teringat zaman bersekolah dahulu. Kemudian mataku turun pada perutku yang makin membesar.
Selepas sahaja graduate, aku menetap kerja di sebuah butik milik Syuna. Namun di sebabkan keadaan diriku yang berbadan dua, Syuna memberikan aku cuti sehinggalah aku bersalin.
Aku mula makan roti itu dengan lahap dan meneguk susu segar itu. Setelah habis, perlahan-lahan aku turun dari katil dan mengangkat pinggan itu ke dapur.
Kalau Jinyoung tahu, mati aku. Ini rahsia kita je ok readers?
Anak tangga di pijak satu persatu dengan cermat. Aku mula berjalan ke dapur dan mencuci pinggan itu. Sambil itu aku menyanyi kecil.
Aku memandang ke luar rumah memandangkan ada tingkap berdekatan sinki itu. Tiba-tiba aku tersenyum apabila terdapat sekeping nota bertampal di tingkap itu.
Dear Queen,
“ Ha siapa suruh cuci pinggan? Sebagai punishment, awak kena pergi luar rumah sekarang jugak! ”
From,
Your Handsome King 👑❤" Suami sapelah ni " aku mengerutkan hidung sambil tersenyum. Aku sempat mengelap tangan menggunakan kain tuala kecil yang disediakan di dapur.
Belum sempat aku memulas tombol pintu, sekeping lagi nota dilekatkan pada pintu. Aku tergelak kecil sambil menggeleng kepala perlahan dan membaca nota itu.
Dear Queen,
“ Palliwa. Saya nak peluk baby dengan eomma dia:( ”
From,
Your Handsome King 👑✨" Tengok appa kamu ni, aegi. Dulu kata jangan jalan laju-laju nanti jatuh. Sekarang dia suruh cepat pulak " kata aku ambil mengusap perlahan perut ku. Bayi di dalam memberi tindak balas. Aku tersenyum sebelum memulas tombol pintu.
Di luar rumah, terdapat begitu banyak nota yang digunting menjadi bentuk ‘love’ dan di susun menjadi sebuah jalan.
Aku tersenyum dan memandang ke hadapan. Kelihatan Jinyoung sedang memegang sekuntum bunga ros tersenyum ke arah aku.
Aku segera mendekati Jinyoung dan memeluknya.
" This is for what ha? " aku mencubit pipinya geram. Jinyoung tersengih memandang aku. Dia mengeluarkan sebuah alat kawalan dari poketnya dan mengerahkannya pada aku.
" Apa ni? " tanya aku lagi. Jinyoung memeluk bahu aku dan memusingkan badan kami serentak memandang sebuah dinding yang kosong.
" Tekan lah " pelawa Jinyoung. Dengan rasa pelik, segera aku menekan butang yang tersedia di alat kawalan itu.
Dengan tiba-tiba, terdapat lampu yang terang benderang di sebalik dinding itu. Ianya tertulis,
“ Happy 1st Anniversary Love! ”
Aku menekup mulut terharu. Segera lehernya aku peluk dan bibirnya aku kucup. Bahagia. Aku sungguh bahagia dengan keluarga aku.
" Gumawo Jinyoung-ah " aku tersenyum memandang anak matanya. Jinyoung mencuit hidungku manja.
" Nado. Sebab jaga aegi kita elok-elok " kata Jinyoung sambil mengusap perlahan perut ku.
" Geli la hekhok " aku tersengih.
" Eh Jinyoung turunkan saya! " laung aku kerana Jinyoung mengangkat aku gaya ‘bridal style’ secara tiba-tiba.
Tuhan, aku bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia seperti ini. Kekalkan lah kebahagiaan ini walaupun dunia ini tiada, tuhan.
Kerana takdir, kami bertemu,
Kerana nota, kami berkenalan,
Hidup bertahun, takkan pernah jemu,
Semoga kebahgiaan, sentiasa berkekalan.Saya sayang awak Bae Jinyoung,
Forever. And. Ever ❤
───────────
Kpap kpap kboom kboom! *tepuk kompang*
Finally habis gak short fic ni hekhok. Firstly, aku nak berterima kasih kepada yang tak jemu hadap ke‘suweet’an Jinyoung dalam sf ni 😂
Second, terima kasih jugak yang letak sf ni dalam rl korang. Chan terharu 😭❤
So, lepas ni insyaallah aku akan fokus pada Mine walau aku sendiri tak minat ff tu 😂🔥
Wokey, yitu saja ya.
Salam sayang,
changojesmojesmuah 💋🔥
YOU ARE READING
Sticky Note ° BJY
Short Story[ STATUS : COMPLETED ] ❝ saya nak awak tahu , yang saya sayang awak sangat-sangat ❞ Kesetiaan dan kejujuran dalam percintaan yang amat di perlukan bagi melengkapkan sebuah kisah dongeng menjadi kisah yang benar. © chanope 2018