D-Days; 5
kyungrin's
Mungkin hari ini adalah hari yang biasa bagi orang lain. Tapi tak bagi aku. Aku perasan yang kawan-kawan aku seakan-akan memalau aku.
Soalan aku dibiarkan cengkerik yang menjawab. Segala lawak bodoh aku dibiarkan sepi.
Chanrin, Rina dan Syuna yang rapat dengan aku pun mengabaikan aku. Bukan itu saja, malahan cikgu-cikgu sekolah ini pun seakan-akan mengelak dari aku.
Gila.
Apa sudah jadi dengan sekolah ini? Adakah aku ada membuat salah?
Namun itu masih tidak membuat aku terkesan kerana aku tidaklah begitu bergaul. Aku cuma terkesan dengan perangai Jinyoung sekarang ni.
Aku sering melihat dia dan Youngji, penolong ketua pelajar berjalan di sekitar sekolah berdua-duan.
Aku pelik. Dalam masa yang sama aku sakit. Aku sering tertanya-tanya.
Cemburu kah aku?
Entah. Aku sendiri tak pasti. Yang aku tahu, aku tidak senang melihat mereka berdua.
Oh ya, hampir 2 hari juga aku tidak menerima sebarang nota. Jujur aku katakan, pengirim nota atau pun 'smolbae' itu adalah peneman aku.
Aku sunyi tanpa rakan-rakan, Jinyoung dan smolbae.
Dan juga,
Ibu dan appa.
YOU ARE READING
Sticky Note ° BJY
Short Story[ STATUS : COMPLETED ] ❝ saya nak awak tahu , yang saya sayang awak sangat-sangat ❞ Kesetiaan dan kejujuran dalam percintaan yang amat di perlukan bagi melengkapkan sebuah kisah dongeng menjadi kisah yang benar. © chanope 2018