39th

281 56 3
                                    

D-days; 2

Tengah hari. Jinyoung mengajak Kyungrin keluar memandangkan barang dapur sudah habis untuk sarapan pagi tadi.

Kyungrin mengenakan pakaian ringkas. Oversize hoodie dan ripped jeans. Di tempek sedikit bb cream dan di calit lip balm. Dia tidak memerlukan gincu kerana bibirnya sudah semula jadi merah jambu.

Rambut diikat gaya kuda. Setelah beberapa minit, Kyungrin pun keluar dari bilik. Di ruang tamu, kelihatan Jinyoung sedang kusyuk bermain telefon.

" Awak, saya dah siap " Jinyoung menoleh. Terpegun seketika melihat kecantikan Kyungrin pada pakaian ringkas itu.

" Oh, eh.. Kajja " Jinyoung tersenyum kekok. Kyungrin hanya membuntuti Jinyoung dari belakang.

" Nah " helmet putih di hulurkan pada Kyungrin. Gadis itu menyambut dan memakainya dengan cermat.

" Dah ready? Kajja! " Jinyoung dengan semangatnya menghidupkan motorsikal kuasa tinggi miliknya.

Dengan secara tiba-tiba, Jinyoung melajukan motorsikal membuatkan Kyungrin memeluk pinggangnya erat.

Kyungrin tidak merungut, namun hanya diam sambil memeluk erat pinggang Jinyoung.

Tahulah anda bahawa Jinyoung sengaja berbuat begitu ya.

Dalam diam, Jinyoung tersenyum sendiri.

••••

Jinyoung memakir motor di tempat yang disediakan. Perlahan-lahan, Kyungrin turun dari motor dengan kaki yang bergetar.

" Lajunya awak bawak motor " Kyungrin mencebik. Jinyoung tergelak kecil sambil membuka topi keledar.

Bibir Kyungrin di cubit manja.

" Comel " pipi Kyungrin memanas. Dia membuka topi keledar dan menekup pipinya.

" Palliwa " Kyungrin mengambil langkah yang besar meninggalkan Jinyoung di belakang.

••••

Selepas membeli barangan dapur, Jinyoung mengajak Kyungrin untuk makan aiskrim. Kyungrin bersetuju sahaja kerana dia adalah penggemar aiskrim.

" Awak nak perisa apa? " tanya Jinyoung kepada Kyungrin.

" Erm, vanilla lah. Lepastu nak topping oreo. Hee " gigi ditayang tidak bersalah. Jinyoung menggeleng kepalanya.

" Vanilla dua cup. Dua-dua nak topping oreo erk? " pelayan itu terangguk-angguk mengambil pesanan.

Setelah hampir 5 minit menunggu, akhirnya aiskrim itu pun siap.

Kyungrin makan tanpa menghiraukan sopan atau keperempuanan. Yang penting, aiskrim ni nampak begitu sedap.

" Kyungrin " gadis itu mengangkat muka dari mangkuk aiskrim.

Jinyoung mendekatkan mukanya dengan muka Kyungrin. Jarinya mengelap perlahan aiskrim yang tercalit di tepi bibir Kyungrin.

Sepatutnya Jinyoung menjauhkan semula mukanya. Tapi tidak, dia mendekatkan lagi mukanya dan..

CUP!

Bibir mereka bersatu. Mata Kyungrin terbeliak. Sesetengah pelanggan berbisik-bisik sesama sendiri.

Tanpa membuang masa, Kyungrin membalas ciuman itu dengan seikhlas hati.

Kyungrin dapat merasakan Jinyoung tersenyum dalam ciuman itu.

Perlahan-lahan bibir mereka terpisah.

" Saranghae, Lee Kyungrin " Jinyoung tersenyum manis.

Sticky Note ° BJYWhere stories live. Discover now