28th

268 50 4
                                    

" Jinyoung ah! Eodiseo? Saya dah masakkan sarapan ni! " laung Kyungrin dari bawah. Jinyoung turun dengan mata yang sembap.

" Kenapa awak tak pakai baju sekolah? " tanya Kyungrin. Jinyoung sekadar tersenyum dan menarik tangan Kyungrin ke arah motorsikalnya.

" Wait, awak tak pakai uniform pun? " Kyungrin masih ragu-ragu. Jinyoung menggaru kepalanya.

" Sampai sekolah saya cerita " Jinyoung memintal rambutnya gedik. Kyungrin masih kaku.

" Dah, jom " Jinyoung kembali menarik tangan Kyungrin biarpun jantungnya hampir meletup.

••••

" So, cakap kenapa awak tak pakai uniform? " tanya Kyungrin lagi sebaik sahaja turun dari motor.

Syukur, Jinyoung membawa motor tidak begitu laju dan tidak menyerabaikan rambut hitam berkilat miliknya.

" Awak, saya tak sihat hari ni. Tapi saya tak nak tengok awak naik bas. Nanti ada orang usha awak. Mana boleh " terang Jinyoung yang tanpa dia sedari, dia hampir terlepas cakap.

" Maksud awak? " Kyungrin terpinga-pinga. Jinyoung hanya tersenyum.

" Sudah, pergi sekolah. Belajar elok-elok tau " pesan Jinyoung lagi.

" Awak pun, tak perlulah ambik saya sekolah. Menyusahkan awak je. Awak tu tak sihat, jangan macam-macam " Kyungrin mengecilkan matanya. Jinyoung ni bukan boleh dipercayai.

" Ya awak, saya janji. Tapi yang first tu tak janji. Saya nak jugak ambil awak sekolah " Jinyoung berkeras lalu segera berlalu pergi.

" Yah Bae Jinyoung! " Kyungrin membuat muka tidak puas hati.

" Alahai, sweetnya. Kau tunggu aku hebohkan satu sekolah. Malulah kau orang nanti "

Dari jauh, seorang lelaki berambut blonde tersenyum sinis.

Ya, dia Boo Seungkwan.

Pengerusi Kelab Gosip sekolah yang sah. Memang, dia tidak suka melihat orang senang.

Dia, punca keretakan hubungan seseorang sesungguhnya.

──────

Follow ↪ Nutellappa

Join her giveaway! Her fanfic was truly daebak!

Sticky Note ° BJYWhere stories live. Discover now