42nd ( final )

305 52 10
                                    

kyungrin's

3 tahun berlalu dengan pantas. Kini, hubungan yang dijalinkan oleh aku dan Jinyoung begitu erat.

Eomma Bae merestui kami. Dia begitu gembira mendengar khabar bahawa kami berdua sedang bercinta.

Jinyoung sekarang sudah bekerja sebagai seorang graphic designer di Syarikat SeonHo dan Anak Ikan. Syarikat itu begitu maju dan Jinyoung juga adalah seorang designer yang agak sibuk.

Hari ini hari graduate aku. Hari yang paling sedih dalam hidup kerana aku perlu meninggalkan sekolah ini.

Kesemua pelajar begitu seronok dengan ibu bapa dan pasangan di sisi. Hanya aku, yang keseorangan.

Jinyoung telah berjanji akan datang ke sekolah pada hari ini.

Tapi dia murkiri janji.

Hm.

Dia juga berkata kami akan berkahwin sebaik sahaja aku graduate.

Sedang aku termenung, bahu aku di tepuk perlahan. Aku mendongak.

Senior, Dongmin. Atau orang panggil dia Eunwoo.

Eunwoo sunbae tersenyum manis memandang aku.

" Mana Jinyoung? " tanyanya. Aku tersenyum hampa sambil mengangkat bahu.

" Molla " jawab aku. Eunwoo melutut dan memegang dagu aku.

" Saya tak suka tengok awak sedih. Mungkin, Jinyoung sedang berkerja. Ya, dia seorang pereka grafik yang berjaya bukan? " aku hanya mengangguk.

" Saya datang ni nak sambut hari ni sama-sama. Tapi tengok-tengok awak pula seorang diri "

Entah kenapa aku berasa seperti di perli.

" Erm, saya kena pergi. Bye, Eunwoo " aku serta-merta bangun dan melambaikan tangan padanya.

Jinyoung, saya rindu awak.

••••

Aku berjalan sendirian di kawasan perumahan berdekatan rumah aku dan Jinyoung. Shawl tebal yang melilit leherku di betulkan.

Musim sejuk sudah hampir tiba. Tetapi, aku tiada mood nak duduk rumah.

Kecewa.

Sedih.

Rindu.

Segala jenis perasaan muncul bila aku di rumah. Aku takut, bila aku jumpa dia aku akan menangis.

Aku hati tisu. Tak kuat menghadapi semua ni. Manja. Ya, aku mudah menangis atas perkara yang remeh.

Sedar lah Kyungrin, kau tu yang tak faham orang.

Haih.

Angin malam yang semakin sejuk hampir membuatkan aku menggigil. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Sesampai sahaja di rumah, aku terlihat begitu banyak lilin di susun menjadi sebuah jalan.

Aku terpinga-pinga. Namun tanpa rasa ragu-ragu, aku mula berjalan dengan lilin yang wangi di sisi.

Semuanya tersangatlah indah. Aku tiba di belakang rumah. Terdapat lebih banyak lilin yang tersusun menjadi beberapa patah perkataan.

“ Will You Be My Princess And Mom For Our Future Children? ”

Aku menekup mulut tidak percaya. Susuk tubuh yang amat aku kenali berpaling menghadap aku.

Bibir aku mula bergetar hebat. Jinyoung, mendekati aku dan memberikan aku sebatang bunga ros.

" Mianhae, saya tak dapat datang pagi tadi " suaranya yang dalam dan gemersik bergendang di dalam telinga aku.

" Awak murkir janji " aku mencebik dengan bibir yang masih bergetar.

" Saya tahu, maaf sayang " Jinyoung cuba mencapai tangan aku namun aku terlebih dahulu bertindak pantas.

Aku segera memeluk badannya erat.

" Saya hargai semua ini Jinyoung. Saya sangat rindu awak, Jinyoung " Jinyoung menggengam rambut ku perlahan.

" Saya rindu awak juga Kyungrin. Maafkan saya " Jinyoung mencium pipi dan jaw milik aku.

Tiba-tiba Jinyoung menjauhkan diri dari aku. Dia menaikkan jarinya seperti mengira.
‘3’
‘2’
‘1’

" Pandang atas " arahnya. Aku pun tanpa berlengah lagi segera mendongak.

" S-salji? " aku tersenyum gembira. Jinyoung kembali mendekati aku dan mengambil tangan aku.

Dia menyarungkan sebuah cincin perak yang sangat cantik di jari manis ku.

Kemudian dia mengucup tanganku lembut.

" Salji yang pertama buat malam yang istimewa. Saya janji, saya akan jadi putera yang baik dan bertanggungjawab biarpun banyak halangan dan dugaan menimpa saya " Jinyoung tersenyum dan memeluk aku erat.

" Saya juga berjanji akan sentiasa menyayangi awak sepenuh hati saya biarpun saya terpaksa di bunuh " aku turut memeluk pinggangnya erat.

Tf jangan cakap aku pendek. Jinyoung ni yang galah.

" Manhi saranghae, Bae Kyungrin "

" Nado saranghae, Bae Jinyoung "

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Nampaknya Note sudah ingin menutup tirai ecececeh. So, memandangkan Note habis dulu daripada Mine, chan nak mintak maaf sbb chan lambat update.

No worries guys, akan ada satu lagi special chapter untuk short fic ni. And macam biasa ah, Jinyoung akan menjadi manis seperti madu.

Wait n see huehue.

Okay guys, annyeong! 😘❤

Sticky Note ° BJYWhere stories live. Discover now