37th

262 53 0
                                    

D-Days; 4

kyungrin's

Masih menjadi hari yang pelik buat aku. Mana taknya, hari ni hari cuti. Jinyoung pula entah ke mana.

Aku menatap gaun yang dibeli oleh Jinyoung 4 hari lepas. Berkilau dan elegan. Aku suka. Sepatutnya aku gembira. Tapi tak, aku menangis.

Aku memeluk lutut dan menangis dalam senyap. Aku dan Jinyoung betul-betul seperti orang asing.

Bila aku di dalam bilik, dia keluar. Bila aku di ruang tamu, dia di dalam bilik. Bila aku di dalam tandas, dia berada di dapur.

Aku terasing. Aku sunyi. Selalunya, pada waktu begini, aku akan bersembang bersama-sama rakan aku di chatroom.

Tapi aku tahu, mereka aku palau aku. Heh, aku penat.

Aku seorang diri.

Aku kurang kasih sayang.

Dan sekali lagi, air mata aku mengalir deras. Aku tak boleh kawal perasaan. Aku hati tisu dan kaca.

Perlahan-lahan aku baring dan memeluk lutut. Sesekali hingus aku lap. Suara esakan aku bergema.

Aku menutup mata. Benarlah, tuhan inginkan kita rehat dari masalah. Sebab itu, kita akan tertidur selepas menagis.

Aku tersenyum sambil menutup mata dan membiarkan air mata mengalir.

jinyoung's

Aku pulang ke rumah pada jam hampir pukul 9 malam. Gelap. Sunyi. Itu yang dapat aku ungkapkan dari suasana rumah ini.

Biasanya Kyungrin akan menonton TV memandangkan malam ini ada siaran ulangan Music Bank semalam.

Tetapi hari lain, gelap serta sunyi. Aku tidak merasa takut. Tapi risau. Debaran di jantung semakin kencang.

Aku segera menaiki anak tangga dan melangkah ke dalam bilik aku terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik Kyungrin.

Lagak seperti pencuri, perlahan-lahan aku memasuki biliknya. Kyungrin mengerekot di atas katil. Aku memerhati wajah mulusnya.

Basah. Wajahnya basah. Dia menangis. Ya tuhan Jinyoung, apa yang kau dah buat?

Punggung dilabuhkan perlahan di atas katil supaya tidak mengejutkan Kyungrin. Aku mula baring menghadapnya.

Wajahnya aku tatap. Kemudian aku mencium dahinya. Aku mengesat air matanya sebelum tersenyum manis.

" Maafkan saya, Kyungrin. Rancangan saya menjadi lain. Saya lupakan awak. Maafkan saya " kata aku perlahan. Boleh di katakan di dalam kadar membisik.

Aku memeluk bahunya. Dan kemudian, aku tertidur di dalam rasa bersalah.

Sticky Note ° BJYWhere stories live. Discover now