EPISODE 7
"dah okey kaki kau?" soal Jin."erm okey" jawab Hyuna.
"nasib baik Jimin sempat tarik kau, kalau tak .mungkin kau dah mati kot" kata Yuri.
"kau ni sama macam Jimin, suka mendoakan kematian aku" Hyuna menarik telinga Yuri.
"Uuuu nampak macam kau dah kenal luar dalam Jimin. Kau ni..." Jin sengaja membiarkan ayatnya tergantung.
"merepek la kau ni! Aku rela membujang sampai ke tua dari kahwin dengan singa laut tu" Hyuna menyedut minumanya.
"eleh, tanak mengaku. Kita tengok nanti" usik Yuri.
"korang rasa kan, ada kemungkinan tak aku dengan Jimin ni adik beradik?" soal Hyuna. Tersedak Jin & Yuri yg sedang minum.
"kau mengarut apa ni?" soal Jin sambil mengelap mulutnya.
"kau ni terpengaruh dgn drama banyak sangat ni" balas Yuri pula.
"aku pelik dgn Appa aku. Nampak dia layan Jimin tu special sangat, dia lebih percayakan Jimin berbanding aku" keluh Hyuna.
"tu sebab kau selalu keluar tak bagitau Appa kau. Lagipun takde maknanya kau & Jimin tu adik beradik, muka pun tak sama. Perangai apatah lagi" perli Jin.
"kau nak cakap aku ni teruk kan?" jeling Hyuna. Jin & Yuri hanya senyum sambil mengangkat bahu.
***************************************/***********
Jimin memandang jam tanganya dan pintu pagar bersilih ganti. Dah pukul 3 pagi namun Hyuna masih belum balik lagi. Hyuna curi-curi keluar tanpa pengetahuanya lagi. Baru minggu lepas Hyuna janji yg dia takkan curi-curi keluar lagi.
"Hyuna ni memang nak kena" En Kim bercekak pinggang.
"Uncle masuk dulu, biar sy cari dia" cadang Jimin.
"nak cari kat mana lg? Semua tempat kita dah cari. Jin dgn Yuri pun tak tau" keluh En Kim. Jimin meraup mukanya, dah 3 jam dia cari Hyuna namun masih tak jumpa. Call pun tak angkat. Risau jika Choi apa-apakan Hyuna.
"Uncle masuk dulu, nanti sy fikirkan jalan" kata Jimin. En Kim mengangguk. Baru sahaja Jimin ingin membuka pintu pagar, Hyuna muncul.
"kau pergi mana ha?! Tau tak aku dan Appa risaukan kau?! Kenapa kau degil sangat?! Aku dah bosan dengan perangai bodoh kau ni! Boleh tak kalau nak keluar bagitau aku dulu?!" Jimin terus memarahi Hyuna.
"I'm sorry" kata Hyuna dan pergi dari situ. Jimin sedikit tercengang, Hyuna langsung tak marah dia balik. Selalunya Hyuna akn melawan kata-kata dia. Jimin hanya memerhatikan langkah longlai Hyuna.
"mana kamu pergi?! Jangan menyusahkan Appa boleh tak?! Jangan buat kerja gila macam ni lg!" En Kim pula sambung memarahi Hyuna.
"betul ke Hyuna ni menyusahkan Appa?" kata Hyuna dengan suara serak. En Kim dan Jimin baru sedar ketelanjuran mereka.
"Hyuna, Appa.." En Kim mati kata.
"Hyuna pergi kubur Eomma, salah ke Appa? Salah ke?" soal Hyuna lg. Tanpa menunggu jawapan dari Appanya Hyuna terus memecut menaiki tangga ke biliknya.
*****************************************
"Hyuna, bukalah pintu ni. I'm sorry, really sorry. Bukalah" panggil Jimin sambil mengetuk pintu bilik Hyuna namun tiada jawapan.
"huh, lepas marah aku ingat senang-senang aku nak maafkan kau. Mimpilah" kata Hyuna sambil menyelimutkan badanya. Nasib baik sekarang tengah cuti semester, kalau tak mesti Jimin akan mengekor dia kemana saja.
YOU ARE READING
[C] Mr. Bodyguard [PARK JIMIN 박 지민 × KIM HYUNA]
HumorKim Hyuna, seorang anak pemilik syarikat construction yg paling berjaya di Korea. Disebabkan itu, dia sentiasa menjadi target musuh-musuh Appanya. Disebabkan itu, Appanya telah mengupah seorang bodyguard untuk menjaganya. Namun, Bodyguard tersebut...