Makhluk Misteri
Isnin (16/02/2017)
Lokasi Siasatan:~ Rumah Lama Yang Ditinggalkan Sejak 20 tahun Yang lalu (Negeri Perlis)Aku mula berangkat ke tempat yang diarahkan oleh boss besar tempat aku berkerja.. Seawal 5 pagi aku bertolak dari ibu kota Kuala Lumpur memakan masa selama 5 ke 6 jam juga lah untuk sampai tertakluk kepada keadaan. Aku diarahkan untuk berada disana beberapa hari sebelum syarikat kami menemui tempat yang baru untuk dituju... Aku bergerak berseorangan ke Perlis... Team Paranormal yang dikatakan oleh bos semalam telah pun berada disana... Aku harap team tu dari team aku gak lah... Sebab syarikat kami ada juga team paranomal ni... So senang sikit aku nak bekerja... Dan aku berharap mereka ikot berkerja dengan aku...
Setelah memulakan perjalanan sebentar tadi.. Hampir dekat 1 jam lebih dah aku drive.. Aku mengambil keputusan untuk berhenti seketika... Perut ni dah macam opera dah dia punya menyanyi... Aku berhenti di R&R Ulu Bernam... Singgah makan rehat sekejap... Jam dekat tangan dah menunjuk kan pukul 6:45 pagi... Aku berjalan kearah kedai-kedai yang menjual makan... Apa yang aku nak makan erk... Aku sendiri pun tak tahu... Last-last aku mengambil keputusan untuk menjamah nasi goreng sahaja...
Aku telah selesai menjamu selera aku melihat jam di tanganku telah menunjukkan 7:15 pagi.. Aku mengambil keputusan untuk terus bergerak sahaja sehingga sampai di Perlis.. Nanti takot lambat pulak nak cari rumah lagi... Nak kenal keadaan lagi... Aku terus melangkah masuk kedalam kereta dan bergerak meninggalkan R&R...
Alhamdulillah perjalanan aku ke Negeri Perlis lancar dan selamat tiada kesesakkan yang berlaku... Cuma ada sedikit sahaja... Sebelum masuk trowong monora di Ipoh... Situ biasalah bukit... Jam sekarang telah menunjuk kan tepat jam 3 petang... Lambat juga aku sampai... Aku terus bergerak memasuki sebuah kampung yang terletak jauh sedikit dipendalaman... Cari punya cari akhirnya aku menemui tempat tinggal aku untuk malam ni... Aku hanya mengikut map yang diberikan oleh bos sahaja... So aku masih tidak tahu sapa lagi team paranormal yang dikatakan oleh bos...
"Yesss...!!!" Jerit aku selepas melihat van milik team tersebut amat aku kenali... Team Paranormal yang terkenal di Malaysia... Dari syarikat ku... Senang untuk aku berkerja... Sebab hampir semua ahli team tersebut aku kenal...
"Ehh sekejap tu bukan bos ke... Apa dia nak datang sini... Patot laju saja bagi map dekat aku..." Bercakap aku sorang diri... Ahh lantak dia lah... Dia tak kacau aku sudah...
"Haah sampai pun kau... Ingat sesat tadi lama betul"... Tanya boss sebaik saja aku tiba di situ...
"Baru first time datang sini... Sebab tu lambat ni... Sorry... Dah lama ke boss sampai ni?".. Soalku kembali
"Tak da lah lama mana baru juga sampai... Haah ni kau kenal kan dieorang ni semua.. Saja aku ambik dieorang berkerja dengan kau senang sikit... Tak pa dieorang akan ikot kau lepas ni"...
"Apa pulak tak kenal boss... Semua kawan saya... Ohh.. Jadi dieorang akan berkerja dengan saya lah... Cantekk senang sikit"...
"Ni rumah untuk korang berehat... Korang berehat lah dulu... Besok pagi korang pergi berjumpa dengan orang kampung disini untuk ambil keterangan pasal rumah tu... Saya balik dulu"... Kata Encik Azman dengan panjang lebar
"Okey korang berehat dulu... Aku nak pergi pusing-pusing kampung jap sambil cari rumah tu" kataku pada mereka...
"Aku nak ikot"... Amin bersuara
YOU ARE READING
Perjalanan Sorang Pegembara
ParanormaleKisah ini menisahkan seorang penulis novel kisah mistik. Ingin mengembara keserata negeri untuk mendapatkan pengalaman yang tersendiri. Dia memulakan perjalanan selepas mendapat satu peluang untuk mencari kisah mistik. Perbagai kisah yang diperolehi...