Zara hanya memandang sepi cincin yang diberi Farhan. Kepalanya dihantuk perlahan ke atas meja makan. Dia terus bangkit sambil mengambil bekas cincin tersebut lalu masuk ke dalam bilik.
" Aku cintakan dia. Tapi kalaulah dia tahu kekurangan aku ni." Luah Zara sendirian. Air matanya yang mengalir, dilap. Tiba-tiba telefonnya berdering.
"Selamat petang. Ini Cik Zara Inara ke?" Soal pemanggil tersebut.
" Ya, saya. Kenapa telefon ya. Ada apa-apa jadi dekat ibu saya ke? " Soal Zara.
"Ibu cik dari semalam meracau dan bertindak agresif. Dia nak sangat jumpa cik. Jadi, kalau cik tak keberatan,bolehlah jumpa ibu cik." Terang pemanggil tersebut.
"Terima kasih ya kerana maklumkan. Kalau dalam setengah jam saya datang boleh lagi kan?"
"Boleh,cik"
-------------------------------
Zara tiba di ruangan bilik khas ibunya dirawat. Ibunya yang melihat kedatangan Zara terus berdiri memeluk Zara."Zara tak sayang ibu ke?" Soal Ibu Zara.
" Mana ada ibu.Zara baru balik outstation." Terang Zara lembut.
" Betul ya. Zara tak tipu ibu kan? Jangan jadi macam ayah kau Zara. Sampai mati ibu benci dia. " Zara hanya diam mendengar luahan ibunya. Ibunya dirawat di rumah sakit jiwa hampir 8 tahun. Semuanya berpunca dari ayahnya yang menikah dengan wanita lain. Sekarang ayahnya telah meninggal dunia.
Hatinya mungkin tidak berdendam kalau ibunya baik-baik sahaja. Namun,hatinya bernanah melihat ibunya yang semakin tidak waras apabila dimadukan. Dendamnya memuncak. Dia perlu mencari ibu tirinya itu. Tidak lupa, abang tirinya yang telah memusnahkan hidup aku. Abang tiri beza ibu dan ayah.
Hey readers, please jgn bosan dgn cerita saya ni.. Bca smpai habis tau
YOU ARE READING
Godaan Dendam
RandomAku sayang dia. Aku cinta dia. Tapi hati ini perlu aku matikan. Tujuan aku satu, jadi isterinya. Cara itu saja dendam aku akan dilunaskan. " Zara Inara, tak boleh ke awak terima saya. i want to marry you. Kita dah bercinta almost 4 years. Apa yang...